Prolog

Romance Completed 1261117

Prolog

BURUNG merpati, adalah sejenis burung yang nampak jinak, tetapi apabila didekati, ia terbang. Itulah yang dapat digambarkan tentang dia. Dia...adalah seorang yang mempunyai cita-cita setinggi langit, dia ingin mencapai awan, dia ingin terbang tinggi. Tetapi, dia tidak melalui jalan yang mudah. Apa yang dimilikinya pada hari ini adalah di atas titik peluh, air mata, suka dan juga duka yang dilaluinya dengan jalan-jalan yang berliku.

Ini bukanlah kisah seorang Cinderella moden, Ini adalah kisah...tentang seorang wanita bernama Teja Aryana. Wanita yang berdiri di atas usaha dan bakat sendiri. Tetapi, dia tetap mempunyai kelemahan.

Kerana kecantikannya, kejayaannya, dia sukar menjumpai lelaki yang benar-benar ikhlas kepadanya. Kebanyakan mahu mengambil kesempatan dan mahu mencuba dirinya. Cinta? Itulah yang ingin dikejarnya ketika ini. Tanpa diduga, dia digelar playgirl, Cik Pematah Hati, Si Burung Merpati. Ahh, semua itu tidak menjadi kudis bagi seorang Teja Aryana.

Mana-mana lelaki yang cuba menyentuh hatinya, dan apabila dia dapat menghidu ketidak ikhlasan mereka, lelaki-lelaki malang itu akan dicampak tanpa belas. Ego? Itu bukan dirinya. Dia adalah seorang yang sangat mudah mesra, ceria dan periang. Sehingga dia mudah didekati. Tetapi, jika mahu melintasi zon yang ditetapkan, dia akan terbang seperti merpati yang jinak. Sukar ditangkap.

Dia mahukan seseorang yang boleh leburkannya seperti larva gunung berapi! Dia mahu merasai perasaan itu! Siapakah lelaki yang mampu mencairkan seorang diva Teja Aryana. Pelakon wanita yang paling popular abad ini?

“Tun Teja, maafkan patik, tetapi patik mahu sampaikan titah Tuanku...”

“Kenapa tidak Tuanku sahaja yang datang berjumpa beta? Kenapa harus tuan hamba, Tuah?”

Hang Tuah terdiam lalu menurunkan matanya memandang ke bawah.

“Tuanku sendiri yang harus memujuk beta, bukannya menghantar Laksamananya?”

Tun Teja terus menyangkut selendang ke atas kepala lalu melangkah ke hadapan bersama dayang-dayangnya yang setia.

“Cut!” jerit seorang lelaki di kerusi pengarah.

Wanita itu terus menghampiri director untuk melihat hasil dari suntingan sebentar tadi yang baru selesai.

“Teja, nanti you jangan berwajah tegang sangat. Hubungan Tun Teja dan Hang Tuah baik, cuma dia dalam keadaan rajuk kepada Sultan Melaka.” kata Adnan selaku pengarah di set pengambaran Filem Tun Teja- Serikandi Melayu.

Teja mengecilkan mata melihat riaksi wajahnya di dalam camera. Iya, terlalu tegang.

“Jadi, I kena buat muka merajuk juga dengan Tuah?”

“Ya, cuma jangan keterlaluan. Ingat filem ini tentang cinta dan kesetian Tun Teja.”

Teja tersengih mendengar teguran pengarahnya itu. Cukup cerewet tetapi hasil kerjanya memang mengagumkan.

“Kru lain makan dulu, kita sambung dalam masa sejam.” kata Adnan sambil melihat suntingan terakhir tadi untuk mencari di mana boleh diperbaiki.

Dengan kebaya polos tetapi bergaya bangsawan Teja Aryana berjalan seperti seorang wanita jelita di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Filem Tun Teja bakal menjadi fenomena seperti Filem Puteri Gunung Ledang suatu masa dahulu. Dan, Teja Aryana adalah pelakon yang terpilih untuk membawa watak hebat itu. Tun Teja Puteri bangsawan yang jelita dari kerajaan Pahang. Dibawa lari oleh orang kepercayaan Sultan Melaka untuk dijadikan isteri. Mungkin kebetulan namanya seperti Tun Teja, kecantikannya juga sangat klasik sehingga menambatkan hati penerbit untuk senaraikan namanya sebagai pemegang watak utama.

“Teja, you cantik sangat dengan pakaian bangsawan Melayu klasik...no wonderlah you dipilih dari ramai-ramai pelakon wanita lain.” ujar Ariff. Pelakon yang memegang watak Laksamana Hang Tuah.

Teja memegang kipas kecil dan dihalakan ke mukanya supaya solekannya tidak mencair dek cuaca agak panas ketika itu.

“Terima kasih.” jawab Teja sekadar memberi senyuman ala kadar.

“Cik Teja!” jerit Noorul kelam kabut menghampirinya.

“Kenapa?” soal Teja dengan hairan. Semua orang di set pengambaran itu sedang makan tengahari yang sudah dibeli bungkus.

“Datuk Azman! Dia tunggu Cik Teja kat dalam kereta.” beritahu Noorul.

“What? Buat apa dia datang sini? Aduhh...”

Ariff hanya tersenyum sinis. Dia fikir Teja sengaja buat drama. Bukan semua orang tidak tahu, Teja Aryana dan Datuk Azman sering menimbulkan pelbagai gossip tetapi tetap dinafikan. Kononnya atas urusan business, tetapi kenapa sampai ke set penggambaran?

Teja perasan senyuman sinis Ariff lalu merengus kecil.

“Cik Teja, kalau tak jumpa dia, dia akan keluar dari kereta dan datang ke sini!” bisik Noorul di telinga Teja.

Teja mengetap bibir. Itu lagi akan menimbulkan masalah!

*******

p/s: Hi semua, selamat membaca my new story... seperti biasa, kalau nak tengok watak-watak melting dalam story ni boleh follow ig puteri_jacaranda. Tetapi amaran awal memang ada mature content sama ada di NP dan di ig kelak. So, bacaan adalah tanggungjawab pembaca ye. Muahh...

Share this novel

Vivo Y12s
2021-11-05 20:32:28 

menarik tiada manusia yg sempurna berdoa pd allah jika ingin pasangan...

Marcella Mandang
2021-11-01 18:43:01 

br bab 1 baca memang best novel ni

Rosmazita Imah
2021-08-13 06:49:08 

menarik cerita ni. ada pendirian kukuh. bagus


NovelPlus Premium

The best ads free experience