Bab 1: Beban

Romance Completed 1261117

Teja menarik satu slice pizza di dalam box yang terdedah di atas meja. Dia membuka mulut besar-besar sebelum memasukkan pizza ke dalam mulutnya. Ketika menguyah dia sempat memejam mata menghayati kenikmatan rasa Pizza berperisa Italian Delight yang sangat lazat.

“Teja Aryana!!!” jerit satu suara dari arah belakang Teja. Entah bila figura itu memasuki rumahnya pun dia tidak sedar. Alih-alih suaranya menggegarkan Penthouse itu.

Teja terus menelan pizza itu dengan mendadak sehingga dia hampir rasa tercekik.

“Air! Air!” jerit Teja. Wajahnya sudah merah padam.

Kelam kabut PAnya membuka botol air mineral lalu menghulurkannya kepada Teja.

Qistina menghampiri lalu menepuk belakang Teja walaupun wanita itu sedang meneguk air mineral.

Sekali lagi Teja tersedak. Noorul pantas bangun lalu menepuk belakang Teja sambil mencabut tisu di dalam kotak.

“Cik Teja! Okey ke?” soal Noorul agak cemas. Tetapi, dalam masa yang sama dia juga takutkan Qistina yang sudah berdiri tegak di hadapan mereka.

Qistina menjeling kotak pizza bersaiz besar di atas meja.

“Alaa...saya baru makan secubit...” rungut Teja bersama mulut muncungnya. Mata galaknya terkebil-kebil memandang pengurusnya Qistina. Wanita yang mempunyai ketegasan dan amat mementingkan disiplin artis jagaannya.

“Cik Teja, awak tu bukan perempuan biasa kat luar sana tu, awak kena jaga setiap tingkah laku awak. Termasuklah pemakanan awak...cepat pergi timbang.” arah Qistina sambil menyilang tangan ke dada.

Teja pantas bangun berdiri dengan malas. Apalah nasibnya...mahu makan je pun. Macam buat kesalahan merompak.

Untuk memuaskan hati Qistina, Teja naik ke atas penimbang. Lepas makan mestilah berat naik sedikit. Tetapi, Teja hanya memandang ke hadapan kerana tidak bimbang dengan berat badannya. Beratnya susah naik walaupun telan anak gajah.

Noorul diminta untuk melihat nombor yang muncul di alat penimbang.

“Er...” gugup Noorul seketika.

“Kenapa?” Qistina terus menunduk dan melihat angka.

“Teja Aryana! Berat awak naik 2 kilo! Dalam masa seminggu!” jeritan Qistina itu sekali lagi menggegarkan penthouse itu. Rumah milik syarikat Pengurusan Artis yang disediakan untuk artis kelas A sepertinya.

Teja pantas menunduk juga lalu melihat angka 50 kg yang tertera di alat penimbang.

Matilah aku, matilah aku!

Mata Qistina menatap tajam ke arah Teja sehingga dia terasa seperti dicekik hanya dengan panahan mata. Teja turun dari alat penimbang, manakala Noorul menulis angka itu di dalam sebuah buku nota.

“Awak nak bersara dah ke? Nak ikut artis lain yang risau tak laku, masa nama tengah naik cari lelaki kaya dan kahwin. Risau bila dah sendu tak ada lelaki kaya mahu lagi? Macam tu?”

Teja terus duduk dengan malas mendengar bebelan itu. Masuk telinga kanan terpelanting ke telinga kiri.

“Teja...awak kena jaga setiap inci tubuh awak, awak adalah duta produk kecantikan, model bagi syarikat jenama fashion terkenal, awak nak naik pentas runway dengan perut berlipat? Awak nak bayar pampasan ke? Ingat syarat dalam kontrak modelling tu macam resit beli nasi ayam ke?”

Noorul cuba mengawal senyuman dengan menunduk ke bawah. Sudah lali dengan bebelan dari wanita itu. Teja pula membelek telefon bimbitnya pura-pura tidak dengar.

“Saya cakap dengan awak ni, Teja. Saya tak ingin lihat awak hanyut ketika awak berada di puncak kejayaan awak. Sekarang di media-media hiburan orang lebih banyak cerita pasal hal peribadi awak dari kerjaya awak. Filem Tun Teja akan tayang bulan depan, saya harap awak behave dalam tempoh tu!”

“Iyaa...” Teja bangun berdiri kemudian berjalan ke belakang Qistina.

Dia memegang bahu wanita itu lalu mengurut dengan perlahan.

“Teja akan behave dan sentiasa berjaga-jaga. Teja tahu akak sangat sayangkan Teja kan? Nanti...Teja akan pergi swimming untuk turunkan berat semula. Bagi Teja seminggu je okay?” pujuknya lembut sambil mengenyit mata kepada Noorul yang tidak berani membalas dengan apa-apa reaksi.

Qistina melepaskan keluhan berat.

“Tiga hari! Tiga hari je awak ada masa. Rabu ni kita ada Fashion Show!”

Tangan Teja berhenti mengurut pengurusnya.

“Akak!! Mana sempat!” rungut Teja lalu memeluk wanita itu dari belakang.

“Awak boleh makan buah dan oat je selama tiga hari ni. Dan pergi workout di gym. Saya akan kosongkan jadual waktu malam tiga hari ni! No party okey” tegas Qistina lagi.

Teja mengetap bibir sambil memejam mata. Matilah nak...

“Akak...tapi untuk last bolehkan Teja habiskan satu slice pizza tu? Pleaseee!!” Teja mengerdipkan mata dengan wajah merayu dan comel kepada Qistina. Moga-moga wanita itu simpati.

“Noorul! Buang pizza tu dalam tong sampah sekarang.” arah Qistina.

“Alaa...” Teja menghentak kaki ke lantai dengan kecewa.

“Teja Aryana, kita ada masalah besar.”

“Apa lagi akak...” muncung Teja.

“Saya sudah berjumpa dengan pihak bank.”

Kali ini Teja terus melepaskan wanita itu. Qistina menoleh dan memandang Teja dengan pandangan kesal.

“Masalah kali ni...tidak boleh dipandang enteng, Teja. Awak bakal diisytiharkan muflis.”

Noorul memandang wajah Teja yang sudah berubah menjadi serius. Mereka berdua membalas renungan satu sama lain.

*******

Teja duduk di sebelah Noorul yang fokus memandu. Tugas-tugas Noorul selain menjadi pembantu peribadi, Noorul juga merangkap pemandu peribadinya. Dia tidak akan ke mana-mana tanpa Noorul.

Di media, Teja Aryana adalah seorang selebriti yang riang dan sangat mesra wartawan dan peminat. Malah, dia memiliki pengikut di media sosial hampir 2 juta. Tetapi, tidak siapa tahu kisah di sebalik wanita ini. Semuanya disimpan rapi oleh pihak management. Teja Aryana berada di bawah naungan syarikat pengurusan artis ZEE Entertainment, dan dia tersenarai dalam artis kelas A di dalam syarikat itu. Oleh itu, mereka berusaha menjaga imejnya dan menepis segala gossip yang boleh merugikan artis dan syarikat.

“Noorul...” panggil Teja perlahan.

“Ya, Cik Teja!” jawab Noorul dengan pantas.

“Saya lapar...”

Noorul sempat menoleh melihat Teja yang termenung melihat ke luar tingkap.

“Okey Cik Teja, nak susu atau yogurt?” soal Noorul dengan simpati.

Kenderaan jenis Toyota Alphard itu berhenti di lampu merah. Hujan renyai-renyai mula membasahi bumi. Ketika itu Teja mengangkat sedikit badannya apabila melihat seorang budak sedang membawa bakul sambil menjual sesuatu di kenderaan hadapan.

“Noorul buka tingkap!” arah Teja.

Noorul pantas membuka tingkap sebelah pemandu. Kemudian remaja lelaki itu menghampiri kenderaan mereka pula.

“Kak, saya jual kuih. Satu paket dua ringgit. Ada empat biji donut.”

Noorul pantas menoleh kepada Teja. Menanti apa yang mahu dikata wanita itu.

“Beli dua bungkus, bagi je Rm 50.” arah Teja.

Noorul mengangguk lalu kembali melihat remaja itu. Dia menutup kepala dengan tapak tangan seolah dapat melindunginya dari hujan.

“Akak nak beli dua bungkus, dik.”

Kelihatan gembira remaja itu lalu menghulurkan dua bungkus donat bersama senyuman lebar.

“Nampak sedap donat ni, siapa buat?” Sempat Noorul menyoal.

Remaja lelaki itu tersengih lagi. “Mak saya...”

“Noorul, green light!” beritahu Teja.

“Okey, ambil duit ni. Keep the change, ye!”
Kata Noorul lalu menghulurkan not 50 kepada remaja itu.

“Eh, banyak ni akak!”

“Rezeki mak awak! Terima kasih saya beli,” kata Noorul.

“Saya jual, terima kasih akak. Moga murah rezeki.”

Noorul mengangguk sambil senyum lalu menekan pedal minyak dan perlahan kenderaan itu bergerak. Dia menaikkan cermin lalu mengerling Teja di sebelah.

“Nampak sedap kan donut dia! Tapi...Cik Teja...tak boleh makan kan? Kalori tinggi ni.”

Teja kelihatan termenung ke hadapan tanpa menjawab soalan Noorul. Noorul kembali diam dan menumpukan kepada pemanduan sahaja apabila melihat wajah Teja yang seperti tidak mahu diganggu.

“Noorul...” Akhirnya Teja bersuara.

“Awak pernah rasa tak, macam mana susahnya untuk dapat sesuap makanan?”

Noorul terkedu dengan soalan tidak dijangka itu.

“Tak...tak pernah, Cik Teja.” jawab Noorul dengan jujur. Dia lahir dalam keluarga yang cukup segalanya walaupun tidak mewah. Ibu bapanya kakitangan kerajaan walaupun bukan bergred tinggi.

Teja tersenyum. “Bersyukurlah, kalau macam tu...”

Noorul kembali diam. Dia tidak tahu sejauh mana kisah hidup Teja Aryana kerana dia baru bekerja dengan wanita itu setahun lalu. Tetapi, apa yang dia tahu, Teja Aryana bukanlah datang dari keluarga yang senang. Dia berjaya dengan usaha titik peluhnya sendiri.

Teja duduk menyandar sambil membelek iPad, dia baharu sahaja muat naik satu gambar ketika sesi fotografi sebentar tadi. Tidak sampai satu jam sudah berpuluh ribu
Likes dan komen dia terima.

'Neraka kirim salam, sis!'

Terbuka sedikit mata Teja apabila membaca salah satu komen berbentuk kecaman itu. Kening Teja hampir bercantum.

“Baca komen kecaman ke tu? Alaa...Cik Teja, diorang jealous kat cik je tu...diorang pun teringin tapi tak boleh!” komen Noorul yang sudah lali mengendalikan laman sosial Teja Aryana Official.

“Saya block je. Tak suka jangan follow. Apa masalah diorang ni?”

Noorul tersengih sambil melihat cermin belakang, sekadar berjaga-jaga ketika memandu.

Teja Aryana tidaklah terlalu seksi, tetapi kerana tubuh badannya yang menarik dan seksi, hatta dia memakai kebaya pun orang cakap terlalu seksi. Apatah lagi apabila dia menayang betis atau paha putih gebunya.

******

Mereka berdua tiba di destinasi yang ditujui. Teja keluar dari kereta lalu menutup pintu dengan kuat. Kaca mata hitam dibuka lalu diletakkan dalam beg LV di lengannya. Wajahnya terus bertukar serius dan memandang ke hadapan pintu rumah keluarganya. Rumah yang sudah banyak diubah suai oleh duitnya sendiri demi keselesaan keluarga ayahnya.

Noorul hanya menunggu di dalam kereta seperti kebiasaan. Dia tidak mahu mencampuri urusan peribadi Teja Aryana walaupun itu adalah tugasnya. Menguruskan hal-hal peribadi wanita itu. Cuma apabila berkaitan keluarga, Teja Aryana tidak mahu orang lain mencampuri.

Teja mengetuk pintu rumah itu bertalu-talu sehinggalah pintu dibuka dari dalam. Wajah seorang wanita berusia 30-an terjengul di muka pintu.

“Teja...” tegur wanita itu seperti tidak percaya. Sudah sangat lama wanita itu tidak menjejak kaki ke rumah itu.

“Mana ayah?”

“Er...ayah kamu ada tengah tidur.”

Teja terus melangkah masuk, dia melihat ayahnya sedang tidur di atas sofa seperti tidak ada apa-apa masalah!

“Abang, Teja datang ni.” Jiha mengejutkan lelaki itu yang nyenyak tidur.

Encik Akram terpisat-pisat bangun dari pembaringan. Dia terkejut melihat Teja di hadapan matanya.

“Teja!”

“Ya...” jawab Teja dengan nada yang sangat serius.

Encik Akram bangun berdiri apabila melihat tiada tanda-tanda Teja Aryana mahu duduk untuk berbicara dengannya. Jiha menyepi di belakang Encik Akram.

“Teja sihat? Ayah dengar Filem baru Teja bakal box office! Nanti ayah ajak semua kawan-kawan ayah masuk panggung!” ujar Encik Akram dengan teruja.

“Ayah dan pak cik dah hancurkan hidup Teja!!” tiba-tiba Teja menjerit sehingga ayah dan ibu tirinya terkejut.

Mata Teja Aryana merah menyala merenung ayahnya.

Encik Akram menelan liur. Jarang-jarang dia melihat Teja Aryana naik berang seperti ini.

“Dulu Ayah dan adik ayah tu...sanggup gunakan nama Teja untuk jadi penjamin pinjaman 2 juta tanpa pengetahuan Teja! Sekarang, Ayah dan Pak cik tak dapat bayar balik hutang tu dan bank dah cari Teja!! Mana pak cik? Ke mana dia lari??!!!” jerit Teja sekuat hati.

Encik Akram terkebil-kebil memandang anaknya itu.

“Pak Cik Azlan kamu...kena tipu, business kami tak menjadi, Teja. Teja...jangan marahkan ayah dan pak cik. Kami akan cuba sedaya upaya selesaikan masalah Teja.”

Air mata Teja mengalir ke pipi. Hatinya pedih!

“Ayah tahu tak berapa jam Teja tidur dalam sehari? Apa yang Teja dapat makan dalam sehari? Berapa kali Teja masuk hospital sebab keletihan melampau kerana terlalu kuat bekerja? Adakah... semuanya semata nak bayar hutang ayah dan pak cik?!! Tak cukup ke Teja kena kerja dari sekolah dulu untuk kesenangan ayah!! Teja tahu Teja bodoh tak pandai belajar. Teja cuma boleh jual muka Teja je, nasib baiklah laku. Tak apa asalkan keluarga kita tak merempat macam dulu! Apa ayah nak tengok Teja jual diri kepada lelaki kaya baru ayah puas hati? Asalkan dapat bagi duit kepada ayah dan pak cik?!!”

*******

Share this novel

Ana
2020-09-29 01:59:27 

knp tak ada bil muka surat

Durra shuhada
2020-09-21 13:42:16 

Menarik..


NovelPlus Premium

The best ads free experience