Bab 3: The Millionaire Bachelor

Romance Completed 1261117

Bab 3

Kuala Lumpur Fashion Week! Inilah event yang ditunggu-tunggu oleh Teja Aryana, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3 kg dalam masa tiga hari. Melebihi apa yang Qistina mahukan.

“Teja Aryana! Here's your shoes!!!” Alex datang membawa sepasang kasut tinggi 5 inci kepada Teja dengan teruja.

Teja memusingkan badannya kepada Alex. Mereka berada di belakang pentas dan sedang bersiap-siap untuk naik ke pentas runway. Makeupnya sudah selesai, cuma tinggal rambutnya sahaja masih sedang di dandan. Dia kelihatan begitu cantik dengan busana dari Datin Paduka Juliana pemilik jenama Berrna.

“Oh my god! You looks so gergous! Tambah-tambah dengan kasut exclusive yang direka khas untuk you!” kata Alex lagi.

Teja tersenyum lalu mengambil kasut itu lalu dibelek-beleknya.

“Menepati citarasa I...pandai you kan!”

Alex kembang apabila usahanya dipuji oleh Teja Aryana.

Kirana masuk ke dalam bilik itu dengan wajah mencuka. Dia terus menghampiri Alex.

“Alex! Kasut I ada masalah! Kenapa goyang semacam aje bila berjalan!” tengking wanita itu. Model terkenal dalam industri fesyen negara.

Teja terus meletakkan kasutnya di bawah meja solek. Dia akan memakainya apabila mahu naik ke pentas nanti. Seorang hair stylist masih mendandan rambutnya supaya lebih kemas dan cantik.

“Oyake? I akan cari kasut lain untuk you!” kata Alex.

“You nak I repeat pakai kasut lama ke? Excuse me, I cuma pakai kasut baru je untuk setiap show!”

Alex kelihatan mati kutu mendengar leteran Kirana itu.

“I akan cuba call penganjur! Kiki you jangan hilang mood tau! I akan uruskan!” kata Alex lalu terus membuat satu panggilan sambil berjalan keluar dari situ.

Kirana merengus geram lalu melihat ke bawah meja solek berhampirannya. Terbuntang matanya melihat kasut design terbaru Jimmy Choo di situ.

“Well...saiz I sama dengan you kan? Give me the shoes!” herdik Kirana sambil menyilang tangan ke dada.

“Sorry? I tak dengar? You cakap apa tadi?” soal Teja sekadar drama.

“Give me the shoes!”

Teja bangun berdiri. Dia bertentangan mata dengan peragawati terkenal itu. Ya, seniornya yang perlu dihormati.

“Itu kasut I, diukur dengan kaki I...kaki I kaki Cinderella, you tak akan muat.” balas Teja dengan sinis.

“Hey!! Kau ni kurang ajar eh! Ini bukan set penggambaran drama tau! Di sini aku adalah watak utama! Kau tu cuma artis sendu yang nak mencuba jadi model walaupun jalan bersepah!” herdik Kirana.

“Jalan bersepah ke, jalan mengengkang ke, aku pakai Jimmy Choo. Kau ada? Oh ya...aku tak sendu, kau nak tengok list awards aku ke?” kata Teja lalu melangkah melepasi wanita itu. Dia berjalan menuju ke ladies. Malas mahu melayan orang meroyan.

Kirana merengus geram lalu melihat kasut itu dengan satu idea yang jahat.

Barisan hadapan yang menduduki kerusi sebelah kiri dan kanan pentas runway terdiri dari golongan VVIP. Dari CEO majalah fashion terkenal, pereka fesyen jenama yang high end serta wakil-wakil media.

Ketika melangkah di atas pentas Teja memberi persembahan yang terbaik, dia mengenakan busana gaun malam yang agak seksi. Bahunya terdedah, dadanya terdedah. Namun, dia tetap melangkah dengan berkeyakinan. Round pertama selesai dengan begitu bergaya. Tepukan gemuruh diterima kerana tetamu terpegun dengan rekaan baju tersebut termasuklah persembahan dari model yang mengenakan busana mewah itu.

Teja Aryana kembali ke belakang pentas, dia berlari ke dalam bilik persalinan. Ada seorang pembantu membuka zip belakang. Gaun itu terus terlondeh ke bawah. Ya, Teja tinggal hanya berbikini sahaja nasiblah bilik itu tiada lelaki dibenarkan masuk. Tidak boleh malu-malu jika mahu menjadi seorang peragawati professional. Teja melangkah keluar dari bulatan gaun itu dan menyarung satu pakaian lain yang diberikan oleh pembantunya. Hanya dua minit masa diberi sebelum melangkah naik semula ke pentas. Mereka harus pantas! Selain menyalin pakaian makeup dan dandanan rambut juga perlu diberi perhatian.

Kali ini Teja melihat Kirana berjalan kembali ke belakang pentas dengan wajah sinis kepadanya. Namun, Teja terus abaikan negatif vibes.

Teja sekali lagi catwalk di atas pentas dengan berkeyakinan. Kali ini gaun itu menampakkan betis dan pahanya kerana terbelah sehingga ke atas. Tepukan gemuruh diterima sekali lagi dan Teja memberi senyuman persis berjalan di pentas Miss Universe.

Prakk!

“Ahhh!” Teja terjerit apabila tumit kasutnya tiba-tiba patah! Dia dapat merasakan tubuhnya melayang dan jatuh dari pentas. Ini kerana dia sedang membuat pusingan di bucu pentas tersebut.

“Oh my god!!” jerit Alex yang berada di barisan hadapan pentas.

Malang kali ini berbau dan dapat dihidu! Tubuhnya terasa disambut oleh dua belah tangan sasa! Hampir-hampir sahaja dia patah kaki jika terjatuh dari ketinggian itu jika tidak kena gaya.

Teja membuka mata perlahan-lahan dengan wajah pucat lesi! Cahaya lampu yang menyuluh ke pentas membuatkan pandangannya samar-samar untuk melihat wajah yang telah menyelamatkannya itu.

Apa yang pasti. Klik! Klik! Klik! Bunyi camera dari media semuanya terarah kepada mereka berdua!

*******

Noorul menyapu minyak panas di buku lali kaki Kanan Teja Aryana ketika mereka di Penthouse keesokan hari. Teja mendepakan tangan di kepala sofa dan membiarkan kakinya diurut oleh Noorul.

“Auchh!! Pelan-pelan la Noorul. Awak nak saya capik ke?”

“Memang macam inilah urut Cik Teja, kaki cik dah masuk angin ni. Kenapa tak nak pergi hospital. Pihak penganjur dan company kita tak berhenti call ni. Diorang risaukan Cik Teja. Wartawan jangan cakaplah!”

“Kaki saya bukan patah pun, boleh jalan lagi ni...”

Ting ting ting!

Tiba-tiba bunyi loceng Penthousenya berbunyi bingit. Noorul pantas bangun untuk melihat siapa yang datang.

Teja memanjangkan leher untuk melihat ke arah pintu.

“Darlingggg!!!” jerit Laura sambil berlari masuk ke dalam.

Terbuka luas mata Teja ketika itu melihat Laura meluru ke arahnya.

“Wehh...kau tengah trending no. 1 tau! Viral video kau terjatuh stage semalam!”

Teja terus melepaskan tawa besar.

“Malu laa giler. Aku sampai sekarang tak buka internet. Aku tahu mesti viral punya! Celaka betul la! Macam mana kasut tu boleh patah. Aku dah la tengah buat pusingan maut kat atas tu! Sial betul la!” luah Teja bersama wajahnya yang merah padam. Maluuuu...dia yakin dia sekarang sedang jadi bahan ketawa satu Malaysia.

“No...no...no! Not embarrassing at all, okay! Bukan itu yang diperkatakan sekarang ni! But who is the mysterious man?!” jerit Laura sekuat hati. Sungguh dia sangat teruja ketika itu.

“Weh,Teja. Kau pakai tangkal apa sampai beruntung macam tu sekali!!!”

“Weyy! Giler apa tangkal. Aku ni tak perlu tangkal nak bertuah tahu! Orang teraniaya ni Allah selalu tolong. Aku tahu orang pedajal aku semalam!” kata Teja tidak berpuas hati.

“Ahh! Lantak la pedajal ke apa apa? Yang penting...kau tahu ke siapa lelaki tu??” soal Laura yang bertambah teruja wajahnya. Sudah lama Teja tidak lihat wajah Laura excited seperti itu.

“Video dan gambar semuanya kaburkan muka lelaki tu. Nampaknya lelaki tu seseorang yang sangat berpengaruh...” celah Noorul sambil tersenyum. Masih terbayang video yang tular itu. Bagaimana Teja Aryana melayang jatuh dari stage dan disambut dengan pantas oleh seorang jejaka misteri.

“Aku tak sempat tengok dia. Cahaya lampu menusuk mata aku masa tu. Sedar-sedar semua dah kerumun aku dan dia pergi macam tu je...” jawab Teja agak kesal.

Sampai ke hari ni dia masih terbayang-bayang lelaki yang memakai wangian yang melekat di deria baunya. Perfume semahal Caron Poivre jarang-jarang dapat di hidu di badan lelaki di Malaysia. Sejenak Teja sempat tersenyum apabila fikirannya singgah pada peristiwa semalam.

“Haa...awal-awal dah angau! See...aku kenal la kau Teja! So...kau nak tahu ke siapa dia?” usik Laura sambil tersengih nakal.

Noorul terasa pipinya turut kembang ketika itu. Dia juga teruja mahu tahu siapakah gerangan lelaki tinggi lampai berbahu lebar itu?

“Ahh...buat apa nak tahu. Ramai kan malam tu. Kalau bukan dia, orang lain yang akan sambut aku!” Teja mencebik jual mahal.

“Eleh... okay, jangan menyesal. Sebab aku pantas dapat info tau!” Laura membalas cebikan Teja Aryana.

“Alaa...Cik Teja! Tanya laa Cik Laura! Kita pun nak tahu ni!! Satu Malaysia nak tahu!” gesa Noorul.

Laura mengangkat kening ke arah Teja Aryana. Teja mengawal rasa teruja sejak tadi. Dia tetap menjaga sahamnya. Dia jarang menggeletis bab lelaki. Melainkan...jika dia yang mahu!

“Okay...kalau laki orang I tak nak dengar!” Teja melirik ke arah Laura.

“Eee.... sebab tu laa aku tanya kau pakai apa sampai lucky macam tu sekali!” kata Laura sambil membuka beg tangan besarnya lalu menarik satu majalah di tangannya.

Noorul sudah bangun dan duduk di sebelah kiri Laura. Teja masih mengawal keterujaannya.

“Teja Aryana...lelaki misteri yang sambut kau semalam tu...” kata Laura meleret sambil memeluk majalah itu dadanya.

“Mr. Limited Edition!!!” jerit Laura sekuat hati dengan kakinya menghentak ke lantai.

Terbuntang mata Noorul ketika itu. Teja masih cuak memandang Laura.

“Siapa tu??” serentak Teja dan Noorul menyoal.

“Korang...dia ni sangatlah low profile! Sebab tu Malaysia tak kenal dia. Tapi, di kalangan perempuan VVIP semua tergilakan dia ni...satu dalam sejuta sayangku, Teja!!” jerit Laura lagi.

“Ehh la perempuan ni! Laki orang ke?” soal Teja.

Laura menggeleng pantas!

“Ermmm!” Laura meletakkan majalah itu rapat ke dadanya sambil memejam mata.

Noorul tersengih sambil menutup mulut. Tidak sabar juga dia. Teja mengecilkan mata melihat kelaku Laura itu. Sudah lupa jadi tunangan orang agaknya.

“Dia dalam senarai nombor 1...”

“What??” soal Teja tidak sabar lagi. Terkeluar juga wajah ingin tahu so badly itu.

“Men that women want to marry most in Malaysia! The Millionaire Bachelor, Tengku Behzad Bin Tengku Maarof!”

Teja terus menegakkan badannya! Dia merampas majalah Bachelor itu dari tangan Laura.

Laura mengangkat kening tinggi. “Sejak bapak dia meninggal, dia ambil alih business bapak dia.”

Teja Aryana melihat cover majalah itu, dia meneliti wajah yang terpampang di muka hadapan.

“Teja...inilah sasaran kau sekarang! Kalau kau lambat...bersusun nak terkam dia tahu!”

“Betul ke dia single?” soal Teja dengan polos.

“Sebab tu aku cakap...inilah lelaki limited edition yang aku maksudkan tu. Cuma aku tak sangka kau jumpa dia dulu sebelum aku tunjuk kepada kau. Aku dengar pasal dia pun, sebab dia business partner my fiance! Baru je lagi...aku pun tak pernah jumpa dia. Tapi, cerita pasal dia ni dah berlegar dalam industri. Ramai artis-artis yang sedang cuba himpit dia sekarang ni... tapi...sorang pun tak berjaya...” ujar Laura.

“Wahh! Mesti Cik Teja ada harapan ni!!” jerit Noorul seronok.

Teja mengembalikan majalah itu kepada Laura.

“Mesti ada cerita lain ni? Betul tak?” soal Teja sambil mengerling kepada Laura.

Laura tersengih.

“Dengar cerita...dia gay!”

“Aku dah agak dah!! Lelaki mana nak tolak perempuan?”

Meletus tawa Laura ketika itu.

“Itu cuma gossip dari perempuan tak boleh move kena tolak dengan dia lah. Diorang bagi la alasan macam tu nak cover malu diorang. Entah betul entah tidak!”

Teja menggeleng sambil ketawa kecil.

“Aduii...kat mana dia tinggal, eh?”

Laura terus melepaskan tawa besar sambil menampar paha Teja.

“Pantas la perempuan ni! Sekarang jugak aku cari maklumat!” jawab Laura lalu mengambil telefon bimbitnya.

Teja tersengih sambil menggigit bibir. Inilah...yang dia mahukan. Lelaki yang sukar! Hmm...Tengku Behzad? Not bad...

*******

Share this novel

Durra shuhada
2020-09-23 15:06:05 

Wah trget dah dapat.. Nnt bleh jln misi mggoda.. Hihi.. Tq update..


NovelPlus Premium

The best ads free experience