BAB 14

Romance Completed 6095

Maya mencapai handphone di atas meja belajarnya. Sebelum dia mandi tadi, handphone dia berbunyi, tanda ada mesej masuk. Tapi, dia terus masuk ke bilik air tanpa membaca mesej itu. Selepas dia mandi, barulah dia tengok handphone dia ini. Ada satu mesej daripada Adib.

‘Free malam ni? Pasar malam, jom?’ – 6.54 pm

Maya tersenyum. Sejak dia berbaik semula dengan Adib, lelaki itu memang rajin mengajaknya membuat semula apa yang pernah mereka berdua buat semasa mereka menjadi kawan baik dulu. Makan kat luar, lepak di kedai mamak, pergi pasar malam. Dia lega kerana sekurang-kurangnya dia mendapat semula kawan baiknya selepas empat tahun.

‘Kau belanja.’ – 7.16 pm
‘Beres. Pukul lapan aku datang.’ – 7.17 pm
‘Okey. See ya.’ – 7.17 pm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience