GULPPP…
Hariekamaya menelan air liur. Dia cuma menunduk saja dari tadi, tak berani mengangkat muka untuk melihat Adib yang berdiri di depannya. Dia tahu Adib tengah marah sekarang ini. Walaupun Adib nampak rileks saja bersandar di pintu kereta, tapi Maya faham pandangan mata Adib itu. Tiga tahun dia berkawan dengan Adib sejak zaman universiti, (selepas ditolak dengan tempoh empat tahun dia ‘bergaduh’ dengan Adib) sudah cukup membuatkan dia tahu bahasa tubuh lelaki itu.
“Suka?” Adib bertanya, dengan nadanya yang sinis itu. Dia berpeluk tubuh di depan Maya.
“Kau salah faham ni, Adib.”
“Berapa kali kau nak buat aku salah faham? Tak cukup sekali ke, Hariekamaya?”
Hariekamaya. Itu nama panggilan yang digunakan oleh Adib sejak empat tahun lepas – selepas persahabatan Maya dengan Adib dah menjadi tak berapa baik. Sebelum itu, Adib memanggilnya dengan nama ‘Maya’, seperti mana kawan-kawan yang lain memanggil namanya. Tapi, sejak dia buat salah dengan Adib, Adib lebih senang memanggilnya dengan nama penuhnya –
Hariekamaya . Adib seolah-olah mahu menjarakkan lagi hubungan mereka yang dah tak berapa baik itu.
Sampailah sekarang.
“Adib, aku cakap betul ni. Aku tak tahu pun kau anak Makcik Lisa. Aku tak tahu pun kau yang bertunang dengan aku.”
Adib tersenyum sinis. Dia menggeleng– seolah-olah tak percaya langsung dengan apa yang dikatakan oleh Maya itu.
“Bila kau nak berhenti jadi penipu ni, Hariekamaya? Tak puas lagi ke hidup rasa bersalah sebab tipu orang?”
Maya tersentap. Dia terus mengangkat muka dan memandang Adib. “Adib, kan aku dah cakap…”
“Stop.” Adib berkata sepatah, mendatar. Dia masih berpeluk tubuh sambil bersandar di pintu Toyota Vios berwarna kelabu miliknya. Cara Adib berkata ‘Stop’ itu membuatkan Maya terasa hati – seolah-olah dia ini tak ada hati dan perasaan. Besar sangat ke kesalahan yang dia buat pada Adib sehinggakan Adib yang dulunya seorang yang berbudi bahasa bertukar seratus lapan puluh darjah seperti sekarang ini?
“Aku tak suka dengar penipu bercakap dengan aku. Sebab aku tahu semua yang keluar dari mulut kau tu tak pernah betul.”
Maya tersentap buat kali kedua.
“This engangement is such a big mistake. A super duper big mistake. Satu je nasihat aku, tolong jangan letak harapan dengan pertunangan ni. Kau pun tahu aku akan putuskan jugak pertunangan ni nanti.” Sebaik saja berkata seperti itu, Adib terus masuk ke dalam Vios kelabunya dan memandu pergi. Tinggal Maya seorang saja yang berdiri di depan rumahnya ini.
Maya mengeluh. Dia menunduk memandang tangan kirinya yang memakai cincin belah rotan di jari manis. Baru tiga hari bertunang, Adib dah mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan ini. Drama betul, huh? Kalau Adib betul-betul dah nekad nak memutuskan pertunangan, walaupun baru tiga hari mereka bertunang…
Maya menarik nafas.
…perlahan-lahan dia menanggalkan cincin belah rotan itu dari jari manisnya.
Share this novel