“Dia balas! Dia balas! Woohoo!!!” Adib mengangkat kedua-dua tangannya dengan reaksi yang sangat teruja. Dia tersengih panjang bila dia menerima mesej daripada Maya. Cepat tangannya membalas mesej itu, tanpa menunggu satu saat pun.
“Kenapa kau excited sangat? Dia balas mesej kau selepas lima belas minit kot.” Affiz menggeleng kepala melihat reaksi Adib.
“Peduli la. Janji dia balas,” jawab Adib sambil sibuk menaip mesej.
“Kalau dah gila tu, gila jugak.” Affiz menyindir.
“Diam la,” balas Adib.
“Habis tu, kau dengan Maya macam mana sekarang ni? Dah bagitahu belum parents korang yang korang nak putus?”
Adib tersengih. “Kau nak aku putuskan pertunangan dengan Maya ke?”
“Mesti la tak. Aku kalau boleh nak tengok korang naik pelamin sampai beranak cucu kot.”
“Jadi…” Adib tersengih jahat. Dia tak payah sambung pun kata-katanya sebab nampaknya Affiz dah dapat tangkap apa yang bermain di fikirannya.
“Oh, man. Jangan cakap yang tak nak putuskan pertunangan korang ni.” Affiz dah tergelak-gelak. “Kau serius?”
“Serius la. Aku akan cuba lembutkan balik hati dia perlahan-lahan. Aku yakin, cincin tu akan tersarung balik kat jari dia.”
“Maya tahu tak idea gila kau ni?” tanya Affiz.
Adib menggeleng.
“Kau ni gila la, bro.”
Adib hanya tersenyum saja. Dia tahu dia perlu berusaha untuk selamatkan hubungannya dengan Maya. Biarlah orang kata dia gila talak ke, apa ke, janji dia tahu apa yang dia nak. Dia nak kembalikan semula memorinya dengan Maya sebagai kawan baik, dan dia juga nak melangkah ke satu lagi fasa tentang hubungannya dengan Maya, iaitu perkahwinan. Dia yakin dengan hati dia yang dia cintakan Maya.
Tak salah kan kalau kita jatuh cinta dengan kawan baik sendiri? Walaupun tempoh untuk menyedari rasa cinta dan sayang itu sangat lama? Itu yang dia rasa sekarang ini. Dia rasa… dia cintakan Maya. Dan dia nak lembutkan hati Maya semula supaya menerima dia sebagai seorang tunang dan bakal suami. Adib tak minta lebih, cukup semoga apa yang dirancangnya akan mendapat keberkatan dan terlaksana. Dia akan buktikan bahawa cinta dia dan Maya tetaap utuh.
Share this novel