BAB 37

Romance Completed 84478

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum, tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang ku rasa hidup kita berdua

Di sini langit mendung selalu
Tiada cahaya menyinariku
Di sini aku tiada berdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu aku tidak sepadan denganmu

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku, oh, kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna

Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan

Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh seksa
Biar berduka, biar melara
Dari sengketa sepanjang masa
Janganlah engkau harap ku menghambakan diri

Nanti kau tahu ertinya sepi
Bagaikan pisau menghiris hati
Nanti kau tahu ertinya rindu
Bagai tersusuk duri sembilu
Batin akan terseksa, jasad pasti merana olehnya

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku, oh, kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna

Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan

Hanyalah satu persinggahan..

[ Hanya Satu Persinggahan - Elma ]

"Irsaaa, aku rindulah kat kau!" ujar Sarah yang menoleh memandang Irsa dengan muncungnya.

"Aku punnn Sarah! Ini yang aku balik sini terus je cari kau tahu!" balas Irsa dengan jeling.

Irsa dan Sarah berjalan memimpin tangan Ara di dalam sebuah pusat membeli-belah untuk mencari makan tengah hari ini. Sebaik sahaja jadual kerja mereka berdua agak lapang, mereka memutuskan untuk berjumpa hari ini.

"Ara, Ara rindu Aunty Sarah tidak?" tanya Sarah pada Ara di sisinya. Tidak silap, kali terakhir dia bertemu dengan Ara adalah setahun yang lepas ketika di Paris.

"Erm, windu!" balas Ara dengan sengih.

"Ara nak makan apa? Biar Aunty Sarah belanja banyak-banyakkkk!" tanya Sarah lagi. Terasa geram yang amat melihat Ara yang putih comel di matanya itu.

"Ara nak aiskwim!" teriak Ara dengan suka.

Irsa tertawa menggeleng kepala.

"Kau pun sama kan, nak melayan Ara itu macam.." Irsa tersentak kerana hampir sahaja dia mahu tersebut akan nama Luthfi di depan Sarah.

"Macam apa?" Sarah berkerut.

"Hah? Err, macam.. macam Aunty Aida dan Uncle Zahid itulah. Herm, kerja nak melayan si Ara itu je. Itu yang Ara ini manja sangat kalau kau nak tahu!" dalih Irsa agar Sarah tidak perasan.

"Oh, biasalah. Sebab Ara ini comel sangat! Itu yang semuaaaaa orang yang tengok Ara mesti jatuh suka. Kan Ara, kan?" usik Sarah.

Ara tertawa suka.

Seiring mereka menapak, langkah kaki Irsa terhenti serta-merta membuatkan pegangan tangan Sarah dan Ara yang sedang berpautan itu terus goyah.

"Kenapa, Irsa?!" Sarah terkejut akan gerak-geri Irsa yang berhenti mengejut itu.

Bola mata Irsa bergetar memandang satu figura di depannya yang semakin melangkah dekat pada mereka. Sarah turut ternganga seusai bola matanya memandang arah mata Irsa itu.

"Mu.. Mummy.." sapa Irsa perlahan. Terasa gugur jantungnya melihat mummy Raess boleh berada di sini. Terlihat hanya seorang diri tanpa ditemani sesiapa.

Irsa menghulurkan tangannya untuk bersalam namun salamnya hanya dicuit sahaja di hujung jari dengan sinis. Datin Zehan juga tidak menyangka boleh terserempak dengan Irsa di sini. Sangkanya, Irsa itu sudah menetap terus di luar negara dan tidak akan pernah balik lagi ke sini.

"I nak cakap sikit dengan you. Personal!" ujar Datin Zehan seraya menjeling kecil pada Sarah dan Ara.

Sarah memandang Irsa menunggu isyarat. Jika Irsa tidak mahu dirinya pergi, dia tidak mungkin akan meninggalkan Irsa pada wanita tua yang tidak sedar diri itu!

"Err, jom Ara ikut Aunty Sarah kita pergi beli aiskrim jom!" ujar Sarah selepas mendapat isyarat angguk daripada Irsa.

Irsa melihat Sarah dan Ara yang semakin menjauh dan bola matanya memandang Datin Zehan pula dengan penuh janggal kerana sudah lama tidak bersua dengan bekas ibu mertuanya itu.

"Mummy.. sihat?" Irsa memulakan bicara selepas air masing-masing sudah terletak di atas meja.

"Kalau I ini tidak sihat, tidak adalah kaki I ini jejak ke sini!" jawab Datin Zehan dengan pandangan yang tajam.

Terkulat Irsa di depan Datin Zehan. Segala gerak-geri dan tutur kata dirinya itu terasa sungguh tidak selesa dan terasa salah.

"I tidak akan putar belit. Dengar dan hadam baik-baik eh. I tak nak you jumpa atau terhegeh-hegeh kacau Raess lagi. Raess dah jalani hidup dia sendiri. Dah enjoy dan bahagia pun dengan life dia sekarang. Untuk apa lagi you dan Raess nak ada hubungan? Hah? Raess dah ceraikan you pun lama dah. You cuma penghalang jelah dalam hidup Raess. Selagi mana you masih ada depan mata Raess, selagi itulah Raess tidak boleh nak move on. Sentiasa dikejar bayang you, Irsa!" ujar Datin Zehan panjang lebar.

Irsa tergamam menelan air liur. Sangkanya, selepas beberapa tahun telah berlalu Datin Zehan itu tidak lagi berdendam. Tapi, entah mengapa sehingga kini masih ada lagi sisa benci yang menapak rakus dalam hati wanita tua itu.

"Tapi, mummy.. sampai bila-bila pun Ara itu kan.. anak Irsa dengan Raess. Macam mana Irsa nak..?" ujar Irsa dengan getar. Ekor matanya mula digenangi cecair yang hangat. Dia tidak mampu untuk menyambung kata. Bagaimana dia mahu pisahkan hubungan Ara dan Raess itu?

Datin Zehan tertawa kecil.

"Hei, dah bertahun-tahunlah Raess tidak pernah berhubung dengan anak itu tahu! Apa, sekarang you dah tidak mampu nak jaga budak itu lagi ke? Sengaja nak tayang budak itu depan Raess untuk musnahkan hidup Raess pula?!" Datin Zehan menjeling. Tidak cukup dengan Irsa kini anak itu pula mahu dijaja untuk membangkitkan masalah.

"Mummy.." Irsa terpempan.

"Ingat eh, jangan terhegeh-hegeh dekati atau goda Raess semula, dan jangan pernah tunjuk muka bajet suci you itu depan I lagi!" Datin Zehan memberi amaran seraya berdiri mahu beredar.

"Mummy!" panggil Irsa sambil mengejar Datin Zehan yang baru beberapa langkah.

"Mamaaa!" laung Ara sambil berlari anak mendapatkan Irsa seusai membeli aiskrim.

Langkah kaki Datin Zehan terhenti kerana Ara dan Sarah yang telah menghalang laluan.

"Ara, salam Nanny dulu!" arah Irsa pada Ara.

"Eish, I tidak adalah cucu macam ini!" herdik Datin Zehan. Huluran tangan Irsa dan Ara itu ditepis sinis. Kakinya terus melangkah pergi tanpa menoleh. Walau apa jua yang sudah Raess akui, di matanya Ara itu tetaplah bukan keturunannya!

"Tsk.. Ergh.. Tsk.." esak Irsa. Air mata yang sejak tadi hanya bertakung terus jatuh meluruh ke pipi. Perasaannya begitu tertusuk apabila melihat bekas mertuanya itu melayan Ara sebegitu.

"Mama nangis?" tanya Ara yang tidak mengerti.

"Tidaklah. Ergh.. Mata mata masuk habuk sikit je. Tsk.." jawab Irsa sambil tersedu mengesat air mata di pipi.

"Irsa! Kau okay tidak? Mummy Raess itu jumpa kau dia nak apa? Dia pukul kau ke tadi?" tanya Sarah bertubi kerana risau.

"Tidaklah, Sarah. Kita orang cuma borak-borak je. Jomlah!" ujar Irsa seraya menarik tangan Ara untuk masuk semula ke dalam restoran.

Selera masing-masing untuk makan tengah hari ini bagai telah mati ditelan waktu. Cuma, Ara sahaja yang masih berselera menikmati aikrim coklatnya di dalam cup putih itu.

Irsa meraba-raba setiap poket yang ada dalam beg tangan Gucci hitamnya. Mencari kunci keretanya sejak melangkah keluar dari lobi pejabat lagi. Sehingga kakinya sudah berdiri di tepian parking ini kuncinya itu masih juga belum dijumpai. Itulah dia. Kalau dah nama beg perempuan, lebih besar begnya lebih jauh lagi nyata kesesatannya!

Pinn!

Irsa segera menoleh ke arah bunyi hon yang terasa dekat. Bunyi yang datang daripada sebuah kereta yang dia tidak kenali. Memandang kehairanan kerana kereta itu bercermin gelap sekaligus matanya tidak dapat menangkap isi kereta itu.

Irsa tergamam membutangkan kedua matanya selepas melihat susuk tubuh yang keluar dari pintu pemandu itu. Kakinya mengundur setapak dua kerana tidak percaya.

"Ra.. Raess!" ujar Irsa. Terasa gugur jantungnya melihat Raess yang berada di Paris itu kini boleh berada di depan batang hidungnya pula.

"Irsa!" sapa Raess yang sudah berada di sisi.

"A.. awak buat apa kat sini?!" tanya Irsa yang masih kaget.

"Nak jumpa awak. Jom, ikut saya jap!" pinta Raess seraya membuka pintu keretanya untuk Irsa.

Irsa mengeluh kecil.

"Saya nak baliklah Raess. Nak ikut awak buat apa?" jawab Irsa yang langsung tidak berminat. Matanya laju melilau sekeliling kalau-kalau Datin Zehan itu akan menerjah mereka secara tiba-tiba. Jika itu berlaku, masak!

"Sekejap je tidak lama pun. Please. Kalau tidak, saya naik pejabat then buat hal dalam pejabat awak itu. Nak?" gertak Raess. Dia masih memegang erat pintu keretanya menanti Irsa.

"Raess!" Irsa terbuntang kerana ugutan Raess itu seperti budak kecil.

"Erm, serius tidak main-main. So, masuk!" Raess menjuihkan dagunya ke dalam perut kereta.

Irsa mengetap gigi menahan geram dan terus memasuki kereta Raess itu tanpa rela. Raess hanya tersengih seraya menutupkan pintu Irsa.

"Duduklah." pelawa Raess agar Irsa duduk di sisinya selepas mereka menjumpai sebuah kerusi batu yang kosong di sebuah taman yang tidak jauh dari pejabat Irsa.

"Kenapa cari saya lagi? Saya dah tak nak jumpa awak lagilah Raess.." luah Irsa. Sudah tentu pesanan keramat Datin Zehan itu masih tersemat kemas dalam benak ingatannya.

Raess memandang tasik buatan di hadapan mereka itu dengan sayu. Cuaca petang yang damai dan mendung itu seakan berarak setia menemani luahan hatinya sebentar lagi. Dia mengambil masa sejenak untuk menyusun kata.

"Luthfi.. dah ceritakan tentang hubungan kita hari itu. Abang.. Abang minta maaf sayang.." ucap Raess sambil menanti reaksi Irsa. Entah kenapa, dia terasa berani untuk menutur ayat sebegitu di depan Irsa.

Irsa menoleh laju memandang Raess di sisinya dalam-dalam. Panggilan diri yang seakan mimpi di siang hari bahkan panggilan yang tidak mungkin jua akan terpalit keluar dari celah mulut Raess itu walau sekali!

"Raess! Awak cakap apa ini?! Abang? Sayang? Otak awak.. Otak awak itu dah makin biul ke lepas balik sini?! Hah?!" tanya Irsa dengan mata terbeliak. Boleh tegak sekejap segala bulu-bulu kehidupan yang ada di tubuh ini. Jika benar Luthfi telah menceritakan segalanya tentang hubungan mereka, namun ia bukanlah suatu tiket yang dapat membenarkan mereka saling memanggil diri mereka sebegitu.

"Tidak, sayang! Otak abang waras-sewarasnya. Abang nak minta maaf dekat sayang atas apa yang abang pernah buat, tidak sengaja buat malah yang sememangnya sengaja terbuat pada diri sayang dulu. Sekarang, abang sayang dan cintakan Irsa sepenuh hati abang. Abang sayangkan Ara juga sayang. Tolonglah terima cinta abang ini. Bagi abang peluang untuk betulkan khilaf abang pada sayang.." ujar Raess setulus hati. Dia betul-betul maksudkan segala kata yang terucap tadi.

Irsa berdiri membelakangi Raess. Dia menekup kedua matanya cuba menahan air matanya dari turun mengalir dengan mudah. Kenapa di saat dia benar-benar perlukan cinta dan kasih Raess suatu masa dulu, tidak sekali pun Raess membuka relung hatinya? Dan, kenapa di saat dia tidak lagi dapat membalas seinci pun cinta Raess ini, Raess dengan seikhlasnya menyemai cintanya itu pada diri ini?

"Saya tidak boleh.. tidak boleh Raess! Sudahlah. Saya dah tolak cinta awak. Awak sedar tidak apa yang awak tengah cakap ini? Hah? Awak cakap macam ini sebab kata-kata dari Luthfi itu kan? Lepas awak dah ingat segalanya.." ujar Irsa menahan rasa seraya menoleh memandang wajah Raess.

Air mata Irsa menitis perlahan.

"Lepas awak dah ingat segalanya nanti.. Tsk.. Awak akan tinggalkan saya Raess. Tsk.. Awak akan pergi tinggalkan saya, tidak akan pernah sayang dan cintakan saya lagi sebagaimana terluahnya cinta dan sayang awak hari ini. Tsk.. Malah, awak akan benci dan buang Arabella itu juga sejauh-jauhnya dari hidup awak lepas awak dah ingat semuanyaa!!" herdik Irsa. Kalaulah Raess boleh ingat segala kenangan pahit mereka dulu sudah pasti apa yang terluah di mulut Irsa itu bakal terjadi tanpa dipinta waktu.

Kelopak mata Raess bergenang. Perasaannya tersiat. Ya, dia ingat segala bait kata kejamnya pada Irsa dan Ara. Bagaimanalah dia sanggup melafazkan segala kata kejam itu semua?

"Abang dah ingat sayang.." ujar Raess lembut.

Pandangan Irsa pada Raess segigil tubuhnya yang menghadam rasa.

"A.. Apa yang awak ingat?" tanya Irsa dengan getar. Dia perlu pastikan yang ingatan Raess itu bukanlah dibuat-buat.

"Semuanya sayang.." ujar Raess separa bisik.

Raess memegang tangan kiri Irsa dan menariknya agar Irsa kembali duduk di sisinya. Walau terpinga, Irsa hanya menurut.

"Abang ingat semua sayang. Tiap satu kenangan itu. Abang.. mengaku Ara itu anak abang. Memang betul-betul anak abang. Abang minta maaf sayang. Tidak tahu kenapa abang tidak ingat apa-apa masa itu. Malam bersama sayang itu pun abang tidak sedar apa yang abang tengah buat. Kepala abang rasa sakit sangat. Abang tidak sengaja sayang. Abang beritahu sayang supaya sayang tidak salah faham lagi dengan apa yang jadi." terang Raess panjang lebar tanpa melepaskan pegangan tangan Irsa di atas pehanya. Dia mahu menjernihkan kembali satu-persatu salah faham yang telah berlaku.

"Erghh.. Tsk.. Hergh.. Tsk.." esak Irsa. Terasa ringan sedikit beban yang dipikulnya saat mendengar kata maaf dan pengakuan dari mulut Raess itu. Cukuplah dia telah mengetahui yang Arabella itu adalah anak kandungnya sendiri.

Irsa menarik kembali tangannya selepas tangisannya sedikit reda agar ia tidak lagi berpaut pada tangan Raess.

"Baguslah kalau awak dah tahu. Saya tidak ada sebarang kata balas. Saya nak balik. Saya tak nak bazirkan masa lagi menangis kat sini. Abang Ilham.. Abang Ilham masih dalam siasatan polis lagi. Selagi saya tidak boleh buktikan Abang Ilham itu tidak bersalah, saya.. saya tidak boleh nak fikir apa pun sekarang ini." Irsa bangkit dari duduknya untuk beredar.

"What?! Siasatan apa?" Raess melopong kerana tidak tahu menahu.

"Dadah, Raess. Tidak mungkin Abang Ilham ada dadah sebanyak itu. Rokok pun dia tidak pernah sentuh inikan pula dadah macam itu?!" ujar Irsa yang masih bingung memikirkan siapakah dalang di sebalik kes dadah abangnya itu.

Raess tergamam.

Tidak menyangka Ilham kawan baiknya itu sedang berada di dalam masalah. Sudah pasti dia turut merasakan tempias kerisauan. Raess terus mengajak Irsa pulang. Cukuplah jiwanya yang sudah lega kerana berjaya meluahkan apa yang telah terbuku di hati. Hanya menanti cinta dari Irsa agar cintanya pada wanita itu bukanlah sekadar suatu persinggahan..

Mengapa cinta itu wujud selepas ia terbuang?

Pergi apabila ralit terkenang,
datang apabila tiada diundang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience