CKP 1 ~ TAKSUB

Romance Completed 80174

Kringggg!!!

Satu tangan sedang mencapai jam yang masih bergetar mengeluarkan bunyi. Jika terlalu penat, kadang jam yang kita kunci itu orang lain pula yang boleh terbangun. Kah!

Irsa bingkas duduk dari pembaringan seraya mulutnya ternganga menguap. Digosoknya mata sekali dua untuk menambah kesegaran. Telefon bimbit Iphonenya atas meja sisi diambil. Hampir terbeliak biji mata Irsa di pagi yang hening ini.

"Ya Allah, aku dah lambatttt!" teriak Irsa. Kelam-kabut seperti lipas kudung dia mencapai tuala dan bersiap. Mata yang masih diulit mengantuk tadi seakan terkena renjatan elektrik.

Tak!

Tak!

Tak!

Tak!

Langkah kaki Irsa menuruni anak tangga dengan pantas itu menarik perhatian Dato Widad dan Datin Alia yang sedang bersarapan.

"Ya Allah, bertuah punya anak! Hei, perlahan-lahanlah Irsa. Sini, sarapan dulu." tegur Datin Alia kepada anak dara tunggalnya.

"Sorry ummi, ayah! Lain kali ya. Irsa dah lambat ini. Cepat. Cepat. Nak salammmm!" Irsa kelam-kabut menghentak kakinya dan menghulurkan tangan kanannya untuk menyalami tangan kedua orang tuanya. Irsa mencapai sebiji kuih karipap yang masih hangat di atas meja lalu menyumbat ia ke dalam mulut dan terus kembali berlari anak.

"Byeee ummi, ayah!" lambai tangan Irsa diiringi dengan gumaman yang tidak jelas kerana mulutnya yang penuh.

Dato' Widad menggeleng-geleng kepala seraya tersengih kecil. Sandwich sardin di tangan kanannya diletakkan di atas piring kecil lalu menghirup perlahan kopi o pekatnya.

Datin Alia menoleh memandang suaminya yang sudah berumur itu.

"Bila abang nak cakap dengan Irsa hal itu?" Datin Alia membuka mulut selepas teringat memandang Irsa yang berlalu pergi sebentar tadi. Dia tahu akan niat dan permintaan suaminya yang diusulkan malam tadi sebelum tidur namun tidak pasti pula akan keputusan Irsa terhadap perkara ini.

"Nantilah. Tunggu Irsa habis semester ini kita bincang balik ya." jawab Dato' Widad.

"Yalah.." Datin Alia mengangguk tanda mengerti.

"Dah, abang pergi kerja dulu." Dato' Widad menolak kerusinya dan berdiri untuk menyalami isterinya. Datin Alia melayani suaminya itu dengan penuh rasa kasih. Bersyukur yang dia punya suami sebaik dan sesempurna Dato' Widad justeru menjadikan hidupnya sebagai suri rumah itu sentiasa dipenuhi dengan bibit-bibit kebahagian.

Tap!

Tap!

Tap!

Irsa masih berlari anak selepas keluar dari perut kereta Mini Cooper merahnya. Kemeja merah tanpa butang, seluar slek berwarna hitam dan kasut Nike merah jambu yang diperagakan di tubuh kecil Irsa itu tidak menjejaskan langsung lariannya. Dia berharap yang dia tidak terlalu lambat untuk sampai ke kelas pengajian pagi ini.

"Sarahhh!" laung Irsa dari jauh selepas ternampak kelibat kawan baiknya yang sedang berlegar di luar dewan kuliah. Irsa melangkah laju mendapatkan kawannya yang berbaju kurung moden itu.

"Irsa! Kau dah kenapa termengah-mengah macam baru balik marathon ini?" Sarah mengerutkan dahi. Pegangan buku di dadanya dikemaskan.

"Hurgh! Hurgh! Aku.. Aku tidak lambat kan? Argh, penatnyaa.." Irsa mencuri nafas sambil memejamkan mata. Cungapannya jelas kedengaran mengah. Dia lega kerana sempat sampai ke universiti sebelum kelas bermula.

Sarah menggeleng kepala.

"Tidak lambatlah. Aku pun baru sampai ini hah. Kau ini kan Irsa, kuliah lecturer lain itu selamba je eh kau lewatlah alasan itu inilah ada je modal kau. Cuba kalau kelas Sir Raess itu, wah bukan main hidup segar-bugar kau ya. Duduk pun tercongok yang paling depan, datang kelas itu kalau boleh dari malam tadi kau nak bertapa kat situ dah!" bebel Sarah yang sedia maklum akan ragam kawan baiknya itu.

Irsa tertawa kecil.

"Ish, kau ini! Janganlah cakap kuat-kuat. Malulah aku.." sekuntum senyum meniti di bibir Irsa. Bagaikan terasa bangga pula walhal Sarah hanyalah memerli dirinya yang cukup taksub dengan lelaki bernama Raess Uqail.

"Dah, jom masuk kelas!" arah Sarah seraya mencuit lengan Irsa.

"Haa, jom jom!" jawab Irsa sambil merangkul lengan Sarah.

Pap!

Sebuah dulang berisi air dilabuhkan di atas meja makan. Hiruk-pikuk suara manusia saling bergema di kafeteria sebuah universiti swasta memandangkan sekarang telah tibanya waktu untuk makan tengah hari.

"Okay, ladies! Jus oren untuk Irsa. Milo ais untuk Sarah dan teh ais kaw untuk aku!" ujar Luthfi sambil menyeringai mengagihkan minuman. Jejaka merangkap kawan baik buat Irsa dan Sarah itu melabuhkan punggung di hadapan Irsa.

"Terima kasih awak." ujar Sarah malu-malu lalu menarik air milonya mendekat. Dipandangnya wajah Luthfi itu dengan bahang walau tidak zahir.

Luthfi membalas sekilas senyuman Sarah. Kolar T-shirt hitamnya dikibas-kibas agar angin dingin menjalar ke segenap tubuh. Menampakkan urat tangan kelakiannya memandangkan Luthfi berkulit cerah. Agak terik juga cuaca tengah hari ini.

Irsa membuat muka monyok seribu.

"Aku macam tidak percaya weh! Lagi dua minggu kita nak tamat sem dah lepas itu final exam. Yang buat lagi aku tidak boleh nak percaya, lepas ini aku tidak dapat dahlah nak jumpa Sir Raess lagi! Huaaaa.." Irsa memejamkan mata sambil membaringkan kepalanya di atas meja. Buku setebal 5 inci menjadi sandaran. Memikirkan kecewanya hati, seleranya juga turut kian mati.

Sarah dan Luthfi tersentak.

"Kau ini Irsa betul-betul suka dekat Sir Raess itu dah kenapa eh? Punyalah ramai makhluk lelaki dekat U kita ini Sir itu jugalah yang kau berkenan!" jeling Sarah pada Irsa.

"Betul itu. Dalam ramai-ramai lelaki itu aku pun ada terselit apa! Ini, Sir Raess itu juga yang kau nampak.." tutur Luthfi dengan selamba. Diteguknya teh ais yang sejuk itu sehingga separuh gelas. Dia merasakan hubungan Irsa dan Sir Raess itu tidak mungkin akan terjadi. Yang mendambakan lelaki itu hanyalah seorang Irsa. Bertepuk sebelah tangan sudah tentu tidak kan berbunyi!

Pandangan Sarah pada lelaki di hadapannya itu bergetar. Kelat dia menelan air liur yang terbaki di celah kerongkong. Kata-kata Luthfi sebentar tadi betul-betul membuatkan jiwa Sarah sedikit terusik.

Irsa kembali duduk dengan tegak. Dia menggeleng-gelengkan kepala.

"Aish! Kau orang tidak faham. Cinta aku pada Sir Raess itu susah nak cakap. Aku cuma yakin dia jodoh aku!" Irsa tersengih walau hanya memikirkan. Hatinya berdetak indah menanti impiannya itu bakalan menjadi sebuah realiti.

"Zaman sekarang tidak boleh pakai yakin-yakin ini dah Irsa. Kau ingat macam dalam cerita Nujum Pak Belalang ke hah? Cukup dengan yakin kau itu je then semua masalah selesai?" tanya Sarah sambil membulatkan mata.

"Cemburulah itu!" Irsa mencebik.

Luthfi tertawa kecil kerana duduk bersama dua orang wanita di hadapannya ini betul-betul membuat hidupnya dipenuhi warna selain mendengar bebelan dan leteran secara percuma yang sampai sudah tiada hujungnya.

Klak!

"Penatnya kelas hari ini! Nak tercabut kaki aku lari sini sana sejak pagi. Padanlah muka kau Irsa. Siapa suruh kau bangun lambat pagi tadi?" bebel Irsa sambil duduk melepas keluh di atas sofa baldu di ruang tamu. Tangan kanannya mengurut lembut tapak kaki yang terasa berdenyut.

Pap!

Seorang lelaki kurus bertubuh tinggi lampai telah merembat telefon bimbit Irsa yang terletak di atas meja kopi. Dibawanya lari ke dapur. Irsa ternganga melihat reaksi lelaki itu. Segera kakinya mengejar langkah.

"Ish, Abang Ilhammm! Baklah sini phone Irsa itu!" pekik Irsa seraya mengejar.

Lelaki itu tersengih seraya menggoyang-goyangkan telefon bimbit Irsa ke udara. Maka, terjengkit-jengkitlah kaki Irsa untuk mengapai ia.

"Abangg!! Ummi, tengoklah Abang Ilham ini!" marah Irsa sambil memukul dada bidang lelaki itu. Datin Alia yang sedang mencuci pinggan di sinki segera menoleh.

"Hish, kamu ini Ilham! Sudah-sudahlah menyakat adik kamu itu. Dah besar panjang pun nak bergurau macam budak kecil lagi ke?" suara Datin Alia mengendurkan situasi. Situasi yang selalu berlaku di depan matanya apabila kedua-dua anaknya itu saling bertemu. Pantang ketemu walau tidak kelahi namun ada sahaja akal di benak fikiran mereka untuk saling menyakat.

Ilham menurunkan tangan kanannya dan menyerahkan telefon bimbit pada Irsa.

"Nah, ambillah. Pendek!" rengus Ilham seraya mengusap laju kepala Irsa lalu berlalu pergi menaiki anak tangga.

"Eii.. Geram betullah!" bentak Irsa membetulkan selendangnya. Ya, dia sedar dia agak rendah okay fine memang rendah berbanding kaki galah si Ilham itu. Kadang, terfikir juga adakah salah seorang daripada mereka berdua itu telah pun tersalah keturunan? Ah, yang bukan-bukan aje!

"Haa, dah balik Irsa?" tanya Datin Alia pada anaknya yang masih tercegat berkobar dendam.

Irsa menoleh pada umminya.

"Ya, ummi. Dah balik dah baru je. Ummi buat apa ini? Dah masak ke?" mata Irsa menerawang memandang bahan-bahan yang tersadai di atas kitchen island berwarna hitam itu.

"Haah, baru nak masak. Ummi ingat nak masak pajeri nenas dengan ayam masak merah malam ini. Lamalah tidak makan." Datin Alia tersenyum simpul.

Irsa lekas memaut lengan Datin Alia dengan mata penuh bersinar.

"Sedapnya ummi! Dah kecur dah air liur Irsa tahu! Okay, ummi tunggu kejap ya Irsa mandi kejap lepas itu Irsa tolong ummi masak. Kali ini Irsa janjiii nak hafal resepi ummi betul-betul! Promise!" Irsa mengangkat tangan kanan separas bahunya untuk membuat ikrar. Begitulah, simpan resepi masakan banyak-banyak tidak ingat dunia tapi entah bila akan terbuatnya itu tidak tahulah!

Datin Alia tersengih dengan gelagat Irsa. Dia mengiyakan sahaja. Disebabkan Datin Alia sudah biasa membuat segala kerja rumahnya ini sendiri dia tidak memerlukan orang gaji. Bahkan, dia lebih senang lagi-lagi Irsa yang banyak menolong. Moga ganjaran pahala buat para isteri yang sentiasa berbakti pada keluarga itu seperti air-air sungai yang deras mengalir ke hilir..

Jemput follow, rate dan komen ya gais!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience