CKP 3 ~ JAWATAN CEO

Romance Completed 80174

Terk!

Terk!

Kedengaran bunyi bagasi diturunkan oleh dua orang pemuda, disulami deruan ombak yang membelah pantai. Irsa dan Sarah berhati-hati menuruni feri yang masih terhuyung-hayang di jeti yang agak kecil itu. Perjalanan tiga jam dari Kuala Lumpur tidaklah terasa lama dek hati yang girang untuk bercuti ke sini.

"Weh, beg kau orang ini isi apa? Kita datang bercuti berapa hari je tahu bukannya pindah duduk sini!" bebel Luthfi kerana beg dua orang wanita di depannya itu terasa berat yang amat. Bawa batu bata ke seguni simen?!

"Yalah! Berat gilalah beg kau ini Irsa! Hairan aku, macam mana kau angkat?" tanya Habib seraya menyerahkan beg roda berwarna hitam pada Irsa.

Irsa menjeling kecil.

"Kau orang, orang lelaki apa tahu? Barang dalam beg ini semua fasal nak gunalah aku bawa. Kalau tidak penting tidak ada makna nak ikut semak sekali." Irsa mengecilkan matanya pada dua orang lelaki itu. Seluar jeans kau orang yang tidak basuh sebulan itu pun dipakai tanpa insaf ada hati nak tegur beg baju orang?

Luthfi dan Habib hanya mampu mencebik. Sarah pula menggeleng kepala. Mereka berempat sudah lama merancang untuk bercuti ke sini selepas tamat final exam seminggu yang lepas. Demi menjimatkan kos dan masa, Pulau Pangkor sahaja menjadi pilihan. Buat rasa-rasa nak healing itu bolehlah dari tidak ada langsung!

Klak!

Sejurus meletakkan bagasi di sisi katil, Irsa menolak sliding door kamarnya yang jernih. Pemandangan laut yang terbentang luas betul-betul mencuri perhatian bola matanya.

"SubhanAllah cantiknya! Sarah, cepatlah sini! Tengok ini, cepat!" teriak Irsa yang teruja bak anak kecil. Dia tersenyum lebar kerana chalet yang ditempahnya itu betul-betul berhampiran pantai.

"Iya, kejap!" sahut Sarah yang selesai meninjau keadaan sekitar bilik mereka. Jika ada apa-apa yang mencurigakan sudah tentu jadi masalah pula kemudian hari.

Mulut Sarah ternganga di sisi Irsa.

Indah sungguh pantai di depan matanya walaupun ketika ini masihlah terik petang. Segera dia mencapai telefon bimbitnya dan bergambar dengan Irsa. Dah datang bercuti ini wajiblah kan berfoto hingga lebam!

Tempoh hari Irsa mengambil pakej bbq semasa menempah bilik mereka. Tidak sia-sia rasanya kerana sangat berbaloi makan malam mereka hari ini. Semuanya telah disiapkan oleh pihak penginapan. Kita cuma bawa perut dan gerakkan tangan sahaja untuk membakar.

"Sikit sangat kau makan Irsa. Nah, ambil lagi!" tegur Luthfi yang menghulurkan beberapa ketul ayam bakar.

"Thanks, Luthfi. Aku dah makan banyaklah kau ini saja tahu nak aku gemuk." jeling Irsa. Perutnya cepat kenyang dek menghayati deruan ombak di depannya dan angin malam yang bertiup lembut membadai tubuh.

"Awak! Saya nak!" celah Sarah sambil tersenyum. Dia menghulurkan pinggannya memandangkan Irsa sudah tidak mahu menjamah lagi.

Luthfi tersentak.

"Err, haa nah!" Luthfi menghulur ayam bakar yang masih hangat itu pada Sarah.

Irsa menghela nafas panjang.

'Cantiknya bintang malam ini!' getus hati Irsa seraya bangun dan melangkah pergi.

"Eh, Irsa nak pergi mana?" laung Luthfi lalu segera membuntuti jejak Irsa.

Sarah dan Habib terkebil-kebil memandang dua figura itu.

"Eh, Sarah! Luthfi dengan Irsa itu ada apa-apa ke? Rapat semacam je aku tengok. Dia orang bercinta eh?" Habib meneruskan kunyahan sambil memandang langkah Luthfi dan Irsa.

Wajah Sarah membahang.

"Tidak ada apa-apalah. Dia orang kawan je. Erm, nahlah Habib makan lagi ayam ini!" Sarah menghulur ayam yang diberi oleh Luthfi sebentar tadi. Tekaknya kelat. Dia memandang Luthfi dan Irsa yang sudah jauh berjalan di gigi air. Hatinya diragut cemburu.

"Betul ini? Kau tak nak, aku makan eh!" senyum lebar Habib yang berbadan gempal itu menerima ayam bakar dari Sarah.

Shhhh..

Shhhh..

Langkah kaki Irsa dan Luthfi ditemani gulungan ombak yang bersilih ganti menghempas kaki. Sejuknya air terasa hingga ke tulang.

Luthfi mengerling Irsa sekilas.

"Kau fikir apa?" tanya Luthfi di sisi Irsa. Sesekali angin yang agak kuat menerpa membuatkan selendang Irsa yang dipakai acuh tidak acuh itu dibuai angin.

"Tidak ada apa. Saja nak ambil angin. Tenang kan kat sini? Lepas ini.. kita semua mesti akan jarang jumpa sebab dah bawa haluan masing-masing. Aku rindulah zaman belajar aku." ujar Irsa perlahan. Ya, dia pasti merindukan semua kenangan zaman belajar degreenya tetapi detak hatinya jauh lebih rindu pada lelaki yang bernama Raess Uqail.

Luthfi memandang lembut langit malam yang penuh dengan bintang di atas kepalanya.

"Aku pun rindu semua itu Irsa. Kalau kau nak jumpa aku bila-bila masa pun kau cakap jelah pasti aku datang untuk kau.." Luthfi menoleh memandang Irsa.

'Sudah tentu aku akan selalu merindui kau Irsa. Tapi, kau..' gumam Luthfi dalam hati.

Irsa laju menyiku lengan Luthfi seraya tertawa.

"Eii! Bila kau cakap macam itu kan aku rasa macam awkwarddd!" teriak Irsa sambil membutangkan mata. Terasa geli-geliman pula bila memikirkan kerana mereka berdua hanyalah teman biasa sahaja. Lainlah kalau Raess yang bilang, hilang terus gelinya! Eh!

Luthfi terpempan tetapi sedaya upaya untuk menghasilkan tawa seperti Irsa agar keadaan tidak menjadi kekok.

Klak!

Sarah menutup dan mengunci sliding door biliknya. Selesai mengemas apa yang patut dia berbaring di sisi Irsa di atas katil queen yang empuk itu. Sarah memandang sekilas Irsa yang ralit melihat telefon bimbitnya.

"Irsa!" panggil Sarah.

"Herm. Apa?" tanya Irsa yang masih menatap telefonnya.

"Kau.. borak apa dengan Luthfi tadi?" entah kenapa hatinya memberontak cukup kuat untuk tahu segala butiran perbualan mereka sebentar tadi.

"Tiada apa sangatlah. Borak santai je. Kenapa?" Irsa meletakkan telefon bimbitnya di sisi dan menoleh Sarah yang sudah berselimut. Cuaca di tepian pantai ini cukup sejuk dan dingin di kala malam.

Sarah menelan nipis air liurnya.

"Kau tidak suka ke kat Luthfi itu? Dia kan baik, handsome.." tanya lembut Sarah pada Irsa. Jika boleh dia mahukan jawapan yang lebih tepat.

Irsa tertawa. Dia mengibas rambut seraya memaut lengan Sarah.

"Luthfi?! Dah kenapa aku kena suka kat dia pula? Aku, dah ada Raess Uqail okay! Dulu, kini dan selamanya dalam hati aku. Takkanlah aku nak suka lelaki lain!" Irsa tersengih lebar bila nama Raess meniti di bibirnya.

Sarah tersengih. Kadang fikiran Irsa ini sangatlah kebudak-budakkan. Nak kata budak, umur pun dah cecah 25 tahun. Boleh jadi mak budak anak tiga lagi adalah!

"Seriuslah Irsa? Kau suka Sir Raess itu sampai tahap otak kau dah mereng ke? Kau bukannya milik Sir Raess. Kau baru suka kat dia je tahu. Kau pernah terlintas tidak kot dia dah berpunya ke dah kahwin dua ke? Haih, aku tak nak kau menyesal esok hari.." hati Sarah terdetik risau. Sangkanya, Irsa sekadar suka-suka sahaja pada pensyarahnya itu, namun selepas tamat pengajian pun jika masih suka ini sudah parah lagi-lagi kalau cuma bertepuk sebelah tangan!

Irsa kaku membeku. Dia meleraikan pautan tangannya. Dia memandang Sarah dalam-dalam.

"Ish, aku tidak terfikir pula. Setahu aku Raess itu tidak kahwin lagi dan tidak berpunya lagilah. Tidak pernah nampak pun sesiapa dekat samping dia." Irsa cuma menyedapkan hati. Ya, kesibukkan dirinya belajar membuatkan dia tidak punya masa untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.

"Kau fikirlah betul-betul Irsa sebelum buat keputusan. Kalau tidak, kau lupakanlah Raess Uqail kau itu. Dah, aku nak tidur. Esok subuh, kejut aku tahu!" ujar Sarah seraya menepuk-nepuk bantal di kepalanya.

Irsa terkulat. Serta merta dia merasa terpukul. Dia melihat Sarah di sisi  yang sudah melelapkan mata. Namun, matanya seakan segar untuk menanti sebuah jawapan.

Pak!

Pintu kereta Mini Cooper Irsa ditutup rapat dengan hati yang berat.

"Sarahhh.. Take care tahu! Aku rindulahh nanti." Irsa memuncungkan bibir. Dia memeluk erat kawan baiknya itu yang bakal menaiki bas untuk pulang ke kampung. Selesai percutian mereka di Pulau Pangkor, masing-masing mula membawa diri.

"Kau pun jaga diri Irsa! Aku pun rindu kau!" Sarah membalas pelukan hangat kawan baiknya itu.

"Kau pun, Luthfi! Take care!" Irsa menumbuk lembut lengan sasa Luthfi itu. Mereka bertiga berkumpul buat kali yang terakhir buat masa ini.

"Sure, Irsa! Kau pun!" Luthfi hanya tersengih.

"Okaylah kau orang! Apa-apa kita whatsApp tahu! Saya.. pergi dulu awak.." ujar Sarah seraya mengerling lembut pada Luthfi. Dia mengharapkan hati lelaki itu akan terbuka buat dirinya walau hanya cuma selembar benang.

Luthfi hanya membalas kata dengan anggukan dan segaris senyum. Sarah melangkah dengan hati yang tercalar. Cuma itu sahaja balasan dari Luthfi?

Irsa dan Luthfi melambaikan tangan mereka sehingga kelibat Sarah menghilang. Mereka berdua juga turut berpisah memandangkan Irsa dan Luthfi membawa kereta.

Shhhhh..

Irsa membilas bersih pinggan terakhir yang berada di dalam sinki. Seusai dia melihat dapur umminya itu bersih dan teratur dia tersenyum puas. Lebih puas, dia menjamah air tangan Datin Alia sebentar tadi dekat tiga pinggan!

"Ummi, ayah.." tegur Irsa seraya melabuhkan punggung di atas sofa. Rambut separa kerinting paras pinggang itu diikat kemas.

"Herm, Irsa. Kamu dah habis pengajian kan? Apa plan Irsa lepas ini?" tanya Dato' Widad pada anak daranya.

"Erm, Irsa rasa nak rehat-rehat kejaplah ayah then dah ready baru Irsa masuk kerja eh!" dia sedia maklum dirinya yang akan berkerja di Widad Holdings. Punyai syarikat sendiri sudah tentu mahu saja dia membantu ayahnya yang semakin dimamah usia itu.

Dato' Widad termangu seketika.

Klak!

Selepas pintu kayu di ruang tamu itu dikuak, Ilham muncul setelah pulang dari kerja. Dengan baju kemeja dan tali leher yang serabai dia menonong masuk.

"Ilham, duduk kejap!" panggil Dato' Widad.

Langkah kaki Ilham terhenti dek panggilan yang dia seakan tahu akan puncanya.

Ilham mengeluh seraya melabuhkan punggung di sisi Irsa. Irsa mula kehairanan kerana abangnya kelihatan tidak berminat.

Dato' Widad memandang lama kedua-dua anaknya bersilih ganti sebelum menutur kata.

"Ayah nak Irsa take over position Ilham bila Irsa dah masuk kerja nanti!" ujar Dato' Widad dengan nada yang agak tegas.

"What?!" Ilham ternganga dengan kata-kata ayahnya itu.

Irsa terbeliak dan terlopong bagaikan nampak hantu. Ambil alih jawatan abangnya itu bermaksud dia bakal menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Widad Holdings. Gugur sekejap jantung Irsa. Dia baru sahaja menamatkan pengajian dan tidak pernah bekerja secara rasmi. Mana mungkin tiba-tiba dia boleh terus duduk di atas!

"Err.." Irsa kelu seraya memandang wajah umminya yang kekal tenang.

Ilham bingkas bangun dari duduk.

"Kenapa ayah buat Ilham macam ini? Hah? Walaupun Ilham selalu tidak masuk pejabat tapi semua kerja kita siap on track! Sekarang, ayah nak buang Ilham pula?!" rengus Ilham dengan hati yang mulai mendidih.

Dato' Widad menjeling anak lelakinya itu.

"Ayah tidak buang kamu Ilham. Ayah nak Irsa belajar pula apa yang kamu dah belajar." bela Dato' Widad.

Ilham mencebik.

"Sama sahajalah macam Ilham ini dibuang ayah! Mana Ilham nak letak muka Ilham ini kalau Irsa yang ambil alih?!" tanya Ilham seraya menoleh memandang Irsa dengan tajam.

"Ini bukan soal air muka Ilham. Kamu dan Irsa sama-sama anak ayah. Tidak boleh ke kamu bertolak ansur dengan adik kamu sendiri?" pujuk Dato' Widad. Dia juga tidak mahu keadaan seperti ini berlaku.

Irsa menelan air liur yang bertakung. Tidak sangka pula perbincangan yang tadinya santai menjadi tegang sebegini rupa.

Ilham menjeling Irsa dan lekas mencapai kunci keretanya yang berada di atas meja. Kakinya melangkah laju keluar semula dari rumah itu dan meninggalkan tiga pasang mata yang memimpin pemergiannya.

"Ilham! Nak pergi mana itu?" tegur ummi.

Bamm!

Ilham menghempas pintu seusai keluar.

"Biarkan dia!" balas Dato' Widad. Dia menghela nafas panjang yang terasa sesak.

"Ayah.." rengek Irsa. Dia menatap wajah Dato' Widad sedalamnya.

"Kenapa ayah buat Abang Ilham macam itu? Irsa tak nak jawatan abang itu. Irsa nak kerja biasa-biasa je. Lagipun Irsa.. Irsa tidak arif sangat dengan syarikat ayah. Biarlah Abang Ilham yang handle.." pujuk Irsa.

Sejujurnya, jawatan paling tinggi itu memang tidak terlintas langsung di benak akal Irsa. Widad Holdings adalah sebuah syarikat logistik yang tidaklah gah namun masih boleh dianggap berjaya. Sudah tentu  ianya kerana hasil titik peluh ayah dan abangnya yang telah membanting tulang.

"No excuse, Irsa! Ayah nak kamu handle. Tidak tahu bukan bermakna tidak boleh belajar. Dah, ayah naik atas dulu!" Dato' Widad melangkah sambil dibuntuti oleh Datin Alia. Datin Alia sekadar mengelus lembut bahu Irsa berharap anaknya itu memahami permintaan ayahnya.

Irsa termangu dan melepaskan nafas yang berat. Sel otaknya masih rancak berhubung untuk mengetahui punca segala kekalutan ini berlaku.

Pak!

Gelas kecil yang dipegang Ilham diletakkan rakus di atas meja seusai air di dalamnya telah habis diteguk. Hatinya membara mengingati kata-kata Dato' Widad satu jam yang lalu.

Lelaki berjaket hitam di sisinya tersengih sinis melihat Ilham.

"Kau ini nampak stress betul! Apa masalah?" tegur lelaki itu.

Ilham mengeluh.

"Tidak ada apalah. Hal kerja je." jawab Ilham. Dia malas mahu buka cerita. Lebih menambahkan luka di hatinya kelak.

Lelaki di sisi Ilham menyiku lengan Ilham yang berada di atas meja.

"Kau nak barang tidak? Stok baru sampai ini. Tiptop!" keningnya diangkat-angkat agar Ilham terpujuk.

"Eh, Raess! Kau jangan nak racun aku eh! Kau nak jual, itu kau punya fasallah tapi tolonglah aku tidak akan ambil benda kotor macam itu!" jeling Ilham pada kawan yang sebaya dengannya itu.

"Okay, fine! Sorry. Baguslah kau tidak layan. Kental juga eh kau ini?" Raess tersengih lalu menepuk-nepuk bahu bidang Ilham.

Ilham mengeleng kepala dan meraup wajahnya.

"Haish, macam manalah aku boleh berkawan dengan kau ini Raess?" dia terasa berdosa apabila mengimbau kembali yang kawannya ini adalah seorang pengedar dadah sejak dua tahun yang lepas.

"Eh, bro! Aku jual ini aku tidak ambil eh! Jual. Ambil. Haa, dua benda yang kau kena tahu beza dia.." Raess mencebik.

Ilham membuat muka.

"Sama jelah bendanya haram juga pandaiii!" Ilham tersengih seraya menepuk sekali dahi Raess.

"Aduh! Sakitlah!" Raess menggosok-gosok dahi licinnya dan selepas berpandangan seketika dia tertawa bersama Ilham. Mereka menghabiskan malam yang terasa panjang itu bersama.

Erm, Raessnya punnnn.. Jemput follow, rate dan komen ya gais!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience