CKP 4 ~ SEKILAS RINDU

Romance Completed 80174

Pagi telah pergi
Mentari tak bersinar lagi
Entah sampai kapan
'Ku mengingat tentang dirimu

'Ku hanya diam, menggenggam menahan
Segala kerinduan, memanggil namamu
Di setiap malam, ingin engkau datang
Dan hadir di mimpiku, rindu

Dan waktu 'kan menjawab
Pertemuanku dan dirimu
Hingga sampai kini
Aku masih ada di sini

'Ku hanya diam, menggenggam menahan
Segala kerinduan, memanggil namamu
Di setiap malam, ingin engkau datang
Dan hadir di mimpiku, rindu

Dan bayangmu akan selalu bersandar di hatiku
Janjiku pasti 'kan pulang bersamamu

ho-uh

'Ku hanya diam, menggenggam menahan
Segala kerinduan, memanggil namamu
Di setiap malam, ingin engkau datang
Dan hadir di mimpiku

'Ku hanya diam, menggenggam menahan (ho-oo-oh, oh-oo-oh)
Segala kerinduan, memanggil namamu (wo-oo-oh, oh-oo-oh)
Di setiap malam, ingin engkau datang (wo-oo-oh, oh-oo-oo-oh)
Dan hadir di mimpiku
Selalu di mimpiku, rindu..

[ Tentang Rindu - Virzha ]

Irsa merenung ke luar jendela bilik yang sudah terkuak sedikit. Kelihatan bulan menerangi langit malam dengan cerahnya. Sejak tiga hari yang lalu, hatinya dilanda resah gara-gara sikap Abang Ilham dan juga ayahnya yang bagai diktator itu.

Buk!

Ilham keluar dari perut kereta dan melangkah masuk ke rumah. Irsa terkejut melihat abangnya yang baru pulang itu di saat malam sudah pun lewat. Segera dia menapak untuk berjumpa Ilham.

"Abang! Baru balik? Kenapa tidak balik rumah dah berapa hari ini? Ayah risau tahu." ujar Irsa di ruang tamu. Sengaja dia memetik nama orang tua yang sudah tidur itu. Walau tidak menonjol, dia tahu ayahnya sudah pasti lebih risaukan Ilham.

Ilham menutup matanya sekilas. Bebelan Irsa itu memberi denyut yang tiada kesudahan di kepala.

"Nak apa?" tanya Ilham seraya menanggalkan tali lehernya yang menjerut leher malah hatinya jua.

"Irsa.. Nak bincang.." tutur Irsa lemah. Dia tidak tahu apa yang perlu dibincangkan tetapi yang dia tahu dia perlu bersua muka dengan Ilham.

Ilham mencebik.

"Nak bincang apa lagi? Ayah dah arahkan Irsa untuk ambil jawatan itu, hah ambillah! Biar semua orang dekat pejabat itu kutuk, hina abang tiap hari! Itu yang semua hendak kan?!" jeling Ilham dengan tajam seraya melangkah kaki menaiki tangga.

"Abang Ilham.." Irsa ternganga. Dia tidak bermaksud langsung untuk menaikkan kemarahan abangnya itu. Kalau boleh semahunya dia menolak keras permintaan ayahnya yang tidak masuk akal itu.

'Aku cuba pujuk abang lain kalilah..' getus hati Irsa seraya membuntuti Ilham untuk ke bilik masing-masing.

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi langkah kaki seseorang kedengaran menapak laju di saat Raess, Datin Zehan dan Dato' Raid sedang bersarapan di dapur.

"Morning everyoneee!" sapa seorang wanita dengan senyuman lebar yang berambut lurus paras bahu itu.

"Herm, Mel! Come, join us!" sambut Datin Zehan dengan sengihan.

"Mummy.." sapa Mellinda seraya mencium pipi Datin Zehan.

"Hai, sayang! Duduklah." ujar Raess. Dia menarik luas kerusi di sisinya untuk wanita itu.

"Hai, baby! I rinduuu tahu dekat you!" Mellinda mengenggam erat tangan kanan Raess seusai punggungnya dilabuhkan atas kerusi.

"I miss you too sayang.." bisik Raes dengan senyuman yang menggoda.

Mellinda menoleh ke arah Dato' Raid yang tidak teruja langsung untuk memandang dirinya.

"Hai, papa!" Mellinda tersengih.

"Uncle Raid, Mel! You belum kahwin dengan Raess lagi ya." ujar Dato' Raid dengan lembut.

"Papa dah sarapan. Papa naik dulu." Dato' Raid berdiri dan mematikan senyum semua yang berada di meja makan itu.

"Babyyy.." rengek Mellinda sambil menarik-narik tangan kanan Raess yang digenggam. Entah kenapa ayah Raess itu dari dahulu memang begitu. Nak kata dirinya tidak cantik, habis lawa sudah dia melaram. Nak kata tidak baik, tiada pula dia berbuat jahat meskipun jenayah. Malah, dia juga hormat pada Datin Zehan dan Dato' Raid yang bagaikan ibu dan ayahnya itu.

Datin Zehan mengukir senyum kerana lali dengan kerenah Mellinda.

"It is okay Mel! Biasalah papa itu. Okay, jangan stress-stress. Hari ini Raess dengan Mel nak keluar shopping kan? Both of you enjoy, have fun je ya. Dah, makan dulu tahu mummy naik atas jumpa papa kejap.." ujar Datin Zehan yang meninggalkan Raess dan Mellinda.

"So, nak shopping tidak hari ini?" tanya Raess bagai memberi umpan.

"Of courseee!" senyum Mellinda melebar seluas alam. Hatinya terus terpujuk.

Klak!

Seusai pintu bilik tidur dikuak, mata Datin Zehan memandang tajam Dato' Raid yang sedang duduk membelek buku bacaannya. Hari hujung minggu begini, begitulah rutin hariannya.

"I peliklah, apa yang you tidak suka sangat dengan Mellinda itu eh. Raess pun suka dia. They fall in love each other. Apa yang berat sangat hati you untuk terima Mel?" tanya Datin Zehan yang duduk di birai katil.

Dato' Raid menghela nafas dalam. Dia menanggalkan kaca mata yang dipakai.

"I bukan tidak suka Mellinda itu. Kalau dia berubah lebih baik yes maybe I approved. Dah tidak nampak ke mata you itu pakaian dia? Ketat sangat, dengan singkatnya. Sarung nangka pun lagi longgar tahu!" Dato' Raid menggeleng kepala mengenangkan pakaian Mellinda yang tidak cukup kain itu.

Datin Zehan tertawa sinis.

"Biasalah budak-budak jiwa muda kan. Pramugari lagi. Nanti dah sampai masa lepas kahwin itu dia ubahlah, you ini.." jeling Datin Zehan pada suaminya yang sudah separuh botak itu.

"Entahlah. Kalau boleh I harap sangat Raess boleh jumpa perempuan yang lebih baik dari Mellinda itu." jauh di sudut hati Dato' Raid dia kurang berkenan akan Mellinda. Cukup nalurinya berkata begitu.

Mata Datin Zehan membutang.

"No! Tiada yang lebih baik dari Mellinda. Raess akan kahwin dengan Mel tidak kira apa yang jadi! I tetap nak Mellinda itu jadi menantu kita!" rengus Datin Zehan seraya laju keluar dari bilik.

Dato' Raid sekadar menggeleng lemah.

"Banyaknya sayang I ini shopping!" tegur Raess yang membawa beg kertas penuh di tangan kirinya. Entah apa yang dibelinya pun dia tidak tahu. Padahal setiap kali mereka keluar bersama sudah pasti wanita itu akan membeli sesuatu.

Mellinda membuat muncung itik. Dia merapatkan rangkulan tangannya pada pinggang Raess.

"Erm, you ini! Mana ada banyak. Biasa je I rasa. Thank you baby dah belanja I! Love you!" Mellinda tersenyum simpul. Dia bahagia dengan Raess walau sudah dua tahun mereka menjalin cinta, cintanya seakan kian mekar bercambah.

"I love you more!" Raess membalas senyum. Dia iyakan sahaja kata-kata Mellinda. Lagipun, duit hasil bisnes gelapnya itu banyak. Tidak mungkin kan luak. Walau kerja kotor itu dibuat sebagai hobi suka-sukanya sahaja.

Pak!

Raess meletakkan beg kertas yang dibawa di atas kerusi di sisinya. Lututnya bukan main ketar menanti pengakhiran Mellinda dari membeli-belah. Bukan apa, penat kaki ini melangkah woi! Seusai melabuhkan punggung, Raess memandang Mellinda yang sedang menambah calitan lipstik merah di bibir. 

"Sayang.. Bila you nak kahwin dengan I ini?" tanya Raess sambil menatap wajah Mellinda dengan harapan yang tiada pasti.

"Oh my god, Raess! Habis, comot dah!" teriak Mellinda selepas lipstik merahnya meluncur keluar dari landasan bibir mungilnya. Mellinda terkejut dengan pertanyaan spontan dari Raess itu. Erm, tidaklah terlalu terkejut bahkan sudah naik bosan mendengarnya. Kalau boleh rakam, agaknya ini rakaman yang ke berpuluh ratus! I janji, I deleteee! Kah!

Raess menatap dalam akan mata Mellinda.

"I serius sayang. Nak kahwin dengan you. Nak ada anak dengan you. Dah setahun I lamar you but.. I still did not get any answer Mel!" Raess menelan air liur.

Mellinda membuat muka selepas mengelap baki lipstik yang tersasar dengan tisu.

"Baby! You kan tahu I kerja! Nak kahwin, ada anak ini semua ergh lecehlah baby! I tidak sedia nak buat semua itu.." Mellinda kembali memuncungkan bibirnya sedepa.

"Habis, bila yang you sedia? Hah? Cuba cakap? Tiap kali I nak bincang fasal ini you bagi alasan tidak sedialah itu inilah. Umur kita ini makin tahun makin tua tahu. I suruh berhenti kerja itu you tak nak. Duduk jelah rumah jaga I, jaga anak.." giliran Raess pula yang seakan mahu merajuk.

Meremang bulu roma Mellinda memikirkan seandainya itu yang terjadi. Duduk rumah, berbaju kelawar sambil dukung anak? Fuh, terasa pitam kejap! Ya, dia tahu Raess suka akan budak kecil namun memiliki anak sendiri jauh lebih memeningkan. Sudah tentu kerjayanya juga sebagai pramugari itu bagaikan telur di hujung tanduk!

"Jomlah, kita order makanan! Nanti kita bincang.." Mellinda terus melambaikan tangan pada seorang waiter yang tidak jauh dari meja mereka.

Raess menghembuskan nafas. Dia hanya melihat Mellinda tanpa bicara. Hati kecilnya punya harapan dan impian yang menggunung dalam hubungan mereka namun jika Mellinda tidak punyai rasa yang sama apakah perjuangan dirinya ini hanyalah sia-sia?

Irsa mengemas meja makan di dapur selepas semua telah selesai menikmati makan malam sebentar tadi. Pinggan dan mangkuk lauk yang sudah licin itu diletakkannya dia dalam sinki. Sejurus berpaling, matanya menangkap sebuah kotak kecil berwarna putih yang agak tersorok di celah dapur.

"Apa ini?" mata Irsa melilau mengamati tulisan di kotak itu. Matanya membulat selepas nama ayahnya terpapar.

"Ummi! Ayah sakit ke?" laju Irsa menoleh umminya yang sedang menatang sedulang gelas ke sini.

Datin Alia terpempan. Dia segera meletakkan dulang yang dibawa di atas table top dan mencapai laju kotak ubat yang sedang dipegang Irsa.

"Erm. Aah, ubat ayah ini. Tiada apalah. Biasalah dah tua-tua ini Irsa. Ummi dengan ayah bukan muda lagi.." Datin Alia masih memberi senyum.

"Biasa ummi cakap? Ayah sakit apa? Kenapa.. Irsa tidak tahu pun?" Irsa mulai risau akan ayahnya.

"Ayah.. sakit jantung. Dah dua bulan makan ubat. Ayah memang tak nak Irsa dan Ilham tahu. Jangan tunjuk dekat ayah ya yang Irsa tahu. Nanti risau pula orang tua itu." Datin Alia memaut lengan Irsa agar anaknya itu mengerti.

Irsa memejamkan matanya seketika. Nafas yang disedut masuk terasa perit. Hal sakit begini sudah pasti merisaukan sesiapa jua.

"Ummi.." rengek Irsa.

"Sebab itulah, Irsa masuk kerja nanti ganti Abang Ilham ya. Dengar jelah cakap ayah itu. Ummi nak tolong pun ummi tidak tahu apa-apa." Datin Alia menepuk-nepuk bahu Irsa.

Sekali lagi nafasnya sesak.

Dia tersepit antara permintaan ayahnya dan juga kasihnya pada Abang Ilham. Tidak mahu ayahnya dikecewakan dan tidak rela juga mahu abangnya terseksa.

Irsa memandang kelibat Datin Alia sehingga tidak lagi muncul di ekor mata. Dia merenung pinggan kotor di dalam sinki namun fikirannya jauh melayang pada hal yang lain.

Tok!

Tok!

Tok!

"Irsa! Irsa, abang masuk ya?!" tanya Ilham seusai mengetuk pintu bilik Irsa. Entah kenapa, dia perlu memujuk Irsa agar adiknya itu tidak meneruskan hasrat ayahnya.

Dia mencari bayang Irsa di sekitar bilik namun kosong. Mendengar bunyi air di dalam bilik air, Ilham sedikit lega. Baru sahaja dia mahu melabuhkan punggung di birai katil, sesuatu telah menarik perhatian dua biji matanya.

Ilham mendekati meja belajar Irsa. Apabila sudah tiada pengajian lagi meja ini sudah tentu akan menjadi meja kerja Irsa kelak. Ilham mengamati setiap keping polaroid yang tergantung indah di tirai besi yang berlampu itu.

"Raess..?" laju mulutnya mengungkap seiiring otaknya juga yang ligat berfikir.

Klak!

Irsa terkejut memandang satu figura yang berada di hujung bilik. Mahu gugur jantungnya.

"Abanggg! Kenapa main masuk je bilik Irsa ini? Irsa tengah mandilah!" bentak Irsa kerana segan dengan lelaki itu. Cepat-cepat dia menurunkan tuala yang membalut rambut panjangnya itu lalu menutup dada yang sudah pun memakai bathrobe sebentar tadi.

Ilham menoleh.

"Abang dah ketuklah tadi. Irsa je yang tidak dengar. Erm, kenapa Irsa ada gambar Raess ini?" Ilham sejujurnya kebingungan.

"Abang kenal Raess Uqail?!" teriak Irsa sambil matanya terbeliak tidak percaya.

"Abang tanya.. Kenapa Irsa ada gambar Raess?" ulang Ilham sambil jari telunjuknya menunjuk-nunjuk gambar yang tergantung.

Irsa kelu. Apa, perempuan dekat bumi ini hanya boleh simpan gambar k-idols saja ke? Simpan gambar crush, kucing mahupun kura-kura tidak boleh? Nah, disamakan dengan binatang! 

"Err, sebab.. sebab Irsa suka dia!" jawab Irsa malu-malu. Hatinya berdetak indah.

Lama Ilham menatap wajah Irsa dengan mulut yang sedikit ternganga.

Dengan rambut yang terurai kebasahan, Irsa tidak selesa. Wajahnya merona kemerahan. Dia tahu sudah pasti abangnya itu mahu membahan dirinya. Sah!

Ilham tersengih sinis dan berlalu pergi.

"Abang Ilham! Abang! Ish, beritahulah dulu macam mana abang kenal Raess?!" laung Irsa sambil mengejar Ilham di muka pintu. Namun, Ilham sudah menjauh.

Klak!

Irsa melangkah semula ke mejanya dan menatap gambar polaroid yang diperkatakan Ilham tadi. Hatinya terdetik rindu yang tiada kesudahan pada lelaki di dalam gambar itu. Hanya beberapa keping sahaja yang memaparkan Raess selebihnya hanya gambar Irsa, Sarah dan Luthfi sepanjang tempoh pengajian mereka.

"Rindunya aku dekat Raess! Patutkah aku mesej dia lagi?" gumam Irsa. Dia pernah menghubungi Raes namun tiada balasan. Demi menyedapkan hati yang gundah, Irsa menganggap Raess hanyalah sekadar meniti hari yang sibuk sebagai pensyarah.

Tett..

Tett..

Tett..

Lamunan Irsa mati setelah telefon bimbitnya berbunyi. Dia mencapai telefonnya di atas katil itu dan melihat nama pemanggil.

"Hello, waalaikumussalam haa Luthfi!" sapa Irsa. Dia melabuhkan punggung di birai katil.

"Irsa, buat apa?" tanya Luthfi di hujung telefon.

"Tiada apa. Aku masih dalam mood menganggur lagi. Asal kau call aku ini?" tanya Irsa. Dia mengelap lembut rambutnya yang masih basah.

"Err. Aku.. saja nak call kau. Aku rindulah kat kau. Dah lama tidak jumpa kan.." ujar Luthfi dengan lemah dan terselindung.

Irsa tertawa.

"Ecececeh! Sarah, kau rindu tidak?" tanya Irsa sambil tawa yang masih bersisa.

Luthfi terkulat nak menjawab.

"Mestilah rindu.." Luthfi buat-buat ketawa. Dia tahu di mata Irsa rindu antara mereka itu bagaikan tiada beza. Sedangkan rindunya pada Irsa itu adalah satu rindu yang amat jauh memeritkan hati dan perasaan. Terasa bagai tenggelam di suatu jurang yang amat kelam dan dalam. Terkapai-kapai mencari arah jua tujuan..

Rindu itu datang dengan harapan,
Agar kasih itu kekal di masa depan..

Jemput follow, rate dan komen ya gais!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience