CKP 2 ~ ANGAU

Romance Completed 80174

Pap!

Tepukan lembut di bahu kanan Irsa mengejutkan Irsa dari lamunan di atas kerusi kayu itu. Dia menoleh ke arah figura yang berdiri di hadapannya.

"Irsa, kau ini mengelamun pula.." tegur wanita itu dengan sengihan.

"Ish, tunggu kaulah ini Sarah lambat sangat!" balas Irsa sambil menjeling.

"Haa, dah jomlah kita hantar Final Year Project kita itu dekat Sir Raess." ujar Sarah seraya menarik lengan Irsa.

Irsa menarik semula lengannya yang ditarik.

"Eh, kejaplah! Duduk jap!" arah Irsa.

"Laa, apa hal?" Sarah berkerut namun masih jua melabuhkan punggungnya di sisi Irsa.

Irsa membuka tote bag hitamnya dan mengeluarkan lipstik berwarna orange nude lalu mengoleskan ia ke atas bibir. Sangat sesuai pada Irsa yang berkulit cerah kemerahan persis Tiz Zaqyah itu.

Sarah ternganga.

"Ya Allah, kau ini Irsa! Sempat lagi?! Irsa, kita ini nak pergi hantar report je tahu. Lagipun, Sir Raess itu entah ada ke tidak dalam bilik dia." Sarah menggeleng kepala. Hantar report yang letak dan pergi itu hanyalah seminit cuma malah mungkin lebih singkat. Tapi, dia punya make over bukan main berminit-minit!

Terk!

Irsa menutup lipstiknya dan mengambil sebotol kecil roll on perfume untuk dicalit pada tubuh. Bau floral yang agak segar terus menusuk masuk ke lubang hidung.

"Alahhh.. Kau ini. Kalau Sir Raess itu tiada, kita tunggu jelah sampai dia ada. Kalau tidak, sia-sia je tahu aku touch up ini!" balas Irsa dengan jelingan.

"Herm, yalah. Dah siap ke belum touch up kau itu? Kalau lama lagi, baik aku balik tidur makan tidur lagi sekali then baru datang sini." Sarah mencebik. Sengaja dia mahu memerli kawan baiknya itu.

Irsa tertawa kecil.

"Ya! Ya! Dah siap, dah jomlah!" Irsa berdiri dan memaut lengan Sarah. Senyumnya tidak lekang di bibir kerana memikirkan Sir Raess yang bakal disua sebentar lagi.

Tok!

Tok!

Tok!

Sarah memberi ketukan kerana Sir Raess berada di dalam biliknya. Jika plat nama di luar pintu itu tertulis TIADA sudah tentulah Irsa orang pertama yang memuncungkan bibirnya sedepa dan kecewanya itu boleh murung seminggu. Kah!

"Assalamualaikum Sir! Kita orang nak hantar report FYP ini." sapa Sarah sambil menghulurkan report yang agak tebal pada lelaki yang sedang duduk kaku di mejanya.

Sir Raess mengambil report di tangan Sarah dan meletakkan ia di atas meja.

"Herm, baik. Saya check dulu, kalau semuanya okay lagi dua hari group awak present ya." balas Sir Raess dengan senyuman yang mesra. Walaupun Sir Raess tidaklah terlalu cerah mahupun gelap, dengan pemakaiannya yang berkemeja kemas membuatkan dirinya nampak kacak juga. Macam Izzue Islam gitu!

Sarah mengangguk tanda mengerti.

"Erm, Sir dah makan?" tanya Irsa spontan.

Sarah dan Sir Raess tersentak. Sarah lekas menyiku lengan Irsa dan menjegil matanya. Boleh pulalah dia nak mengorat-ngorat masa ini ya!

"Err, saya dah makan Irsa." jawab Raess walau agak kekok.

"Minum? Kalau belum, jom saya belanja nak? Okay, ini bukan rasuah untuk minta markah lebih ya. Saya ikhlas tanya tadi itu tahu!" terang Irsa agar Sir Raess tidak tersalah faham akan niatnya.

Sir Raess tersengih kecil.

"Sorry, Irsa. Saya ada meeting kejap lagi. Maybe next time?" tanya Sir Raess yang berbeza umur tiga tahun lebih tua daripada Irsa.

"Hehehehe.. Sorry, Sir! Kita orang pergi dulu!" Sarah buat-buat ketawa sambil menarik-narik lengan Irsa. Kakinya juga laju dilangkah untuk keluar.

Sir Raess membalas kata hanyalah dengan senyuman.

Klak!

"Eh, Irsa! Kau janganlah buat malu aku depan Sir itu. Aduh.." ujar Sarah sambil memejamkan matanya sekilas selepas pintu bilik Sir Raess telah ditutup rapat.

"Malu apanya? Aku tanya je barulah ada salam silaturrahim kan? Haih, handsomenya Raess Uqail akuuu!" Irsa menekap tangan kanan ke dadanya yang masih berombak. Berbunganya hati ini hanya Tuhan saja yang tahu!

Sarah hanya mampu menggelengkan kepala. Tidak larat mahu melayan ketaksuban kawan baiknya itu.

Shiiittt!

Shiiittt!

Cecair pembersih tingkap berwarna biru jernih di tangan kiri wanita separuh usia itu disembur beberapa kali pada dinding kaca pejabat. Lalu, digosoknya dengan kain lap yang separa lusuh di tangan kanan.

"Jah, kau ada dengar cerita tidak?" tanya wanita tua itu pada temannya yang sedang  mengemas piring di atas meja di dalam bilik mesyuarat.

"Hah, cerita apanya Tipah oi?" balas Cik Jah setelah menoleh rakan sekerjanya yang sebaya itu.

"Ish, kau ini tertinggal bas betul! Cerita fasal Tuan Ilham itulah. Dengar dengar Dato' Widad nak pecat dia!" ujar Cik Tipah separa berbisik sambil matanya melilau sekitar bilik.

Cik Jah berkerut menghadam ayat Cik Tipah. Takut jadi Tipah tertipu pula nanti!

"Ish, kau biar betul! Takkanlah Dato' Widad sanggup nak pecat anak sendiri! Habis, siapa yang nak urus company yang besar gajah ini?" tanya Cik Jah lagi. Laju tangannya mengasingkan sampah ke dalam plastik dan mengelap meja mesyuarat yang sebesar dua buah bilik itu.

"Kau tidak tahu ke Dato' Widad itu kan ada lagi seorang anak perempuan. Apa nama dia itu? Err, haa si Irsa! Kadang-kadang Irsa itu rajin juga ke sini bila cuti sem. Cantik, baik budaknya!" jawab Cik Tipah yang serba tahu memandangkan dirinya telah bekerja lebih dari lima tahun di syarikat ini.

"Ohh.." Cik Jah hanya mengangguk-angguk.

Tok!

Tok!

Ketukan pintu dari seseorang itu membuatkan Cik Jah dan Cik Tipah terkedu kelu selepas memandang figura yang masuk menerpa.

"Eh, Tuan Ilham!" sapa dua pekerja pembersihan yang berdiri kaku terkejut.

"Herm.." jawab Ilham sepatah dan terus mencapai buku plannernya yang tertinggal di atas meja.

Cik Jah dan Cik Tipah hanya menundukkan pandangan. Terasa segan yang membahang selepas mengumpat Tuan Ilham sebentar tadi.

Langkah kaki Ilham laju keluar dari bilik mesyuarat tersebut bagaikan dua wanita di belakangnya itu tidak wujud.

Bammmmm!

Ilham menolak rakus pintu pejabatnya. Wajahnya membahang menahan rasa dek kata-kata pekerjanya itu. Dia sempat mendengar kata mereka dari awal lagi sebelum sempat menerjah masuk ke bilik mesyuarat.

"Huh, Irsa?!" ujar Ilham sambil mengetap giginya kuat. Dia melemparkan plannernya ke atas meja yang dipenuhi fail lalu melabuhkan punggung di kerusi.

Ilham menghela nafas panjang dan meraup wajahnya. Jiwanya meronta dan fikirannya juga mulai bertambah serabut dengan desas-desus yang tercanang itu.

Pak!

Irsa dan Sarah meletakkan buku dan beg yang dibawa ke dalam loker. Diambil apa yang perlu diulang kaji sahaja tidak lupa juga barang berharga. Kadang masuk perpustakaan ini bukanlah berkobar hendak mengulang kaji sangat. Masuk pun sebab nak tumpang lelap, membawang, tiada hala tuju atau tidak pun sekadar buat rasa-rasa angin aircond untuk keringkan ketiak basah masa hari panas merelit!

Selepas pintu perpustakaan dikuak Irsa dan Sarah mencari bayang Luthfi. Ditelengnya kiri dan kanan di dalam keramaian manusia itu mencari Luthfi. Seminit kemudian, terlihat Luthfi yang sedang melambai ke arah mereka.

Sreettt...

"Hah, Irsa duduklah." tegur Luthfi seraya menarik sebuah kerusi di sisinya. Dia melemparkan senyum yang punya makna.

"Thanks, Luthfi." jawab Irsa seraya melabuhkan punggung. Lega betul sendi pinggang kerana dapat duduk.

Sarah melihat Luthfi dan Irsa dengan pandangan yang kelat. Dia menelan air liur dan terus duduk berhadapan Luthfi.

'Sabar, Sarah Raisya.. Satu hari kelak pasti Auf Luthfi akan pandang kau dan bukannya Irsa Zulaikha!' detik hati Sarah.

Irsa membuka buku catatannya namun pandangan dan otaknya kini kosong. Terasa sedih juga kerana esok merupakan kertas peperiksaan yang terakhir buat mereka.

Irsa mengeluh kecil.

"Ya Allah, kenapalah aku study apa pun dah tidak boleh nak masuk dah weh dalam kepala otak aku ini?!" tanya Irsa sambil memejamkan mata.

"Hai, budak dekan setiap semester kot! Tidak payah study pun tidak apa Irsa ambil jelah bau buku itu. Lainlah kita orang ini. Siang malam kerja dok menghafal. Bila dah hafal, dia bantainya pula gubal soalan itu macam tidak pernah wujud dekat muka bumi ini! Soya cincauuuu betul!" bebel Luthfi sambil menggeleng kepala kerana geram.

Sarah tertawa kecil. Irsa membuat muka sepuluh sen. Diketuknya perlahan kepala Luthfi itu dengan sebatang pen di tangan.

"Aduh!" Luthfi menggosok-gosok kepalanya yang sengal ubi.

"Tolong sedar diri ya, Encik Luthfi! Kau, Sarah dan kita semua ini memang budak dekan pun. Beza pointer kita halah halah setakat perpuluhan je! Daaa.." Irsa membulatkan matanya untuk Luthfi sedar akan kenyataan itu. Sesungguhnya, siapa yang berusaha pasti kan mendapat hasil.

"Ish, kau orang ini kan! Dekan, dekan juga sekarang fokus belajar boleh tidak? Tinggal satu paper je lagi ini hah. Killer subjek pula itu! Fokus guys, fokus!" Sarah memberi semangat pada Irsa yang sudah lemau ditelan waktu.

Mereka bertiga memejamkan mata dan menyedut udara sebanyaknya lalu menghembuskan nafas sepanjangnya agar segala kerisauan dan kepenatan mereka dalam menimba ilmu turut dibawa pergi.

Cuaca yang indah dan mentari pagi yang masih malu-malu menyinari segenap pepohon yang menghijau di Taman Botani Shah Alam. Bunyi unggas saling bersahutan dan udara yang nyaman menusuk ke segenap paru-paru.

Irsa, Sarah dan Luthfi telah terpacak di sini sejak pukul 7 pagi lagi. Disebabkan aktiviti ini dibuat sebagai penutup semester sebelum semuanya membawa diri, jiwa masing-masing penuh dengan keterujaan yang bercampur-baur.

"Irsa, aku takutlah nak join!" Sarah menyuarakan kerisauan hatinya sambil memaut lengan Irsa. Ya, dia bukanlah seorang wanita yang lasak. Cukup ayu dan sopan untuk beraktiviti ekstrem seperti ini. Kalau boleh, dia lebih rela menyiram pokok bunga kertas di rumah itu sahaja.

"Alah, tiada apalah Sarah. Kau rileks je. Anggap je ini semua macam mainan kat taman permainan itu." pujuk Irsa sambil matanya meliar mencari susuk tubuh Raess. Mendengar Raess juga turut serta dalam aktiviti ini, hatinya berkobar semangat.

Luthfi menjeling mendapat akal.

"Rilekslah Sarah. Kau takut jatuh eh? Tidak payah takut, kalau kau jatuh nanti jangan lupa bangun sendiri eh aku tidak tolong! Haha.." Luthfi tertawa menyakat Sarah.

Sarah mencebik geram.

Selepas semuanya berkumpul dan mendengar taklimat keselamatan, semua diminta untuk memakai tali pinggang keselamatan. Skytrex di sini ada tahap mudah, sederhana dan ekstrem. Merangkumi banyak halangan seperti flying fox, ladder, jambatan gantung dan titi untuk dilalui sehingga ke stesen terakhir. Sedang elok ambil yang sederhana sahaja supaya dah naik ke atas nanti tidaklah pengsan pula melihat ketinggian di bawah.

"Ish, macam mana nak pasang ini?" guman Irsa sambil mencangkuk-cangkuk talinya.

"Boleh, Irsa?" tegur satu suara yang cukup dia kenal.

Irsa tersentak memandang Raess yang tersenyum di hadapannya.

"Meh, saya tolong." Raess menghulurkan tangan untuk membantu.

"Err, okay." jawab Irsa malu-malu. Dia senang hati membiarkan Raess membantunya. Dadanya berdegup kencang seribu rasa kerana dapat melihat lelaki pujaan hatinya sedekat itu.

"Dah siap!" ujar Raess.

"Terima kasih, Raess!" ucap Irsa dengan senyuman.

"Sir Raess, Irsa!" Sarah menyiku lengan Irsa. Dia terkejut Irsa hanya memangil pensyarahnya itu cuma sekadar nama. Manalah tahu kalau tiba-tiba amnesia pula si Irsa ini.

"Apa? Kita dah habis belajar kan. Err, awak tidak kisah kan saya panggil Raess je?" Irsa menjeling Sarah dan menatap semula wajah Raess.

"It is okay. I dont mind. Okaylah, kau orang good luck!" Raess mengangkat ibu jarinya untuk memberi semangat. Dia berlalu pergi melihat pelajar yang lain.

Irsa membalas senyum sehingga ke telinga. Wajahnya merona kemerahan setelah mendapat lampu hijau dari Raess untuk tidak memanggilnya Sir lagi.

Mulut Sarah dan Luthfi ternganga luas. Nyamuk hutan pun boleh tersesat masuk sebab ingatkan gua batu kapur daa!

Pap!

Sarah memukul lembut bahu Irsa.

"Kau dah gila ke Irsa? Panggil Sir Raess macam itu je?" bola mata Sarah masih terbeliak kerana tidak percaya.

"Entahlah kau ini! Angau betul kau dekat Sir Raess itu!" Luthfi juga menambah api. Hatinya tidak keruan melihat Irsa mengorak langkah sebegitu. Mahu gugur jantungnya sebentar tadi mendengar Irsa memanggil nama Raess.

Irsa mencebik kerana Sarah dan Luthfi selalunya tidak sependapat dalam hal yang berkaitan Raess Uqail. Namun, senyumnya kembali melebar.

"Haih, kau tengok tidak Sarah tadi dia layan aku macam mana? Macam suka kat aku je. Sweet kan? Eii!! Malunya aku! Malu!" Irsa tersengih kambing dan menepuk-nepuk tubuh Sarah.

"Eleh, malu ke mahu? Eh, Irsa! Nak cakap mata kau buta kang mata kau elok je lagi hah. Sir Raess itu memang baik pun dengan semua orang. Bukan dengan kau seorang je. Kau tolong jangan nak perasanlah Irsa." jeling Sarah. Dia tidak mahu Irsa menaruh harapan yang terlalu tinggi. Kalau tidak tergapai, kelak hati sendiri juga yang sakit terluka!

Irsa hanya tersenyum mengejar bayang Raess yang semakin menjauh. Dia tidak peduli akan kata-kata Sarah itu. Sedikit pun tidak menjejaskan rasa cintanya pada pemuda bermisai nipis itu. Malah, kejadian tadi telah menambahkan lagi rasa kasih pada Raess yang telah disemainya sejak dua tahun yang lepas..

Begitulah ada crush. Mudah perasantan bukan haha.. Jemput follow, rate dan komen ya gais!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience