Bab 5 Solat Terawikh

Other Series 10146

BAB 5

Solat Terawikh

"Aku buat lapan rakaat je la"

"Lapan? Lapan?" ucap Man sambil memandang tepat ke mata aku. Aku salah cakap ke lapan rakaat tu? Ke sekarang orang Malaysia dah jatuh hukum wajib kena

buat sampai Tarawih 20 rakaat?

"Ni! Ni! Dua puluh Rakaat tahu!" cakap Man sambil tangan kanan menepuk

nepuk dada. Yakin ya amat.

"Yeke Man? Jangan borak lebih. Aku jujur cakap, aku cakap lapan rakaat, lapan rakaat la yang aku buat. Karang kalau aku khaborkan lebih, tak buat, nampak sangat

sembangnya,"

"Kau nak kata aku kaki sembang ke?"

Laju aku mengangguk.

"Hoi! Ini Man la! Kau tengok la. Malam ni, aku antara orang yang Tok Imam tu nampak tatkala dia toleh ke belakang selepas siap solat 20 Rakaat. Kau tengok la!" sambil berlalu ke ruang mengambil Wudhuk. Aku biarkan dan terus naik ke atas

masjid. Aku dah ambik dah Wudhuk dekat rumah tadi.

*******

Usai 8 rakaat, aku bangkit. Solat Witir aku fikir baik aku buat di rumah saja. Mana tahu kalau kalau terniat nak tambah rakaat. Aku naik motor dan bergerak ke

lokasi yang sama tiap-tiap tahun selepas aku siap Tarawih. Kedai mamak.

Sampai sana, aku nampak Fiq, Rizal, Bachok, Epul dan beberapa lagi orang yang aku tak ingat nama. Cam muka, tapi tak ingat nama. Bukan apa aku suka datang sini, jarang sebenarnya nak dapat semua ni berkumpul sekali. Masing masing sibuk dengan hal masing masing. Macam aku, jarang dapat peluang berkumpul dekat sini. Bermula dari form 4 lagi aku dah berjauhan dengan bumi Puchong sebabkan pelajaran. Entah apa keajaiban malam Ramadhan pun aku tak tahu sampaikan tiap-tiap kali bila tiba malam Ramadhan, molek je berkumpul ramai-ramai dekat Mamak ni. Dan ya, ada yang

solat Tarawih dan ada yang tak. Puasa pun lebih kurang jugak macam tu.

Tapi kali ni, aku tak nampak Man.

"Fiq, Man mana? Tak datang ke?" saja aku tanya. Walhal aku dah tahu dah

jawapan dia.

"Tandas, dia dari pukul 9 dah datang dah," balas Fiq laju.

Serentak je Fiq habis jawab, aku nampak Man keluar dari tandas. Tersengihsengih. Aku senyum je. Taknak cakap apa-apa. Sebab aku tahu senyuman aku tu lagi

pedih pergi dia. Dah 9 tahun aku kenal kau Man, skrip yang sama jugak berulangnya.

Kejap lagi dalam pukul 10.30 kalau aku ke masjid, muncul la balik muka kau

dekat Surau nak perhambat moreh.

Macam tahun-tahun yang sudah jugak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience