Bab 9 Sembang Pelir

Other Series 10146

BAB 9

Sembang Pelir

"Paling pantang aku benda ni la. Benda lebihkan awek dari kawan sendiri ni," ujar Azim marah marah. Kami nak main badminton. Sebabkan kawan kawan kami

yang jenisnya masih lagi nak bersukan walaupun umur dah 24 tahun dan ke atas ni tak ramai, maka kalau ada yang hilang-hilang ni memang betul punya boleh buat

impaknya terasa.

"Kan Naim dah cakap hari tu, dia tak confirm. Dia dah janji dengan awek dia

dah berapa lama dah dia kata hari tu," cakap Faiz cuba backup Naim.

"Heh, jadi lelaki kalau tak berguna macam tu la. Awek cakap semua nak ikut. Bodoh. Esok suruhlah awek dia tu usung dia pergi kubur bila dah meninggal esok!"

"Wah, marah betul kau Azim. Chill la. Macamlah kau takde awek," betah aku. Saja je acah acah back up Naim. Takde kerja kan.

"Minta maaf. Aku memang takkanlah nak mungkir janji sebab awek. Benda kita dah plan lama kot. Aku pegang ideologi bahawa Bros before hoes. Aku takkan lebihkan makwe dari kawan kawan aku sendiri. Ini penting. Lelaki yang bagus adalah lelaki

yang kuat pendirian dan tak tunduk pada kehendak makwe dia semata!"

Mungkin sebab bila Azim bercakap, semua malas ambik port sambil masing

masing start acah-acah pukul shuttle, Azim pun stop.

Sudahnya hari tu, kami main dari pukul 9 sampai 10 setengah tu 5 orang sambil berganti penat. Naim ada jugak datang last last tu nak main. Dapatlah dia main satu set macam tu. Tu pun main sambil pedih telinga menahan perlian Azim yang tak habis

habis ungkit kejadian tadi.

"Rabu depan, kita main lagi. Dan kali ni, tolong jangan buat perangai nak akur sangat dengan awek tu. Tolong. Kita dah bagitau awal ni,"

Arahan Azim tu diambil endah tak endah oleh semua. Dah aku confirm-confirm lah boleh datang. Bukan kata awek, habuk awek pun aku takde. Eh tiba-tiba rasa nak menangis pulak.

Rabu depan.

"Azim mana? Bukan dia beriya yang plan ke?" tanya aku pada Faiz

"Azim kena teman awek dia tengok wayang. Pitch Perfect 2. Awek dah beli tiket.

Terpaksa," jawab Faiz bersahaja.

Pelirlah kau Azim. Sembang macam ponen. Pergi mereputlah sana dengan

ideologi bro before hoes apa jadah bangang kau tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience