Bab 4 Benda Yang Tak Mampu Di Beli Dengan Duit

Other Series 10146

BAB 4

Benda yang tak mampu dibeli dengan duit.

Aku dan Zam berlari meredah hujan setelah meletakkan motor di tempat parking. Hujan dah lebat sangat. Nak redah memang tak berbaloi. Jadi, keputusan

untuk berehat sebentar di deretan kedai memang nampak munasabah sepatutnya.

"Cilakak. Hujan pulak," maki Zam.

"Sabarlah. Hujan rahmat ni," Ujar aku dengan nada menyindir.

"Tau la rahmat. Tapi, haih kau tau la maksud aku kan?"

Aku malas sambung panjang lagi sebab nanti takut jadi perdebatan yang lain

macam. Sambil sejuk menggigil, aku peluk tubuh.

"Kan bagus kalau aku ada duit. Boleh aku beli kereta." cakap Zam sambil

menggosok-gosok kedua tangan bagi mewujudkan haba.

"Tu la sekarang. Nak mudah semua kena ada duit."

"Haih, tu satu benda lagi aku tak puas hati pasal era moden ni. Semua benda nak

kena ada duit. Semua benda nak kena beli dengan duit,"

"Normal la tu. Kalau takde duit, memang susah sikit nak hidup senang. Setakat

nak bernafas sikit-sikit boleh lah,”

"Udara tak payah pakai duit,"

"Sekarang. Suatu masa nanti entah entah oksigen pun nak kena beli tong,"

"Ada ke benda lain yang tak payah pakai duit? Tak mampu dibeli dengan duit?"

"Entahlah. Sekarang ni, manusia pun boleh dibeli dengan duit," ujar aku sambil

mengeluh panjang.

Zam mengerut muka tanda kurang setuju dengan hujah aku walaupun kalau dilihat dengan pelbagai sudut pun, hujah aku ada benarnya. Lega. Sekurangnya tutup kejap mulut mamat ni dari berbual. Hujan-hujan macam ni bukan masa sesuai nak

berbual. Sejuk tau tak? Hujan-hujan ni bagi aku sesuai untuk kau berangan je.

Sudah 10 minit berlalu. Hujan makin lebat. Dan baru aku perasan dekat deretan kedai aku duduk ni, memang aku berteduh betul-betul depan Starbucks. Duduk di depan Starbucks dengan sensasi bau coffeenya, dengan bayangan sebuah nikmatnya,

mana aku boleh tahan.

Aku masuk ke dalam.

10 minit kemudian, aku keluar bersama dua take-away cup of Hot Americano bersaiz Tall. Satu aku serahkan ke Zam. Biar dia pun turut sama rasa nikmatnya apabila dalam kesejukkan dan kemudiannya diselamatkan dengan kepanasan Hot Americano

tu.

Hirupan pertama dan aku tahu dari riak wajah Zam, nikmat tu sampai.

Kemudian, aku juga turut melakukan perkara yang serupa.

"Kau tahu apa yang duit tak mampu beli?" ujar Zam tiba-tiba.

"Apa?"

"Perasaan ini. Perasaan dalam sejuk sejuk hujan ni, tangan pegang Americano Starbucks yang panas ditangan sambil dihirup perlahan untuk menyejukkan badan.

Perasaan ini,"

Dia senyum. Yakin. Angkuh. Takbur.

Aku ketawa.

Sunyi 5 saat.

"Americano cap Starbucks kau tu datang dari mana? Jatuh dari langit? Tumbuh

dekat pokok? Bukan beli dengan duit ke?"

Dan Zam pun pura-pura pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience