PROLOG

Horror & Thriller Series 23790

PERJALANAN pulang ke Kampung Pucuk Sena memakan masa hampir 4 jam daripada Kuala Lumpur. Ini membuatkan Sofea berasa sangat letih dengan cuaca yang panas dan tiba-tiba menjadi mendung bila sesudah hampir sampai ke destinasi.

Sudah menjadi adat keluarga ayahnya untuk setiap adik-beradik ayahnya menghantar seorang anak untuk menemani nenek mereka di kampung. Sepatutnya Sofea balik bersama Lara tetapi Lara terpaksa gerak lambat sedikit dan akan balik bersama Ejoy.

“Mintak-mintak Yaya dah sampai. Yalah, dia yang paling dekat,” kata Sofea perlahan. Dia memusingkan stereng dan memasuki sebuah lorong yang kecil. Waktu tengah hari sebegini sememangnya ada saja kenderaan yang keluar masuk, tapi bila malam pastinya kurang.

Rumah neneknya sudah kelihatan, dari jauh pasti semua akan jatuh cinta kerana rumah neneknya sangat cantik, klasik dan warna catnya juga dari jauh sudah kelihatan.

Masuk saja ke pekarangan rumah neneknya, Sofea sudah dapat melihat sebuah skuter berwarna merah hitam milik Yaya. Yes! Yaya dah sampai. Boleh gosip dulu sebelum yang lain sampai.

“Assalammualaikum,” sapa Sofea setelah menjejaki tangga depan rumah neneknya. Tiada sahutan terus saja dia beralih jalan menuju ke pintu dapur dan ternyata Yaya dan adik sepupu bongsunya Fairus ada di situ sedang menikmati makan tengah hari.

“Patutlah bagi salam tak nyahut. Rupanya semua tengah makan.” Sofea buka selipar dan terus saja masuk ke dapur.

Tersenyum Nek Long Tijah memandang cucunya sudah sampai. “Letak beg tu. Jom makan. Nak tunggu yang lain tak tahu bila nak sampai,” ajak Nek Long Tijah.

Sebelum dia duduk di kerusi dia bersalaman dan berpelukan dengan neneknya terlebih dahulu. Seterusnya, dia menepuk kuat bahu Fairus dan Yaya. Meringis kedua-duanya, geram. Sofea duduk dan mula menikmati makan tengah hari.

“PUKUL berapa dorang nak sampai ni, Ya?” tanya Sofea kepada Yaya yang sedang bermain telefonnya, mungkin sedang melayari Twitter atau TikTok.

“Kejap lagi sampai ni sebab kau fikir Ejoy tu nak ke lama-lama dengan Lara si princess tu. Lagipun dia dengan si Mamat tu dah ada plan malam ni tak silap aku nak lepak dekat tempat biasa dorang lepak dulu,” balas Yaya.

Sofea mengangguk. Mereka berdua tidak mengikut Nek Long Tijah dan Fairus pergi ke surau malam ini kerana Sofea menemani Yaya yang uzur, datang bulan.

Satu per satu rak di dalam rumah dia lewati. Semenjak dulu lagi mereka tidak dibenarkan untuk menyelongkar barang-barang yang ada dalam almari, iaitu barang kepunyaan arwah atok mereka. Tok Mat.

Entah macam mana mata Sofea seakan-akan terpaku pada sebuah buku yang menarik perhatiannya. Dia mencapai buku itu dan membaca pada kulit buku itu.

Hantu-Hantu

“Hantu-Hantu? Apa tu? Hantu ke?” tanya Sofea sendiri. Dia memandang Yaya yang masih khayal dengan telefon di tangan.

Dia menyelak helaian yang pertama.

Salam kenal,
Menarik bukan naskah ini?
Tapi sebelum itu, bolehkah saya menanyakan adakah anda keseorangan?
Jika ya. Anggukan kepala.
Adakah ketika ini waktu malam?
Dan, adakah anda sekarang ini sedang berbaring di atas katil? Atau mungkin sedang duduk bersandar pada dinding. Dan ternyata ada tingkap yang berdekatan. Dan, ya. Jangan dijemput yang di luar itu masuk.

Brum!!!

Guruh di luar.

Sofea meneruskan pembacaan. Berkerut dahinya dengan kandungan bacaan buku itu.

Share this novel

Asaari77
2023-01-22 10:19:10 

permulaan yang baik semoga perbaiki lagi untuk akan datang

Napihan
2022-12-30 12:32:09 

iiih


NovelPlus Premium

The best ads free experience