Bab 16
PINTU diketuk dari luar. Umaira yang sedang termenung duduk di meja kerja sedikit tersentak. Dia mengangkat muka memandang ke arah pintu yang sudah dikuak perlahan itu.
"Maira..." Terlihat Puan Kartina melangkah masuk ke dalam.
"Ye, ibu." Umaira terus menegakkan tubuhnya dari bersandar di dada kerusi. Hatinya mula gelisah dan berdebar-debar. Dia tahu, ibunya itu pasti akan menyoal tentang keputusannya tadi.
Puan Kartina duduk berlabuh di atas kerusi di depan meja.
"Maira... Ibu nak tanya ni. Betul ke keputusan Maira tu? Maira ikhlas terima pinangan Tuan Syed?" soal Puan Kartina sambil merenung ke dalam mata Umaira.
Umaira terus menghela nafas panjang.
"Betul, ibu. Maira ikhlas," jawabnya sambil tersenyum nipis. Dia tahu ibunya masih ragu-ragu dengan keputusannya itu.
"Tapi, kenapa tiba-tiba je? Bukan ke, Maira selama ni tak suka Tuan Syed? Ke, Maira ada niat lain ni?" soal Puan Kartina dengan pandangan curiga.
Umaira terpempan mendengar soalan itu. Air liur diteguk terasa payah. Kelu lidah ingin menjawab.
"Tell me, Maira. Ibu tak setuju kalau Maira ada niat yang tak baik. Tuan Syed tu baik orangnya. Jangan mempermainkan niat orang yang suci murni nak memperisterikan Maira tu. Ibu tak suka," tegas Puan Kartina dengan renungan tajam.
****
SYED REDZA bersandar di pintu kereta sambil berpeluk tubuh. Malam itu, Umaira memintanya untuk berjumpa di sebuah taman. Dia merenung sambil menahan senyum melihat Umaira yang keluar dari kereta lalu melangkah luas menghampirinya. Jelas kelihatan wajah tegang wanita itu dengan kening bertaut rapat. Dia tahu, wanita itu akan menyerang dan memukulnya.
"Tuan ni dah kenapa?" Umaira terus memukul dadanya.
See? Syed Redza memang sudah dapat menjangka itu. Pukulan Umaira tidak lah terlalu kuat tetapi cukup untuk menjelaskan rasa sakit hati. Syed Redza sudah tidak dapat menyembunyikan senyuman.
"Kenapa tuan datang merisik tanpa berbincang dengan saya dulu?" tempelak Umaira dengan dada yang turun naik. Syed Redza masih lagi dengan wajah tenangnya, membuatkan Umaira semakin naik geram. Eee! Kalau ikutkan rasa, nak je aku pelangkung kepala kau!
"Tuan memang sengaja nak kenakan saya kan? Sebab tak puas hati saya datang ganggu tuan temu janji semalam?" soal Umaira lagi.
Syed Redza menghela nafas perlahan. "Okay, sekarang ni saya nak tanya awak. Awak terima ke tak, lamaran saya?" soalnya.
"Ye!"
"So? What's the problem? Kan awak juga kata nak kahwin cepat-cepat?" perli Syed Redza selamba.
Umaira terus mencekak pinggang. Panas betul hatinya memandang lelaki di depannya itu. Ingin saja dia mencekik leher lelaki itu sehingga terjelir lidah!
"Memang lah saya nak kahwin cepat-cepat! Tapi, tuan sedar tak? Disebabkan aunty tiba-tiba datang merisik pagi-pagi buta tadi, rancangan saya hampir gagal! Sikit lagi dah nak kantoi! Ibu dah mula curiga dengan saya. Dia dapat rasakan kalau saya terima lamaran tuan bukan sebab atas suka sama suka. Tapi, disebabkan saya nak kahwin semula dengan bekas suami saya. Boleh tak, lain kali bincang dulu dengan saya sebelum buat apa-apa? Jangan ikut suka je buat itu buat ini," Marah Umaira.
Syed Redza hanya diam, membiarkan Umaira melepaskan segala rasa. Dia tahu wanita itu begitu marah dengan nya.
"Jujur saya cakap. Sebelum saya jumpa tuan semalam, saya sempat kutuk tuan depan ibu!" ujar Umaira berterus-terang.
Terangkat kening Syed Redza.
"So what do you expect, bila tiba-tiba je pagi tadi aunty datang merisik dan saya pula terima? Ibu terkejut besar, tahu! Dia betul-betul tak percaya, siap tanya saya itu ini sampai saya sendiri susah nak jawab!" Cerita Umaira penuh dengan emosi.
"Ke, tuan memang sengaja nak rosakkan rancangan saya?" soal Umaira tidak puas hati.
Syed Redza yang bersandar di pintu kereta terus berdiri tegak. "Maira..." Dia cuba memegang lengan Umaira namun Umaira terus mengundur ke belakang.
"Tuan dengar sini." Umaira merenung tajam ke dalam mata Syed Redza. Terhenti langkah kaki Syed Redza dari menghampiri Umaira. Dia membalas renungan tajam wanita itu.
"Tuan mungkin senang untuk cari calon isteri. Even lamaran tuan tak pernah sekali pun ditolak oleh mana-mana wanita termasuk saya sendiri. Okay, saya mengaku sekarang. Tapi, bagi saya untuk cari calon cina buta tu susah! Setiap lelaki yang nak kahwin dengan saya tu, cuma nak ambil kesempatan ke atas diri saya.
"Ada yang nak ada anak untuk dapat mewarisi harta! Ada juga yang tak nak bercerai sebab saya anak orang kaya. Ada juga yang nak saya tanggung kehidupan mereka sampai habis belajar. Saya tak nak semua tu! Jadi tolong lah, jangan rosakkan rancangan saya!" pinta Umaira.
Syed Redza terus menghela nafas berat. Dia rasa sedikit terkilan dengan kata-kata yang sangat jujur itu. Dia kembali menghampiri Umaira dengan menarik kedua lengan Umaira sehingga tubuh mereka berdua hampir bertemu.
"Okay. I'm sorry, okay? Saya tak tahu pun, awak betul-betul bencikan saya sampai kutuk saya depan ibu. Tapi, saya tak ada niat pun nak rosakkan rancangan awak," pujuk Syed Redza lembut.
"Dah berapa kali saya cakap, saya tak bencikan tuan! Kalau saya benci, saya takkan pilih tuan!" bentak Umaira.
Syed Redza tergamam seketika sambil merenung ke dalam mata Umaira.
"Saya cuma marah, tuan tak nak bincang dulu dengan saya. Tuan tak tahu, disebab kan hal ni, ibu tak setuju kalau kita kahwin cepat-cepat. Ibu bagi masa 6 bulan bertunang untuk kenal hati budi masing-masing dulu sebelum kahwin. Saya dah berpisah dengan bekas suami saya dah 4 bulan. Kalau ditambah 6 bulan lagi, dah hampir setahun saya berpisah dengan bekas suami saya. Jangka masa tu terlalu lama bagi saya," luah Umaira tanpa memikirkan perasaan Syed Redza. Lantak lah! Memang sudah jelas dari awal lagi mengapa mereka berdua bersetuju berkahwin. Dua-dua ada agenda sendiri.
"Okay, saya faham. Please calm down, okay?" pujuk Syed Redza sambil kedua tangannya menyelit rambut Umaira yang berterbangan di tiup angin itu. Kemudian, dia melekapkan kedua belah tangannya di kedua belah pipi Umaira yang mulus dan gebu itu.
Umaira sudah tidak sedar dengan perbuatan lelaki itu pada dirinya. Dia hanya mendongak dan terus memandang wajah tampan itu.
"Saya tahu cara meyakinkan ibu. By showing to her how deep our love and passion we have towards each other. Dengan cara tu, ibu awak akan percaya dan izinkan kita kahwin cepat," cadang Syed Redza.
Berkerut kening Umaira kurang mengerti. "Apa maksud tuan?"
Syed Redza mendekatkan wajahnya pada Umaira sehingga Umaira dapat merasakan nafas hangat lelaki itu menampar lembut ke wajahnya. Namun, tidak juga dia berganjak. Mata mereka terus bertaut.
"First, mulai hari ni berhenti panggil saya, tuan. Panggil saya dengan nama yang nampak sweet and manja sikit macam... abang ke?" pinta Syed Redza dengan senyuman.
"Abang? No way!" Umaira terus menolak dada Syed Redza. Gila ke? Abang? Dia tertawa sinis di dalam hati. Hanya Zakuan sahaja yang berhak dipanggil dengan nama itu. Orang tua di depannya ini? Oh, no no no! Jangan bermimpi di siang hari.
Namun, Syed Redza kembali menarik kedua lengan Umaira agar merapat ke tubuhnya.
"Awak nak kahwin cepat ke, tak?" soal Syed Redza sambil mencari anak mata Umaira yang menjeling-jeling itu.
"Trust me, it's gonna work..." Syed Redza mencuit hidung mancung Umaira. Geram sungguh hatinya melihat jelingan itu.
"Hish!" Umaira mengetap bibir lalu menangkap jari telunjuk Syed Redza. Dia membuka mulut lalu cuba menggigit jari telunjuk lelaki itu kerana terlalu geram.
Membulat mata Syed Redza. "Maira sayang!" Dia cuba menarik tangannya dari digigit, namun Umaira menarik lebih kasar lagi.
"Maira! Stop it!" Tangan kiri Syed Redza terus memeluk tubuh Umaira dari belakang. Semakin lebar senyuman nya di malam itu melayan karenah kebudak-budakan Umaira.
****
JARI-JEMARI menari-nari di atas papan kekunci. Turun naik bebola mata memandang skrin dan juga kertas laporan di dalam fail di atas meja. Sedang memberi tumpuan penuh dengan kerja, pintu tiba-tiba diketuk.
"Come in..." arah Syed Redza. Pintu terus dikuak perlahan dari luar.
"Morning, tuan,” sapa Joana.
"Morning..." jawab Syed Redza tanpa memandang Joana.
"Err... Kenapa dengan jari tuan tu?" soal Joana.
Syed Redza terus berhenti dari menaip. Dia mengangkat muka memandang Joana sebelum dia memandang jari telunjuknya yang berbalut dengan plaster Winnie The Pooh itu.
"So cute..." Puji Joana sambil tersenyum geli hati.
Syed Redza tersenyum sendiri. Teringat dia kembali, semalam Umaira menggigit hujung jarinya sehingga dia menjerit sakit. Kerana bergelut ingin menarik tangan, jarinya terluka akibat Umaira yang tidak mahu melepaskan gigitannya. Akhirnya, Umaira rasa bersalah dan menawarkan diri membalut hujung jarinya dengan plaster.
"Ada orang kebuluran semalam. Tak cukup nasi, dia gigit jari saya pula..." jawab Syed Redza selamba.
Ternganga mulut Joana, terkedu.
"Anyway, saya nak awak kosongkan jadual saya hujung minggu depan,” pinta Syed Redza. Joana terus kalut menatal ipadnya.
"Tuan ada meeting dengan Mr. Frost pukul 3 petang hujung minggu depan tu,” ujar Joana.
"Cancel it. Forward ke minggu yang seterusnya."
"But, this meeting is very important,” jawab Joana teragak-agak.
"Tak ada yang lebih penting dari majlis saya. Forward je,” ujar Syed Redza tetap dengan keputusannya.
"Majlis?" Kening Joana berkerut nipis.
"Ye, majlis pertunangan saya hujung minggu depan,” jawab Syed Redza bersahaja.
Joana terkejut dengan mata membulat. "Really? Congratulations..."
"Thanks..." Syed Redza tersenyum nipis.
"May I know, siapa wanita bertuah yang berjaya mencuri hati tuan saya nii?" soal Joana berbaur usikan.
"Umaira Natasha."
Jatuh rahang Joana. Dia tidak salah dengar kan? Umaira Natasha? Bukan kah wanita itu yang pernah datang menyerang Syed Redza sebelum ini? Bila masa mereka bercinta?
Share this novel