Bab 9:CUTE!!!

Fanfiction - KPOP Series 694

Da youn berjalan seorang diri di lorong yang sunyi.Sambil memegang telefonnya.Tiba² dia terdengar sesuatu yang pelik,Da youn mulq takut dia pon berlari.

Sampai di hujung koridor ada pintu tetapi malangnya terkunci Da youn takut lalu memeluk lututnya sambil menyembunyikan mukanya.

Tetapi tak ada apa² yang terjadi pada dirinya tiba² kakinya terasa seperti ada sesuatu yang berbulu.Apabila dia mengangkat mukanya,dia ternampak seekor anjing yang comel.Dia terkejut lalu mendekat anjing itu.

"Hai si kecil,awak rupanya yang kejar saya tadi,nama awak apa?Comelnya awak."Kata Da youn sambil mendukung anjing kecil itu.Tiba² dia rasa seram kerana koridor itu lampunya seperti rosak,anjing kecil itu lompat lalu berlari,Da youn pun ikut anjing kecil itu.

Setelah penat berlari dia sampai di bilik latihan.Dia tersenyum lalu mendukung anjing kecil itu.

"Gomawo,cutie."kata Da youn sambil mencium mulut anjing itu.Dia masuk kedalam bilik latihan sambil mendukung anjing itu.Setelah masuk,anjing itu lompat dan berlari kearah seseorang yang duduk dikerusi tetapi membelakangi Da youn.

"Oh,Yeontana."katanya sambil mengambil anjing itu.

"Yeontan?"tanya Da youn.Lelaki itu terkejut lalu bangun dari kerusi.

"Ah,Taehyung-ssi."Kata Da youn.

"Da youn."

"Itu anjing awak ke?"tanya Da youn.Taehyung mengangguk sambil mencium mulut Yeontan.Da youn tersentak.

"Wae?"tanya Taehyung apabila Da youn nampak sedikit terkejut.Da youn menggeleng.Dia memegang bibirnya.

"Mana yang lain?"Da youn memecahkan sunyi.

"Rapmon,Jin,dengan J-hope ada urusan.Yang lain ada dekat kafe bawah."terang Taehyung.

"Awak tak ikut diorang pergi kafe?"tanya Da youn.Taehyung menggeleng.

"Saya tunggu Yeontan balik."katanya lagi.

'Ingatkan tunggu aku.'kata hati kecil Da youn.Tiba² pintu dibuka.

"Tannie!!"kata Jimin.Jimin berlari kearah Taehyung dan mengambil Yeontan.

"Tannie?"tanya Dayoun lagi.Tadi kata nama dia Yeontan ni Tannie pulak.

"Diorang jer suka hati panggil dia Tannie."terang Taehyung.Da youn mengangguk.Tiba² ada orang menghulurkannya sebuah plastik yang ada isi.Da youn kalih ketepi dan nampak gerangannya adalah Jungkook.

"Awak mesti laparkan,nah makan."kata Jungkook.Da youn membuka plastik itu dan ada roti daging dan banana milk.Da youn senyum kearah Jungkook dan Jungkook membalasnya.

"Dekat aku tak ada?"tanya Taehyung sambil buat muka comel dia,macam nak cubit jer dia ni.

"Ada dekat Jimin."kata Jungkook.

"Oh lupa,nah."kata Jimin sambil bermain dengan Yeontan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience