Bab 10:Pengumuman

Fanfiction - KPOP Series 694

Setelah 4 bulan Da youn menjadi trainer,dia mendapat berita bahawa dia bakal debut pada tahun hadapan.Setelah mendengar berita itu pelbagai perasaan datang,gembira,teruja,gementar dan ....takut.Tetapi ini merupakan keputusan yang berat bagi agensinya.

Ahli BTS yang lain juga takut jika para peminat mereka tidak dapat menerima Da youn dalam kumpulan mereka.Pihak agensi mengambil keputusan untuk membuat pengumuman.

"Saya Pengurus Big Hit Entertaiment,ingin memberitahu satu berita.Agensi kami telah mengambil seorang gadis untuk bergabung dengan kumpulan Bantang Sonyeondan.Dan dia bakal debut bersama BTS tahun depan.Kami juga harap para peminat dapat memberi kerjasama."-Bang Si-hyuk.

Da youn melepaskan keluhan yang berat.Tiba²ada seseorang menepuk belakangnya,apabila dia berpaling rupanya,Jimin dan di sebelah Jimin ada Taehyung.Jungkook pula berdiri di hadapannya.Da youn melepas keluhan yang berat dan meraut mukanya.

"Dahlah Da youn,ni dah masuk kali ketujuh kau tengok video tu.Tak payah lah risau,kitorang akan tolong kau nanti."kata jimin.Makin lama BTS makin rapat dengan Da youn dan mereka hanya berbasa'basi sahaja kerana sudah tidak canggung.

Da youn mengangguk sambil menggenggam telefonnya.Jungkook memegang tangannya dan tersenyum tanda memberi sangat kepada Da youn.Da youn membalas senyuman itu.

"Okey,mari kita berlatih,kau dah tak lama lagi nak debutkan.Mesti kau nak buat yang terbaik untuk kumpulan ni kan."kata Taehyung pula.Da youn mengangguk,dia bangun dan memejam matanya.

"Jom!"kata Da youn.Mereka bertiga hanya melihat telatah comel Da youn.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience