bab 4:Uji bakat

Fanfiction - KPOP Series 694

Aku berlatih bersungguh-sungguh setiap hari.Aku mintak cuti seminggu dengan bos tempat kerja aku,nasib dia baik,dia bagi aku cuti and dia support aku untuk uji bakat,lagi pun dia kawan baik mak aku dulu.So macam dia ni jaga aku jugalah,caring tentang aku.

HARI UJI BAKAT....

Hari yang aku nanti²kan tiba,aku tak dapat tidur semalam sebab fikir pasal ni.And aku masuk dalam bangunan tempat uji bakat.

'Dekat tingkat berapa ye?'tanyaku dalam hati.Tiba² ada orang pegang bahu aku,aku tengok belakang ada sorang wanita lingkungan umur 30

"Awak ni Eun Da Youn ke?"tanya wanita itu.Aku mengangguk kepala.Dia tersenyum.

"Hai saya Kim Sua,saya ditugaskan untuk bawa awak ke tempat uji bakat."katanya lagi.Saya mengangguk sambil tersenyum.

"Jom."Aku mengikuti langkah wanita itu menuju ke lift.Di dalam lift,dia menceritakan tentang syarikat yang pilih aku tu.Sua ni ramah jugak.

"Sua-nim,berapa umur awak?"

"Umur saya 25."jawabnya sambil tersenyum.

"Kita dah sampai,good luck Da youn."katanya.Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.Aku masuk kedalam sebuah bilik.Terdapat beberapa orang juga didalam bilik itu.Ada yang berlatij,ada main telefon,ada yang......tidur????.Aku pun duduk di kerusi hujung.

"Eun Da Youn."Namaku dipanggil oleh seorang gadis.

"Your turn."katanya kepada ku.Aku mengangguk lalu berjalan menuju kearah pintu.

"Good luck."Kata gadis itu.Aku masuk dan aku nampak ada beberapa orang duduk diatas kerusi.

'Mungkin juri.'kataku dalam hati.Aku menarik nafas dan memperkenalkan diri.Aku cuba mengingati tarian yang aku berlatih.

"Okey lagu apa yang kamu guna?"kata salah seorang juri.

"DNA,BTS."Kataku.Semua juri mengangguk.Aku memulakan persembahan.

SETELAH SELESAI UJI BAKAT....

Aku keluar dengan muka lega kerana uji bakat sudah selesai hanya perlu tunggu seminggu untuk keputusannya.Aku bertembung dengan Sua.

"Macam mana?Okey?"tanya Sua kepadaku.Aku mengangguk sambil tersenyum.

"Saya pergi dulu."kata Sua.Aku mengangguk.Aku berjalan ke kafe kerana lapar.Ketika sedang berjalan aku memasang lagu kegemaran ku 'Young Forever'.Tiba² aku terlanggar seseorang.

"Maaf."kata ku.Cemas dibuat nya,dah lah datang tempat asing lepas tu terlanggar orang pula.Lelaki itu mengangguk.

"Tak apa."katanya.Lelaki itu pun pergi dengan bergesa-gesa.Aku pelik,lelaki tu pakai topi,mask,dan baju serba hitam.

'Pelik'kataku dalam hati.Aku berjalan ke kafe.

SKIP NEST CHAPTER.........??????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience