Bab 8:Practice

Fanfiction - KPOP Series 694

Aku bangun dari katilku dan rasa mengantuk sangat.

'Macam mana aku boleh sampai bilik,aku jalan masuk dorm sendiri ke?Haih semalam aku tertidur waktu diorang tengah main game tuh.Mungkin Sua-nim kejutkan,lepas tu aku masuk dalam dorm and tidur.Ok macam tu.'kata hatiku.Aku keluar dari bilik dan pergi ke beranda.Beranda yang berada berhadapan dengan beranda dorm ahli yang lain.

"Kamu dah bangun?"aku nak melompat pun ada.Aku berpaling dan tengok Sua baru selesai mandi.(aku cakap macam tu sebab dia pakai tuala atas kepala).Aku mengangguk.

"Pergilah mandi,nanti kamu nak kena bersiap pergi studio."sambung Sua.Aku mengangguk lalu masuk kedalam.Aku menuju ke bilik untu mengambil tuala dan baju.

SETELAH SELESAI MANDI...

"Kamu dah siap,jom sarapan."kata Sua.Aku berjalan menuju ke arah Sua.Sua memandang aku atas bawah.

'Pelik sangat ke aku pakai.'

"Kenapa?"tanyaku.Sua meggeleng.Ni buat tak sedap hati ni.Aku pakai seluar berpoket warna kelabu and baju t-shirt hitam lengan panjang.

"Kita sarapan dekat mana?"tanyaku.Sebab aku tak nampak apa² pun dekat atas meja makan,mungkin makan dekat luar.

"Dorm dioranglah,diorang dah siap,tunggu kita je nak pergi sarapan dengan diorang."kata Sua lagi.Aku mengangguk lagi,entah berapa kali aku angguk kepala tak tahulah.Sua menarik tanganku untuk lebih cepat berjalan.Aku memakai kasut yang dihadiah kan oleh bos tempatku bekerja dahulu.Ketika aku keluar dari dorm,aku terdengar Sua tengah bercakap dengan seseorang di telefon.

"Ye,saya tahu encik.Bagi saya masa boleh tak,nanti saya bayar hutang tu.Haih,ye saya tahu,saya baru bayar setengah,lagi setengah tu nanti saya bagi lah.Hah,naikkan!Mana boleh macam tu encik,mana saya nak cari duit banyak macam tu dalam tempoh sebulan,hello encik,hello.Haih, tak guna punya jantan.Kau pergi mana abang,kenapa kau buat macam ni kata aku...."Sua memeluk lututnya.

'Dia ada hutang dengan orang ke,banyak manalah dia hutang tuh...'kata Ku dalam hati.Aku menarik nafas lalu pergi kearah Sua.

"Sua-nim,kenapa nih,jangan nangis."Pujukku.Sua mengangkat muka nya,matanya merah kerana menangis,dia terus memeluk ku.Aku membalas pelukannya sambil menepuk belakangnya.Aku membantunya bangun.Aku mengangkat mukanya dan menyapu air matanya.Dia tersenyum,aku mengam botol berisi air di bahagian tepi beg ku dan menyapu mukanya dengan air itu.Selepas dia tenang kami menuju ke dorm ahli lelaki.

//tok tok tok//Aku mengetuk pintu dorm mereka,tak sampai beberapa minit pintu pun terbuka.Nampak Jungkook yang membuka pintu,dia tersenyum kearah ku,aku membalas senyuman itu.Kami menuju ke meja yang menyediakan sarapan.

"Jemput makan."kata mereka semua.

Skip setelah selesai makan..

Mereka menaiki van dan menuju ke bangunan bighit.Aku memakai bucket hat berwarna hitam yang dihadiahkan oleh kawan sekerja lamaku.Sebelum turun kami memakai mask.Setelah sampai di dalam bangunan kami masuk kedalam lift dan Jimin menekan punat bernombor 7.Setelah sampai di tingkat tujuh kami pergi kesebuah bilik.

"Baiklah,Da youn mulai harini awak adalah trainer yang akan berlatih bersama kumpulan BTS.Jadi yang lain akan membantu awak sedaya upaya.Awak juga perlu bagi kerja sama."kata Sejin,manajer kepada BTS.Aku mengangguk.Setelah Sejin keluar,aku menghembus nafas,kakiku menggeletar akibat terlalu takut.Tiba² ada seseorang menepuk belakangku,apabila aku berpaling rupanya dia adalah J-hope.Dia memberi semangat kepada ku.

"Baiklah harini kita hanya latih Da youn tarian.Baiklah kita akan latih dia tarian lagu...."kata² Rapmon tidak dihabiskan,mungkin dia tengah fikir

"No more dream."Semua orang memandang kearah J-hope.

"Wae?"tanya Jin.Semua menanti jawapan J-hope terutamanya.

"Ni lagu first debut kita so boleh kalau kita ajar dia dari bawah."kata J-hope.Semua mengangguk kepala tanda faham.

"Hmm,saya boleh je cuba."kataku.Semua mengangguk.Rapmon menepuk tangan.

"Okey mari kita start."kata Rapmon.

"Kaja!"kata semua orang serentak.Semua member berusaha ajar aku,jadi aku pun akan buat yang terbaik.

Hwaiting,Da youn!!kata Da youn memberi semangat pada dirinya....

maaf sebab lama tak hantar chapter baru....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience