Bab 4

Others Series 10159

Selama ini aku selalu bersendirian, orang di sekelilingku tidak pernah benar-benar ada untukku.

Ayah dan ibuku sudah lama pergi meninggalkanku buat selama-lamanya dan yang tinggal hanya orang-orang yang berkerja denganku. Mereka melayan aku dengan baik hanya kerana aku menggajikam mereka dan mereka mendapat gaji dengan nilai yang sepatutnya.

Dalam hidup, kekayaan bukanlah matlamatku. Aku hanya ingin mempunyai seseorang yang benar-benar ada untukku, menemaniku melalui hari-hariku sehingga aku tua, aku ingin mempunyai seseorang yang boleh aku ajak bicara, seseorang yang bahunya aku bersandar ketika perlu kan sandaran,seseorang yang akan mendengar semua masalahku dan seseorang yang tidak akan pernah melepaskan tangan aku jika aku dalam kesulitan.

Apabila aku bertemu dengan Damia, aku jatuh cinta dengannya dan aku fikir aku telah menemui orang yang aku cari, tetapi fikiran aku ternyata sangat salah dan aku melakukan kesilapan besar dengan mengkhianati kawan aku sendiri hanya untuk mencapai keinginan aku.

Aku terlalu kecewa dan marah dengan diri aku sendiri bahawa aku terlalu malu untuk terus hidup.

Aku sepatutnya mati hari itu, tetapi gadis itu datang ke dalam hidup aku dan mengubah perspektif aku. Keinginan untuk mati perlahan-lahan didorong jauh ke lubuk hati aku sehingga aku mula melupakan rasa malu aku untuk terus hidup di dunia ini lebih lama lagi.

Aku mula berfikir untuk menggunakan hidup aku untuk membayar kesilapan aku kepada Hafiz dan Damia, dan tanpa sedar tidak mengendahkan orang yang telah menarik aku dari lubang kematian, tidak menyedari bahawa selama ini dia berada di sisi aku dan sentiasa tersenyum kepada aku, bercakap dengan aku dan sering mendengar keluh kesah aku.

Wanita itu sentiasa ada, sekian lama tetapi aku hanya menyedari bahawa dia adalah orang yang aku inginkan selama ini, pasangan hidup yang aku sentiasa inginkan, dan apabila aku sudah menyedari dia sudah pun tiada di sisi.

Aku tidak boleh melepaskannya,aku berfikir aku akan dapatkan dia semula tanpa memikirkan kesalahan yang aku lakukan terhadap dia, aku cuba mencari dia semula dan aku berjanji pada diri sendiri yang aku akan membahagiakannya.

Bekerja keras setiap hari, mengumpul wang, membina rumah, aku akan pastikan dia tidak pernah kekurangan apa-apa dalam hidupnya, memberikan cinta yang dia inginkan selama ini. Namun, apabila aku berjaya menemuinya, tiada lagi tempat untuk cinta aku di sisinya.

Dia tersenyum kepada lelaki lain dan anak-anakku tanpa ragu-ragu berlari ke arah lelaki lain.

Sepatutnya aku pastikan dulu, tanya dia siapa lelaki tu dan apa hubungan dia dengan dia, tapi macam mana aku boleh buat macam tu sedangkan selama ni aku sentiasa abaikan dia.

Aku berhak mendapatnya dan saya tidak mahu memberi peluang untuk hidup lebih lama lagi, yang telah melukakan perasaan orang lain berkali-kali.

Mungkin, kerana aku begini, aku selalu ditakdirkan untuk bersendirian.

Aina dah lepaskan aku, aku tak patut muncul dalam hidupnya lagi sebab dia berhak hidup bahagia dengan orang yang lebih layak daripada aku. Aku tidak akan mengganggunya lagi hanya kerana aku sayangkan dia.

Melihat dia bahagia sudah cukup bagiku, cuma hatiku tidak dapat menahan rasa sakit.~Khai

********
Khai mengeluh, cuba berlagak tenang pada waktu begini.Di situasi sekarang dia sedang bersemuka dengan lelaki yang bersama dengan Aina ketika di taman kemarin.

"Jadi, semalam semasa kami di taman,
saya nampak awak dan saya juga tahu awak cuba untuk mengakhiri hidup awak malam tadi, apa yang awak fikirkan? Cemburu sebab nampak isteri awak bersama lelaki lain? Atau kecewa dan awak fikir tidak boleh bersama dia lagi?"

Saat itu, pandangan Khai perlahan-lahan mula jatuh, emosinya kembali bermain dengan perasaannya.

"Saya akui Aina menarik , dia cantik dan juga bijak, terutama bakatnya, dia boleh dikatakan wanita luar biasa, tetapi saya tidak berminat dengannya.Jadi, pada ketika ini hubungan saya dengan Aina sepatutnya cukup jelas untuk pengetahuan awak, bukan?"

Khai memandangnya dengan serius. "Lalu bagaimana kamu berdua bertemu dan mengapa kamu berdua bersama?"

"Berkaitan urusan bisnes," jawab Aether singkat. "Saya bertemu Aina ketika dia mengandung sembilan bulan, tidak jauh dari Bandar FA.AMS."

Dahi Khai berkerut. "Bandar FA.AMS berada jauh dari sini." Aina pergi sejauh itu ketika sarat mengandung, hatinya sakit dan dadanya terasa sesak apabila memikirkan kesulitan yang dialami Aina dalam perjalanan. Malam yang membawa angin sejuk, perjalanan yang jauh, kakinya yang letih. Kenapa Aina terpaksa pergi sejauh itu fikir Khai.

"Ya, sudah tentu ia sangat jauh dan ia bukan perkara yang mudah untuk ibu mengandung yang mengandung tiga anak kembar dalam perutnya, ia adalah perjalanan yang sangat sukar."

Aether mengesahkan fikiran Khai. "
Tetapi walaupun dia berjalan seorang diri, selepas menaiki bas dan juga taxi, dia berjaya tiba di kampung yang paling hampir dengan Bandar FA.AMS itu.

Tetapi, perjalanan hanya berakhir di situ sahaja. Usia kandungannya dan lebih-lebih lagi saiz kandungannya terlalu besar sehingga dia tidak mampu lagi menanggungnya. Perjalanannya terhenti di situ sahaja."

Khai rasa semakin bersalah, pasti perit Aina berjalan sendirian selama itu. Ini adalah salahnya, dia tidak pernah menyangka bahawa Aina mungkin pergi ke luar bandar, selama ini dia menyangka Aina masih berada di rumah.

Hati Khai terdetik lagi untuk merasakan kesakitan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, dia cuba menahan emosinya dan memandang Aether semula sambil bertanya. "Awak kata awak jumpa dia masa dia mengandung sembilan bulan, macam mana keadaan dia masa tu? Dia okay ke? Dia rasa..." sedih. Atas sebab tertentu, Khai tidak dapat mengatakannya dengan segera.

Ketika matanya apabila melihat riak sedih Khai. "Macam mana saya nak cakap? Sebenarnya saya tak berapa pasti apa yang dia rasa. Aina ni jenis orang yang pandai memendam perasaan, saya pasti awak tahu."

Khai diam, tentu dia tahu kerana Aina selalu tersenyum kepadanya walaupun dia tidak mengendahkannya. Wanita itu tidak berhenti tersenyum kepadanya, walaupun pada hari terakhir mereka bertemu, dia masih tersenyum kepadanya. Senyuman yang memperbodohkan dia berfikir bahawa wanita itu tidak akan pergi, bahawa esok pagi dia masih boleh melihatnya lagi dan bertanya khabarnya, tetapi senyuman itu menipunya, wanita itu pergi tanpa jejak, meninggalkannya begitu sahaja.

" Aina jarang bercakap tentang dirinya, walaupun anak-anaknya dilahirkan, dia hanya seorang wanita yang tidak banyak bercakap. Dia tidak memberitahu dari mana dia datang, siapa suaminya dan mengapa dia pergi ke tempat itu, dia penuh dengan rahsia, tetapi orang kampung tidak berat hati untuk membantunya mempunyai tiga anak sekaligus bukan perkara yang mudah, awak tahu?"

Khai hanya mampu menelan rasa pahit di hatinya. Sudah tentu, bersendirian dengan tiga orang anak bukanlah mudah. Dia tidak sepatutnya melepaskannya, bagaimana Aina boleh melalui hari-hari yang sukar itu dan masih boleh tersenyum.

Melihat kesedihan dan keputusasaan Khai, Aether tersenyum lemah. "Aina bukan wanita yang lemah dan saya memberitahu kamu bahawa orang kampung di sana sangat baik terhadapnya, sepasang suami isteri tua yang tidak mempunyai anak telah membantu Aina menjaga mereka bertiga."

"Saya yang sepatutnya berada di sana menjaga mereka bertiga," kata Khai dengan suara yang lemah. "Saya pun tak berani nak bayangkan betapa susahnya Aina bila mereka bertiga menangis dan lapar, menjaga mereka bertiga pasti menyusahkan dia."

Aether tersenyum lagi. "Tiada gunanya awak menyesal. Malah segala-galanya telah berlalu dan sebenarnya awak tidak berada di sana pada hari-hari paling sukar Aina dalam hidupnya."

Khai terdiam semula dan menunduk lesu dipenuhi rasa bersalah, dia tidak berani berkata apa-apa lagi.

Aether mengeluh. "Awak tak nak tahu kenapa Aina pergi sejauh itu?"

Khai mengangkat pandangannya. "Dia mahu hidup tanpa menyusahkan orang yang dia sayang, itu yang dia beritahu saya."

" Aether menunjuk ke arah Khai tepat di hidung. "Cuma ada sesuatu yang pelik tentang dia."

"Apa maksud awak?" Khai mengerutkan keningnya

"Awak tak tanya dia ke?"

"Sudah tentu saya bertanya kepadanya."

"Kemudian apa yang dia katakan?"

Apa yang Khai dengar daripada Aether lebih memeranjatkan. Aina memberitahunya segala-galanya dari awal hingga akhir tentang apa yang berlaku kepadanya.

Khai menarik nafas panjang, menutup mukanya dengan tangan, berasa sangat kecewa, seketika dia tidak bersuara. Jadi selama ini Aina tahu tentang apa yang berlaku kepadanya dan hari itu apabila dia cuba mengakhiri hidupnya dengan melompat dari tingkap bilik. Aina mendapat tahu dan dia cuba menghalangnya.

'Saya mengenali awak lebih daripada yang awak boleh bayangkan.'

'Awak mungkin tak percaya, tapi saya dah lama sukakan awak.'

Kini semua kata-kata Aina terdengar munasabah baginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience