NOAH segera mematikan telefon dan melangkah laju meninggalkan pejabatnya. “Nur, saya nak keluar sekejap. Kalau ada apa-apa, call saya,” pesannya sambil tergesa-gesa menuju ke lift. “Baik, Datuk.” Nur membalas, namun Noah sudah pun hilang dari pandangan. Hatinya berdebar. Fikirannya berselirat dengan pelbagai persoalan. Kenapa suara Umi tadi kedengaran begitu cemas? Apa yang sedang berlaku? Tanpa membuang masa, dia terus memecut keretanya ke arah butik Lily Luxe. Rasa tidak sedap hati semakin mencengkam dada seiring dengan perjalanan yang semakin hampir ke destinasi. Setibanya di sana, Noah segera memberhentikan keretanya di tepi jalan dan meluru ke butik. “Noah!” Suara Noraini memanggilnya dari ...