“AHHH, baby, perlahan sikit…” Lily mendesah perlahan, tangannya menepuk bahu Azrul yang semakin melajukan gerakannya. Rasa hangat dan gelora semakin membara di dalam tubuhnya.
“Kejap sayang, sikit lagi.” balas Azrul dengan nafas terhirup dalam-dalam, wajahnya berkerut, peluh menitis laju di dahi.
Tangan Lily melingkari leher Azrul, bibirnya ditarik ke bibir lelaki itu, yang kini mengucupnya dengan penuh hasrat.
“Arghh… baby…” Tubuh Lily bergetar, setiap tusukan semakin mendalam, memenuhi setiap ruang tubuhnya. Satu kepuasan yang luar biasa buatnya.
“Sayang. I'm cumming…” Azrul berbisik dengan suara serak. Tubuhnya bergetar sebelum akhirnya menghamburkan kehangatan yang menyatu dalam Lily. Cecair itu melimpah dan mengalir ke atas katil, membasahi cadar putih yang tadinya bersih.
Lily, dalam keletihan, masih tidak mampu melepaskan Azrul. Dia mencium bahagian intim lelaki itu, menyebabkan Azrul terangkat seketika, tidak keruan, tubuhnya melawan keinginan yang semakin kuat. Mereka terbaring lemah, saling memeluk.
“Sayang,” panggil Azrul dengan nada lembut, suaranya penuh rasa cinta.
“Hmmm…” balas Lily, suaranya perlahan.
“Terima kasih sebab sudi terima baby jadi suami sayang.” Azrul berbisik, bibirnya mendarat di dahi Lily, dengan penuh rasa cinta dan syukur.
Lily mendongak, matanya merenung wajah Azrul. Jantungnya berdegup lebih laju, tetapi ada sesuatu yang ganjil. Kenapa kata-kata Azrul seakan-akan satu ucapan selamat tinggal?
“Baby, kita ni dah lama tau kahwin. Kenapa tiba-tiba baby cakap macam tu?” suara Lily bergetar, matanya berair.
“Nanti, kalau baby tak ada, sayang jangan bersedih tau. Sayang kena cari kebahagiaan sayang sendiri. Baby nak sayang bahagia walaupun tanpa baby di sisi sayang,” ujar Azrul, suara lembut namun penuh dengan makna yang tidak jelas.
“Baby, sayang tak suka baby cakap macam tu.” Lily berkata dengan nada lembut, sambil memukul dada Azrul perlahan. Air mata mulai menitis tanpa dapat ditahan.
“Sayang, kenapa nangis ni? Maafkan baby, ya. Baby tak cakap macam tu lagi,” Azrul mengusap rambut Lily, tersenyum walaupun penuh kesakitan, berusaha menenangkan isteri yang tersayang.
“Sayang taknak baby cakap yang bukan-bukan. Sayang nak baby ada dengan sayang sampai bila-bila,” bisik Lily, esakannya berlanjutan, setiap perkataan dipenuhi dengan rasa cemas.
“Okay, sayang. Jangan menangis lagi,” balas Azrul dengan lembut. Tangannya merangkul Lily dengan erat.
“Sayang nak satu round lagi?” tanya Azrul dengan senyum nakal.
“Baby larat ke?” Lily bertanya sinis, namun ada nada geli hati dalam suaranya.
“Mestilah. Tengoklah ni siapa,” Azrul menjawab sambil ketawa, cuba menenangkan suasana.
“Jangan nak merepek. Esok baby ada mesyuarat penting, kan? Bangun cepat, pergi mandi.” Lily bangun dari katil, menarik gaun mandi yang terjatuh di lantai dan menyarungkannya ke tubuh.
“Okaylah. Baby nak pergi mandi kejap. Sayang tunggu baby tau,” Azrul membalas sambil mencuit hidung Lily.
“Okay, baby. Nak sayang temankan baby?”
“Tak payah! Nanti lain yang jadi,” Azrul menyahut sambil ketawa, berjalan menuju bilik air.
Lily duduk termenung di birai katil, fikirannya tidak dapat berhenti memikirkan kata-kata Azrul. Jika lelaki itu pergi, apakah dunia dia akan gelap tanpa kehadirannya? Dan adakah keluarga Azrul masih akan menerimanya sebagai menantu setelah itu?
Beberapa minit berlalu, Azrul keluar perlahan dari bilik mandi. Tetapi, langkahnya terhenti seketika. Dia bersandar di bingkai pintu, tangan memegang dadanya, nafasnya terasa sesak.
“Laila hail lallah,” desisnya perlahan, wajahnya pucat, tubuhnya tiba-tiba terhuyung-hayang dan dia jatuh terduduk ke lantai.
“Baby!” Jeritan Lily memecah kesunyian, tubuhnya bergegas ke arah Azrul.
“Baby, kenapa ni?” suara Lily terketar-ketar, panik.
“Sayang… argh…” keluh Azrul sebelum tubuhnya rebah dan tidak sedarkan diri.
“Baby, jangan takutkan sayang. Baby!” Lily merintih dengan penuh ketakutan, esakannya semakin kuat.
Azrul terkulai di pangkuan Lily, tidak sedarkan diri.
“Baby! Bangun!” Jeritan Lily bergema di dalam bilik, tangisannya semakin tidak terkawal.
“Tolong!” teriaknya dengan penuh harapan.
“Lily, kenapa ni?” suara dari luar kedengaran, memecah keheningan.
Lily bangun dan berlari ke arah pintu, wajahnya pucat, tangan menggigil.
“Mama, Azrul… dia… dia…” suara Lily tersekat-sekat, tidak mampu menyelesaikan kata-katanya.
“Astaghfirullahalazim. Azrul!” Teriakan Datin Jasmin memecah kebingungannya, sementara semua orang yang berada di dalam banglo itu berkumpul di luar bilik.
“Kita bawa dia ke hospital,” kata Datuk Mazlan dengan suara tegas, membawa keluarga mereka dalam panik.
Mereka segera mengangkat Azrul dan membawa lelaki itu ke hospital. Namun, sebaik tiba di hospital, keadaan Azrul yang semakin parah menyebabkan dia menghembuskan nafas terakhir di perjalanan.
—
“Mama, Azrul dah tinggalkan saya…” rintih Lily, suaranya bergetar. Dia duduk di bangku di luar bilik mayat, tubuhnya lemah, seolah-olah sebahagian daripada dirinya turut pergi bersama arwah suaminya.
Datin Jasmin yang berdiri di sebelahnya menghela nafas perlahan sebelum menyentuh bahu Lily.
“Lily,” panggilnya, nada suaranya hambar, tiada simpati.
Lily menoleh perlahan, wajahnya penuh kepiluan.
“Sekarang ni Azrul pun dah tak ada, jadi mama harap kau boleh cari tempat tinggal lain. Rumah banglo yang kau duduk sekarang ni, mama nak jual,” ujar Datin Jasmin tanpa perasaan.
Lily terkedu. Keningnya berkerut, matanya membulat memandang wajah wanita itu.
“Mama… mana Lily nak pergi? Mama tahu kan, Lily tak ada sesiapa dalam dunia ni…” suaranya tersekat-sekat, matanya yang sedia merah makin berair, menahan sebak yang semakin menghimpit.
“Tu masalah kau, Lily. Tak ada kena-mengena dengan mama,” balas Datin Jasmin dingin. Senyum sinis terukir di bibirnya sebelum dia menyambung.
“Mama tahu selama ini kau kahwin dengan Azrul sebab harta saja, kan? Takkanlah perempuan muda macam kau betul-betul jatuh cinta dengan lelaki yang 20 tahun lebih tua?”
Lily menggigit bibir, menahan rasa perit yang menyengat dadanya.
“Mama… dah lima tahun kami berkahwin. Tak pernah mama ungkit benda ni. Kenapa bila arwah tak ada, tiba-tiba mama nak cakap macam ni?” Lily bersuara, nadanya bergetar, antara kecewa dan tidak percaya.
Datin Jasmin ketawa sinis.
“Sebab selama ni Azrul pertahankan kau! Kami semua tak boleh buat apa-apa!” bentaknya, penuh geram.
Lily terkedu. Hatinya makin luka. Dia cuba mencari wajah Datuk Mazlan, satu-satunya orang yang mungkin boleh membelanya. Namun, lelaki itu hanya diam, berdiri di tepi, seolah-olah tidak mahu masuk campur.
“Mama… sampai hati mama buat Lily macam ni…” Lily akhirnya teresak. Tangannya menggenggam erat hujung bajunya, cuba mengawal diri.
“Jangan nak menangislah!” jerkah Datin Jasmin.
“Aku tahu, kau pun suka kan Azrul mati? Jangan ingat aku tak tahu perempuan macam kau ni jenis apa!”
Lily menggeleng perlahan. Tuduhan itu terlalu kejam.
“Mama… tolonglah. Biarkan Lily tinggal di rumah tu…” rayunya perlahan, cuba menggenggam tangan ibu mentuanya.
Namun, Datin Jasmin menepis kasar.
“Jangan sentuh aku! Aku bukan mama kau lagi!” suaranya penuh benci. Dia menarik nafas dalam sebelum menyambung.
“Sekarang Azrul dah tak ada. Kita tunggu bacaan wasiat nanti. Jangan harap kau dapat satu sen pun dari harta dia!”
Tanpa menunggu reaksi Lily, Datin Jasmin berpaling dan melangkah pergi. Datuk Mazlan hanya memandang sekilas sebelum mengekori isterinya, meninggalkan Lily yang masih terduduk dengan esakan yang semakin menyakitkan dada.
—
“PUAN Lily, ini adalah harta yang arwah Tuan Azrul Izkandar wasiatkan atas nama puan,” ujar peguam yang duduk di hadapan Lily dan beberapa ahli keluarga Azrul yang lain.
Lily menggenggam tangannya erat di atas riba, dadanya berdebar menantikan kata-kata seterusnya.
"Sebuah butik, dua buah kereta mewah, wang simpanan bernilai RM200,000, dan banglo yang puan duduki sekarang ini…"
Suasana hening seketika.
“Tak mungkin!” Teriak Datin Jasmin tiba-tiba.
Wajahnya merah padam menahan marah.
“Sayang, bawa bertenang. Malu depan anak-anak,” pujuk Datuk Mazlan yang duduk di sebelahnya.
Namun, Datin Jasmin langsung tidak peduli. Dia memandang tajam ke arah Lily sebelum menuding jari ke arahnya.
“Mesti perempuan ni yang dah hasut arwah, kan?! Hei perempuan, apa kau buat dekat Azrul dulu, hah?!” jeritnya penuh amarah.
Lily terdiam. Tidak sedikit pun dia berniat untuk membalas kemarahan itu.
“Sayang, sudah la…” Datuk Mazlan masih cuba menenangkan isterinya.
“Datin, bawa bertenang,” peguam itu bersuara, cuba mengawal keadaan.
“Arwah dah siapkan wasiat ini sejak tahun lepas. Sepanjang tempoh itu, saya tidak pernah berjumpa dengan Puan Lily sekalipun,” sambungnya.
Datin Jasmin mengetap bibir. Wajahnya penuh benci.
“Jangan ingat kau akan hidup senang dengan harta anak aku!” katanya sebelum berdiri dan berlalu pergi dengan langkah kasar.
Datuk Mazlan serta dua orang adik arwah Azrul hanya mampu mengekori dari belakang, meninggalkan Lily yang kini duduk di dalam banglo yang sudah sah menjadi miliknya.
Namun, di sebalik semua itu, hatinya kosong. Harta yang ditinggalkan oleh Azrul tidak mampu menggantikan kehilangan lelaki itu dalam hidupnya.
Lily termenung di birai katil. Kata-kata peguam arwah suaminya masih terngiang-ngiang di fikirannya sejak pagi tadi. Tiba-tiba, sebuah senyuman kecil terukir di bibirnya. Segala usaha yang dilakukan selama ini akhirnya berbaloi. Meskipun dia dan Azrul berbeza usia hampir dua dekad, Lily tetap yakin bahawa keputusannya untuk berkahwin dengan lelaki itu dahulu adalah tepat.
Namun, dalam senyuman itu, ada ruang kosong yang tidak mampu diisi. Hubungan mereka selama hampir lima tahun tidak dikurniakan cahaya mata, sesuatu yang sering membuatnya termenung sendirian.
“Baby, walaupun awak dah tinggalkan sayang, awak tetap pastikan hidup sayang tak kekurangan apa-apa. Terima kasih, baby…” bisiknya perlahan sambil memandang foto Azrul yang terletak di atas meja kecil di sisi katil. Tangannya yang halus mengusap bingkai gambar itu, seolah-olah cuba menyentuh wajah lelaki yang kini hanya menjadi kenangan.
Lily menarik nafas dalam, lalu memasukkan gambar tersebut ke dalam sebuah kotak kayu berukir yang cantik. Kotak itu kini penuh dengan barang-barang milik Azrul iaitu dasi-dasi kegemarannya, jam tangan yang sering dipakainya, dan beberapa surat cinta lama yang ditulis oleh Azrul pada awal perkahwinan mereka.
Pandangan Lily dialihkan ke sekeliling bilik tidur itu. Ruang yang dulunya dihuni bersama kini terasa kosong dan sunyi. Segala yang mengingatkan dirinya kepada Azrul perlu diubah, bukan kerana dia ingin melupakan, tetapi kerana dia mahu melepaskan.
Langkahnya terhenti di depan almari besar. Lily menggeleng perlahan sebelum mula mengemas sisa-sisa kenangan yang masih ada. Pakaian Azrul disusun rapi ke dalam kotak. Dia berbisik pada dirinya sendiri.
“Sudah tiba masanya kau berdikari, Lily…”
Segala barang-barang itu akan dilupuskan. Tidak ada gunanya menyimpan apa yang tidak lagi menjadi miliknya. Malam ini, Lily bertekad untuk mengubah susunan perabot di dalam bilik ini, malah seluruh rumah. Rumah ini perlu menjadi lambang kebebasan barunya, bukan lagi bayangan masa silam yang membelenggu hati.
Share this novel