IKHWAN melepaskan keluhan panjang sebaik sahaja dia menguak pintu bilik. Izara pada ketika ini sedang duduk bersandar pada kepala katil menghadap telefon pintarnya dengan muka cemberut. "Zara marah ke?" soal Ikhwan setelah dia berdiri di sebelah isterinya. "Buat apa Zara nak marah?" balas Izara dengan nada kasar tanpa memandang langsung wajah suaminya dengan lagak acuh tak acuh. Matanya tertumpu pada skrin telefon yang sedang ditatalnya. "Dah tu, Zara jealous eh?" Izara mendengus sambil mengetap gigi, lalu dia mendongak dan memandang seraut wajah kacak yang terlihat tenang itu dengan pandangan tajam. "Dah kenapa pula Zara nak jealous?" Bola matanya dipusingkan menunjukkan ...