KERUSI bertentangan Bazli ditarik sebelum melabuh punggung dipermukaan kerusi itu. sesekali mata meliar ke sekitar menutup rasa janggal kerana perlu semeja dengan ramai lelaki walaupun hanya 'makan'.
"tak selesa eh?" soal Eshal berbisik apabila melihat tingkah aneh Aireen. Aireen sekadar menayang sengih. Eshal tertawa kecil.
"sebab tu kita ajak Aireen. ada geng sama-sama tak selesa. bayangkan kalau kita sorang-sorang. dah lah dengan Riyad pun kita janggal." seloroh Eshal berbaur luahan hati. Aireen tertawa.
"tak baikk, ekk?"
"sekurang-kurangnya ada kawan borak.. hehe." Eshal menayang sengih.
"korangkan tak kenal, macam mana boleh terdetik nak kahwin eh? macam mana boleh yakin nak hidup sama-sama?" soalan mungkin kedengaran 'personal'. tetapi percayalah, dia benar-benar ingin tahu.
selama ini, perkahwinan yang diatur ini hanya dibaca melalui media sosial sahaja. tetapi hari ini, dia mengenali sendiri pasangan yang berkahwin dengan konsep cinta selepas nikah.
"jodoh dan istikharah macam cliché, kan? tapi itulah hakikatnya. tapi selain dari tu, ada satu lagi proses. taaruf. taaruf ni, bukan sekadar siapa nama. berapa umur. belajar mana. dia bukan sekadar basic resume. dia lebih dari tu. cakaplah, apa dia tak suka. apa yang kita tak suka. kalau dia sekian-sekian, kita boleh terima tak? atau kalau kita sekian-sekian dia boleh terima tak?" jelas Eshal separa berbisik sambil menghulur air yang sudah dituang oleh Asyraf sebaik sahaja air sampai.
"contoh soalan?"
"kalau kita... kita tanya dia suka berjalan tak? dia suka tak buat aktiviti nature. pergi sungai ke? mandi laut and so on. jawapan dia, dia suka. malah, dia lagi aktif. so tu salah satu sebab kita proceedlah. taaruf ni, sampai lepas tunangpun kita buat. kadang-kadang, kalau dekat media sosial ada timbul isu semasa, kita try ajak dia bergosip. nak tengok cara dia respon pada gosip tu, dan nak tengok macam mana respon dia kalau benda tu jadi pada dia. tapi still... manusiakan? dengar boleh. percaya? nanti kejaplah..." Aireen tertawa lagi.
seronok pula borak dengan pengantin baru ini. baru kenal, tetapi rasa macam sudah lama bersahabat.
perbualan sirna serta merta apabila pelayan berdiri ditepi meja mereka bersama hidangan. mahu tahu apa yang dipesan orang lelaki, hujung mata melirik ke arah hidangan yang sedang diatur atas meja oleh pelayan.
sejenak, Aireen tergamam. lirikan matanya berhenti pada satu hidangan.
tomyam campur.
liur ditelan perit. dada kian memberat seakan ada satu batu besar menghimpap membuat Aireen seakan tidak mampu bernafas.
mata dilarikan. tangan lantas mencapai telefon. tiada apa yang penting. sekadar mahu meredakan dada yang kian sebak.
Hidangan itu bukan sekadar dihidang. Ia adalah luka lama yang dibuka kembali. Sejak kematian Ibu lima tahun lalu, Aireen tak pernah pandang pun tomyam campur. Tapi hari ini, ia terhidang tepat di hadapan mata.
nafas ditarik dalam.
"Aireen nak nasi?" soal Bazli membuat Aireen sikit kaget. melihat lelaki itu mengangkat senduk bersedia mahu menyedok nasi untuknya, laju Aireen mengangguk.
"sikit je..."
"jangan makan sikit-sikit, Aireen. banyak ni. nanti kat asrama teringat-ingat kang." usik Bazli lalu menyedok dua senduk nasi atas pinggan Aireen. Aireen sekadar tertawa.
"kau jangan pandang rendah dekat dia, Li. dia ni nama je student. tapi gaji dua hari dia je dah boleh cover makan dia sebulan." ujar Asyraf lalu menyuap nasi ke mulut.
seharian tak sempat makan, perasaan dapat makan dengan tenang... sungguh tak mampu diucap dengan kata-kata. terlebih lagi, setenang apa pun masa makannya, tetap perlu sentiasa dalam keadaan berjaga dan bersedia.
usikan itu hanya disambut tawa kecil Aireen. seleranya benar-benar sudah dibawa pergi meski perutnya berkeroncong kerana sejak pagi masih belum sempat makan apa-apa.
sebutir demi sebutir nasi masuk ke mulut. cuba mencari semula seleranya yang sudah bertebaran.
"Aireen, makan..." tegur Bazli seakan menyentak Aireen supaya kembali ke dunia nyata. "Aireen nak makan apa? tom yam, nak?"
"Aireen tak nak, meh sini... bini aku nak." pinta Riyad lalu menukar hidangan itu bersama bawal masak tiga rasa untuk diletakkan dihadapan Aireen dan Bazli.
baru saja Aireen mahu menarik nafas lega, kelegaannya tidak bertahan lama. tak sempat Aireen menahan, lauk itu sudah disendukkan oleh Bazli. dengan air mata yang ditahan sedaya mungkin, lambat-lambat Aireen menyuap nasi ke mulut.
Meski kunyahannya lumat, tekaknya seperti dicekik emosi. Seteguk air pun tak mampu melarutkan rindu dan sesal yang terpendam bertahun lamanya.
tak mampu lagi menahan rasa, segera dia meminta beredar ke tandas sebentar untuk melepas rasa hati yang sungguh membebankan.
menutup pintu tandas, Air mata langsung jatuh. bersandar di dinding... sesungguh melepaskan beban dihati sangat menyakitkan.
meski sudah lima tahun berlalu, rasa rindu itu tak pernah pudar. malah, semakin hari semakin utuh.
"DAH siap masak, kakak?" soal Puan Kamariah. bersama kerusi roda, dia menjengah anak sulung yang sedang mencuci perkakas dapur.
"dah, Bu. Ibu nak makan?" melepaskan segala kerja, meski belum selesai. tangan yang basah Aireen keringkan dengan tisu sebelum mendapatkan pinggan buat Puan Kamariah lalu meletakkannya di atas meja. menghampiri Ibunya, kerusi ditolak merapati meja.
"masak apa?"
"ikan merah masak sup."
"ibu teringin nak makan tomyamlah." dalam keluhan kecil, Aireen tertawa.
"tak cakap awal-awal tadi. esoklah Kakak masak. eh?" bersama senyuman lembut, Puan Kamariah mengangguk.
meski tekaknya benar-benar menginginkan lauk itu, dalam paksa rela dia menelan juga masakan anaknya.
Aireen kembali menyambung kerja. mahu segera menyelesaikan kerja rumah sebelum bersiap untuk ke tempat kerja.
"Kakak nak siap dulu, tau?" bahu Puan Kamariah disentuh lalu melabuhkan kucupan pada kedua pipi Ibunya dari belakang.
"nak pergi mana?" renungan cemas Puan Kamariah dibalas lembut.
"nak pergi kerja. Dara nak balik dah sekejap lagi. Ayah pun nak balik dah. Kakak masuk shift petang. malam nanti Kakak balik. Ibu jangan risau. anak ibu dah besar." jelas Aireen berseloroh. risau sangat. walhal bukan baru hari ini dia mula bekerja.
sejak lepas tingkatan enam lagi dia sudahpun mencari duit untuk keperluan sendiri. malah, Puan Kamariah sendiri yang mendorong supaya anak-anaknya keluar berkerja mencari pengalaman.
"cutilah harini. sehari je. teman Ibu." Aireen gelak lagi.
"tak boleh, Bu. Kakak dah selalu sangat cuti ni. Kakak siap dulu tau?" tidak menunggu persetujuan Ibunya, Aireen lantas pergi.
tidak mengambil masa lama, kurang 30 minit dia sudah siap. muka juga tiada apa yang mahu ditepek. hanya sedikit bedak kompak. lukis eyeliner sikit. oles pelembab bibir sikit sedikit. siap.
bukan tak berminat mahu melawa seperti gadis lain, hanya saja tiada bakat apa lagi kemahiran.
mencapai beg sandang, pintu dibuka dari dalam. serta merta mata terpandang Puan Kamariah yang sedang duduk termenung di depan tv.
"Ibu..." tegurnya menyentuh bahu Puan Kamariah.
"nak pergi kerja dah ke?" Aireen mengangguk. bersimpuh di hadapan Ibunya, tangan wanita itu dikucup. umur wanita ini muda lagi. belum 50-an tetap sudah berkerusi roda akibat kanser rahim yang dihidap setahun lalu.
"sempat tak masakkan Ibu tomyam. tekak Ibu teragak sangat."
"tak sempat, Bu. tapi balik nanti Kakak boleh beli kalau ibu nak sangat. boleh tunggu?" serba salah juga mahu menolak apabila ini sudah permintaan kedua Ibunya.
"lama sangat. Ibu nak kakak yang masak. tapi kalau tak sempat tak apalah. minta tolong Dara je belikan. kakak balik malam, kesian Kakak nak singgah-singgah. lagipun tak elok anak dara balik lewat." Aireen lantas tersengih. akhirnya, ada juga jalan penyelesaian.
"okay, Kakak call Dara sekarang juga!" Puan Kamariah tertawa. segera Aireen mengeluarkan telefon, lalu mendail nombor Idara. kurang tiga deringan, panggilan berjawab.
"Dara. sebelum sampai rumah balik nanti tolong singgah kedai kejap beli tom yam campur. Ibu mengidam."
"weh, Dara dah sampai rumahlahhhh. kenapa tak cakap dari tadi?" jeritan itu tidak hanya didalam talian, malah turut terdengar dari luar rumah. bangkit dari duduk, Aireen lantas menerpa pintu utama. serentak tawa mereka pecah.
tiada angin tiada ribut... memang tiada semua tu, kerana Idara pulang dengan bas. bas hanya berhenti disimpang lorong taman, dan Idara hanya berjalan kaki untuk ke rumah
"kau jalanlah kaki kejap. pergi beli dekat kedai depan tu... aku nak pergi kerja."
"kejaplah. nak mandi, rehat kejap. nanti aku keluar balik." menolak lembut bahu kakaknya, Idara melolos tubuh masuk ke dalam rumah. dikucup pipi lembut Puan Kamariah sebelum menapak menuju ke bilik.
Aireen tercengang.
"tak apa. kakak pergi je kerja. nanti dia dah rehat, dia pergilah tu." ujar Puan Kamariah. tanpa berlengah, Aireen segera keluar dari rumah sebaik belakang tapak tangan ibunya dikucup tanpa menyangka itu kali terakhir dia dapat berbual dengan Puan Kamariah dan melihat ibunya tersenyum lembut.
penyesalan tiada penghujung sudah cukup menyakitkan, lebih menambah bisa pada lukanya apabila mengetahui ibunya tidak sempat menjamah tomyam yang dibeli Idara kerana wanita itu tidak sedarkan diri sebaik sahaja Idara pulang dengan membawa sebungkus tomyam campur.
"LAMANYA pergi tandas. pengsan ke apa?" Ujar Bazli apabila menyedari kehilangan Aireen sudah lebih lima belas minit.
dengan senyum sinis, Asyraf mengerling Bazli sekilas. "obvious sangat, Li. kau macam ni, takut member tu nak cair." usikan berbaur sindiran dari Asyraf.
"bukanlah, gila! orang pergi tandas mana ada lama sampai macam ni." jelas Bazli tak mahu sesiapa salah sangka. Asyraf cemik sebelum tawa Riyad ikut pecah serta merta. belum sempat dia menyambung usikan, dari jauh hujung matanya menangkap kehadiran Aireen.
"tu, cinta hati kanda dah sampai. tenang brader." dalam pada mulutnya mengusik, matanya tidak lepas memerhati riak muka Aireen. entah kenapa, bagai ada satu raut yang mengundang tanda tanya dibenaknya.
"harey betul!" marah Bazli, geram. Asyraf terkekeh.
semakin hampir gadis itu, semakin kuat jangkaannya apabila wajah sembab itu terlakar jelas dimatanya. tapi, pemandngan itu diabaikan apabila tiada rasa ingin tahu menggebu dalam dirinya.
"awak okay, Aireen?" buat sesaat, mata Asyraf bertaut sejenak dengan anak mata Riyad membuat tawa kecil mereka pecah serentak dengan kelaku Konyol Bazli.
Aireen sekadar mengangguk bersama senyumam nipis sebelum memaksa untuk menghabiskan nasi dipinggannya. sesekali, lauk yang masih berbaki, Bazli cedokkan untuk Aireen membuat gadis itu tak selesa dan termalu sendiri.
"cukup-cukup. nasi saya tinggal sikit."
"nak tambah nasi, ada lagi ni..." laju Aireen menggeleng. entah kenapa, tidak selesa pula dengan layanan lelaki itu. terlebih lagi perasan akan renungan beberapa pasang mata yang turut semeja bersama mereka.
fikirnya, berhadapan dengan Bazli akan lebih menenangkan. ternyata, lebih kusut!
semakin memerhati, terasa semakin lawak pula. sudahnya dia mengeluarkan telefonnya. earpod juga tidak ketinggalan untuk diletak diatas meja.
belum sempat dia melayari media sosial, dua kelip lampu hijau yang tiba-tiba muncul pada earpod menarik perhatiannya. dengan gerakan tenang, dia memasang sebelah telinga.
"eh, aku gerak dulu ek? lupa pula ada kerja nak buat." pamit Asyraf menghulur tangan kearah Riyad. sesaat tangan mereka bertaut. bahu Bazli ditepuk lembut.
"aku gerak dulu... esok ada meeting dengan client. jangan lupa." pesan Asyraf pada Bazli selaku anak buahnya.
"bereh, kau join tak?"
"tak pasti lagi. kalau sempat aku join. kalau tak, kau deal sorang je. boleh handle kan?"
"boleh. kecik punya hal." mendapat balasan Bazli, Asyraf segera membawa kaki keluar dari kedai.
memastikan tiada kereta lalu, kepala menoleh kiri kanan sebelum menyambung langkahan. menyentuh sensor pada earpod yang berada ditelinga, tubuh melolos masuk ke dalam kereta.
"target detected."
Share this novel