Sehelai tudung bawal yang sudah digosok licin, Aireen capai sebelum diacu ke kepalanya. Dua hari ini jadualnya agak sibuk, memandangkan berturut-turut dua orang pengantin memerlukan khidmatnya sebagai pembantu pengantin.
Atas permintaan pengantin, dia mengenakan busana kurung moden berona merah jambu dipadankan dengan tudung sama rona. Tak sabar untuk dia mulakan hari. mahu cepat-cepat harinya selesai, memandangkan esok pagi-pagi dia perlu bersedia mental fizikal untuk menghadiri kelas Dr. Nasir.
Berpuas hati dengan penampilannya, segera dia melangkah keluar dari bilik sewa. Sengaja dia memilih untuk menyewa di luar berbanding berebut tempat dalam asrama. Dia tak suka terikat dengan undang-undang asrama.
Setiba di rumah pengantin, kakinya terus dihala ke bilik persalinan. Saat pintu dibuka, wajah Putri yang masih basah rambutnya menyapa matanya.
"Saya tak lambat, kan?" soal Aireen berseloroh, meminta kepastian apabila terpandang wajah jurusolek yang sudah bersedia untuk menconteng muka pengantin.
"Tak..."
"Nikah you pakai tudung?" tanya Aireen. Memandangkan pengantin memang asalnya free hair, ada baiknya dia bertanya jika gadis itu perlukan bantuan menggosok tudung.
"Pakai. I nikah dekat masjid. Nanti sanding pun I pakai. Sebab photographer tak mahu ambil gambar pengantin free hair. Tapi I okay je lah dengan syarat tu. Kot satu hari nanti I terbuka hati nak pakai tudung, kan? So gambar kahwin I tak payah delete dari media sosial," jelas Putri ramah.
"So, tudung nikah dah gosok?"
"Dah."
Aireen mengangguk. Jam baru menunjukkan angka enam pagi. Dia meminta izin untuk bersolat dahulu sebelum keluar dari bilik dan mendapatkan makanan buat pengantin mengalas perut. Dia tahu, sekejap lagi memang tiada masa untuk pengantin menjamah apa-apa.
Sambil memerhati pengantin disolek, sesuap demi sesuap spageti carbonara Aireen sua ke mulut Putri dengan hati-hati. Habis semangkuk, botol air mineral dicapai, sempat dia menyeluk beg Doraemon-nya untuk mencari straw, sebelum disua kepada Putri.
Setelah memastikan pengantin kenyang, dia membawa mangkuk yang sudah kosong keluar dari bilik.
Lima belas minit kemudian, Aireen kembali. Jika tadi hanya dia dan jurusolek, kini bilik itu sudah diisi oleh jurugambar dan hijab stylist. Sejenak, matanya memincing nipis saat wajah seorang jurugambar lelaki yang sedang menangkap momen pengantin mencapai retina matanya.
Senior di fakulti. Lelaki yang sama menjadi jurugambar semasa minggu orientasinya setahun yang lalu.
Dalam kepala yang sudah tak mampu fokus dek kehadiran lelaki itu, tangannya masih lincah membantu memenuhi permintaan Putri. Rasa ingin meminta kepastian seakan membuak. tapi ditahan, tak nak nampak mengada-ngada.
MENJADI bride assistant, bermaksud dia perlu sentiasa berada dekat dengan pengantin perempuan, supaya mudah dia memerhati dan segera memberi bantuan tanpa diminta. Tak hanya ketika di pelaminan, kerjanya juga mengekori pengantin sehingga sesi bergambar di luar.
bukan hanya untuk konten media sosial sendiri, malah momen yang dia sengaja rakam dari POV lain turut disimpan buat tatapan pengantin.
"Cantik awak cari angle. Tapi cuba pusingkan kamera ke bawah. gambar yang awak dapat mesti lagi cantik."
Tegur satu suara dari belakang saat sekeping gambar Putri ditangkap secara candid, membuat Aireen segera menoleh.
Wajah lelaki yang buat harinya rasa macam tak berjalan dengan baik. Tanpa bantahan, Aireen akur. Betul, macam yang dikata. Saat kamera telefon diturunkan ke bawah, sisi yang dapat ditangkap lebih cantik dan estetik.
"Family members ke?" soal lelaki itu lagi.
Segera Aireen menggeleng. "Saya bride assistant."
Meski tak mahu mengerling, matanya seakan derhaka. tetap melirik wajah manis lelaki tampan, tinggi dengan penampilan kemas dan tegap di sebelahnya. Bukan dia yang mulakan, tapi dia pula yang gelabah lebih. Dasar tak malu!
"Kisahnya... Patutlah. Dah lama buat servis ni?"
"Tak pun. Baru enam bulan." Dia senyum kecil. Saja cari duit tepi, memandangkan hujung minggu saja masa yang dia ada. Tepatnya, dia tak mahu ganggu hari kelas dengan kerja part-time. Ada juga beberapa perniagaan kecil yang dia buat demi tampung pengajian dan hidupnya serba sedikit.
Dia tak mahu kaya, cuma mahu selesa. Dan definisi selesa bagi dia bukan senang lenang. cuma tak berkira untuk bayar komitmen bulanan dan tak berkira-kira beli makanan. Itu pun dah cukup.
Perbualan mereka terhenti apabila lelaki itu tak lagi bersuara, sekadar memerhati team videographer-nya buat kerja.
"Awak alumni UTM ke?" soal Aireen tiba-tiba. Anak mata mereka bertaut bila lelaki itu menoleh dan menikam terus ke dalam matanya. Laju Aireen larikan pandangan.
"Haah." Walau ragu, lelaki itu tetap menjawab.
Bagai jelas persoalan yang dari tadi bermain dalam mindanya, Aireen tersenyum. Rasa gugup berganti rasa teruja.
"Asyraf Izzuddin, right? Fakulti Sains Komputer?" mana mungkin tak kenal. ex-crush kut!
Lelaki itu memincing mata nipis. Wajah Aireen dipandang dengan tatapan curiga.
"ahaaa.. kita kenal ke?"
Aireen melepaskan tawa kecil. "Saya je yang kenal. Awak tak kenal saya."
Sejenak Asyraf turut tergelak kecil.
"ahh~ faham. Alumni UTM juga ke?" Skema berul sebut alumni. tapi Aireen dah mulakan, jadi dia ikut saja rentak gadis itu.
"Belum. Tengah belajar lagi."
Asyraf mengerut dahi. "Macam mana boleh kenal? Saya rasa saya dah lama keluar."
"masa Awak last year, saya first year. lagipun masa tu awak photographer untuk orientasi batch saya, kan? Plus… saya tak tahu awak sedar atau tak, tapi awak famous dulu." satu kenyataan nakal yang sengaja Aireen bangkitkan, mengundang tawa kecil Asyraf.
"Famous lah sangat..." seloroh Asyraff membuat Aireen ikut tertawa. "So sekarang, awak sem 3 lah, kan?" tebak Asyraff, ikut kiraan dari tahun terakhirnya setahun lalu.
Aireen sekadar mengangguk.
"Awak tahu nama saya, nama awak pula, apa?"
"Aireen. Aireen Irdina."
"I see... so Aireen, tolong kejap betulkan veil Putri. Thank you."
Sebaik arahan itu diterima, Aireen hampir saja membenamkan muka ke dalam tasik buatan saking malu atas teguran yang tak patut ditegur. Sebab... itu tugas dia. Tugas yang tak perlu disuruh. terlebih lagi, arahan itu seakan menghalaunya dan mematikan perbualan itu dari terus berlarutan merepek.
Dengan wajah bersahaja, seolah tiada apa berlaku, Aireen mengorak langkah lalu membetulkan apa yang perlu dibetulkan pada pengantin, supaya gambar yang dihasilkan bertambah wow!
SEPULANG selepas seharian diluar, Aireen terus merebah tubuh ke tilam tanpa melucutkan tudung. mahu melepas lelah sejenak sebelum dia pergi membersihkan diri dan bersiap untuk tidur dan mulakan hari esoknya sebagai seorang pelajar.
sepuluh minit berbaring, tidak mahu hanyut sehingga tertidur... Aireen lantas bangun dan membawa kaki menuju ke rak tuala. belum sempat dia menyambung langkah ke bilik air, telefon bimbitnya yang masih didalam beg tangan berdering minta diangkat.
dibaca nama pemanggil, lantas dia menjawab sebaik sahaja nama Idara menyapa mata. satu-satunya adik yang dia miliki.
"kenapa, Dara?"
"kakak, boleh tolong tak?"
"Dara kenapa? okay tak?" soal Aireen bimbang.
"Dara segan nak cakap... tapi, Susu Neen dah habis. Mizi belum gaji. nak... pinjam sikit duit Kakak boleh? nak buat beli susu Neen."
"Dara nak pakai berapa? nanti Kakak transfer." langsung tidak rasa terganggu dengan permintaan adiknya. sudah biasa menjadi tunjang adiknya sejak kematian Ibu membuat Aireen rasa perkara itu seolah satu kebiasaan. mereka sudah tiada Ibu, secara tak langsung dia yang perlu menjadi Ibu sebelum masanya.
"Dara nak pakai sikit je. dalam 100. untuk beli susu je. terima kasih, Kakak. maaf, susahkan Kakak lagi."
"tak ada apalah, Dara. benda kecil je tu. Kakak baru balik kerja ni. kejap lagi Kakak transfer. ada apa-apa lagi tak cukup?" langsung tidak terasa susah. sementalah lagi, bapanya juga tidak berapa sihat sekarang ni, makin kuat dirasakan tanggungjawab itu perlu dia galas.
"Kakak nak mandi dulu. ke Dara nak terus pergi beli? susu Neen dah habis langsung ke?"
"nak sekarang. tapi kalau Kakak penat, tak apalah. nanti-nanti boleh. Neen tu kalau nak susu, nanti Dara pancing je lah pakai apa-apa, supaya dia tidur terus." luluh hatinya saat mendengar solusi yang perlu dibuat adiknya.
saat dia bersenang tanpa perlu berkira mahu makan apa... ada ahli keluarganya yang perlu bercatu.
"kenapa tak cakap dengan Kakak dari tadi? dah malam ni, nak cari mana susu?" soalnya lirih.
"ingatkan Mizi dah dapat gaji. rupanya boss dia tak masuk kerja. lepastu, ingatkan boleh je bagi Neen makan kenyang-kenyang... tapi dia tengah demam, semua benda dia tolak tak mau makan... Dara, malu nak susahkan Kakak lagi." nafas ditarik dalam.
"lain kali... kalau dah putus macam ni, cakap je dengan Kakak. Kakak dahulukan. sampai dah jadi macam ni. kan dah susah." pesan Aireen sayu.
entah kenapa, sedih rasa hatinya.
"tak apalah, Kak. bukan baru sekali jadi. selalu Neen okay je putus susu dua tiga hari. cuma malam ni je, dia merengek sebab tak nak makan apa." ujar Idara dihujung talian. nada suaranya, seakan langsung tidak terkesan dengan kesusahan yang perlu dia hadapi bersama anaknya
"Dara dah tak perlukan Kakak ke?"
"bukan Tak perlukan Kakak. tapi Dara tak nak selalu susahkan Kakak. dah banyak dah Kakak bantu Dara. Mizi pun marah, Dara asyik minta tolong Kakak. cuma malam ni, Dara dah tak ada pilihan..." sebak suara Dara membuat hati Aireen ngilu.
satu keluhan terlepas.
"tak apalah. kakak nak mandi ni, esok Kakak ada kelas. Kakak transfer kejap. nanti terus beli Susu Neen. kalau tak ada jumpa, Dara carilah fresh milk bagi dekat Neen sementara nak beli susu formula esok."
"terima kasih, Kakak. minta maaf, Dara susahkan Kakak." Aireen tersenyum kelat.
"Dara tak pernah susahkan, Kakak. Dara Adik Kakak. sampai bila-bilapun, Dara Ada Kakak. selagi mana Kakak ada kudrat, jangan malu cari Kakak. kakak letak dulu. assalamualaikum."
tidak bertangguh, Aireen segera membuat pemindahan wang. sengaja dia memberi lebih dari permintaan adiknya itu. yang dia tahu, hanya susu. yang dia tak tahu? barangkali lebih dari itu keperluan keluarga adiknya tidak mencukupi.
selesai memindahkan beberapa amaun ke akaun bank adiknya, telefon diletak di meja solek lalu membawa kaki menuju ke bilik air dengan hati yang masih ngilu. kepala masih tidak dapat berhenti berfikir tentang adiknya yang jauh dinegeri orang mengikut suaminya.
Share this novel