PROLOG

Fantasy Series 2610

"KAMI MINTA maaf, kami dah cuba semampunya, tetapi tuhan lebih sayangkan ibu Puan." maklum doktor wanita berbangsa india itu sebelum berlalu pergi.

Aireen hanya mampu mengangguk tanpa sepatah bicara. tidak hanya suara, malah tiada setitik air mata pun yang mampu dia tumpahkan.

dia melabuh punggung kepermukaan kerusi. Puan Kamariah yang terbaring kaku dengan segala wayar yang masih berselirat di tubuh dia tatap kosong. melihat tenang wajah Puan Kamariah, sepertinya berita yang baru diterima tadi hanyalah mimpi ngeri tanpa lena.

sedang dia termenung, dua jururawat wanita mampir. tanpa diminta, Aireen sedikit menjauh. dari jarak tidak berapa jauh, dia memerhati dua wanita itu mencabut segala alatan yang bersambung pada tubuh satu persatu. entah kenapa, melihat setiap alat perubatan yang dicabut dari tubuh Puan kamariah, seakan merobek hatinya. terakhir, mereka menarik cadar, sebelum membungkus tubuh Puan Kamariah membuat Aireen benar-benar terduduk.

suasana kembali sepi setelah dua wanita itu berlalu pergi. sunyinya ruangan ini seakan turut berduka bersama Aireen. perlahan kaki menghampir sekujur tubuh yang sudah ditutup oleh selimut putih.

dibuka bahagian muka, wajah tenang Puan kamariah ditatap dalam. meski dada sudah tidak berombak, tetap tidak terasa seakan wanita itu telah pergi barusan tadi.

tidak pernah menyangka, diumur 23 tahun, dia perlu menghadap satu kehilangan besar. sesuatu yang tidak pernah dia sediakan hati untuk menerima. tetapi malam ini, di jam 10:18 malam dia terpaksa menerima suratan takdir ilahi. takdir yang sentiasa menjadi rahsia tuhan.

dikucup segenap wajah itu. lama. saat ini, satu persatu air matanya jatuh dan semakin deras. getaran tubuhnya membuat pegangan pada telefon tidak mampu dikawal. tidak mampu untuk menaip, nombor telefon Encik Faizul didail.

Ayah dan Idara belum dimaklumkan lagi. tetapi saat panggilan bersambut, dia tidak mampu unuk bersuara. hanya air mata dan esakan yang menjadi pengganti maklumat dengan harapan Encik Faizul mengerti.

"Kakak?" suara Encik Faizul tidak menenangkan, malah... suara itu membuat tangisnya semakin menjadi-jadi.

"Kakak, Ibu kenapa?"

"Ibu..." Aireen berjeda, tangis ditelan. "ibu..."

"Irdina..."

"Ibu dah tak ada..." bersama berita yang meluncur, esakannya turut lolos dari bibir. Encik Faizul di hujung talian membisu. lama. hanya hembusan nafas menandakan lelaki itu masih ada disana.

"innalillah. Kakak tunggu situ. kejap lagi Ayah sampai." ketenangan Encik Faizul menambah lagi hiba Aireen. tangisannya berlagu sayu.

"kakak tak bagitahu Dara lagi."

"yelah. nanti Ayah bagitahu. Kakak tunggu situ. baca Yasin untuk Ibu dulu." tenang suaranya memujuk si Anak supaya tidak lupa menyedekah jantung alquran itu pada sang isteri yang baru dipanggil ilahi.

mematikan talian, Aireen akur. dalam esak tangis, sambil menunggu kedatangan Ayah dan Adiknya, buku kecil dibuka. satu persatu huruf pada surah itu dibaca. perlahan.

ditemani air mata, dia meneruskan bacaannya. sesekali, air mata yang laju mengalir dia kesat kasar. sejenak, tangisannya mula tenang. menutup buku kecil itu, Aireen merapati Ibunya. kain putih yang menutup wajah Puan Kamariah dia selak. dikucup wajah Ibunya bersama air mata yang kembali merembes.

ibu jari mengelus lembut pipi ibunya. "Kakak sedih. tapi Kakak cuba reda. Ibu dah tak sakit. Ibu dah boleh rehat. Kakak sayang Ibu, tapi Allah lebih sayangkan Ibu."

"Kakak..." segera Aireen menutup semula wajah ibunya sebelum menoleh saat satu suara memanggilnya. Idara.

tanpa suara, tubuh adiknya dipeluk erat. air mata ditahan kuat. dalam erti lebih tepat, dia mahu terlihat tabah depan adiknya tanpa gadis ini tahu bagaimana rapuhnya dalamannya saat ini.

tetapi, sekuat manapun dia cuba berdiri... ada seseorang yang terpaksa berdiri teguh meski dia yang paling hancur. belakang tubuh Encik Faizul dipandang dalam. dalam tenang lelaki itu, dia membuka kain yang menutup wajah isterinya.

setiap lekuk pada wajah itu, disentuh lembut. diusap pipi yang sudah tinggal kulit meski dahulunya gebu. tidak terasa sudah 24 tahun bersama, dan tidak pernah menyangka dia yang akan ditinggalkan dahulu.

"awak tak nak Abang tinggal awak, tapi awak yang tinggal Abang dulu." bisiknya perlahan. dikucup ke segenap wajah itu.

"doktor cakap, nanti ada orang ambil Ibu pergi bilik mayat." ujar Aireen membuat Encik Faizul kembali berpaling menghadap dua anak gadisnya.

"ayah dah telefon qariah taman untuk urus jenazah. dah sampai tu. kejap lagi dia nak ambil jenazah." Aireen mengangguk.

"ni kakak, kemaslah dulu barang-barang ni. hantar masuk bonet dulu. nanti masuk sekali, tolong mandikan Ibu. kita selesaikan dekat sini je. nanti balik, terus solatkan je. solatpun, kita solatkan dekat rumah je." sambung Encik Faizul lagi. akur pada arahan, Aireen segera mengemas barang yang disimpan dalam laci hospital buat kegunaan ibunya. sekali lagi, air mata ditelan.

SEGALA urusan seakan dimudahkan, apabila jam dua pagi jenazah sudah tiba dirumah dalam keadaan sudah dibersihkan. hanya menunggu masuk subuh dan menunggu masa untuk dikebumikan.

masuk waktu subuh, Aireen lantas membersihkan diri... lalu segera menyambut seruan ilahi sebelum kembali mendapatkan Jenazah untuk menyambung kembali bacaan alqurannya.

"tak ada Sarapan ke Kakak? ni orang ramai ni datang." soal satu suara entah milik siapa bertanya pada Aireen yang sedang duduk mengaji disisi Puan Kamariah. Idara yang turut berada disisi ikut menoleh.

tidak pasti siapa namanya, yang pasti keluarga jauh sebelah Ibu.

Seketika, anak mata mereka bertaut. Idara mengetap bibir, manakala Aireen sekadar menayang muka toya. tiada rasa mahu menjawab soalan itu.

"dah ada orang hantar makan kak. banyak tu. pergilah tengok kat dapur sana, nak makan apa." suara Bik Yati mematikan Idara yang nyaris membuat tindakan bodoh.

mujur Adik kedua Ibunya itu ada menjernihkan keadaan. jika dibiar mereka mengawal situasi itu, barangkali ada pula yang bergaduh tak tentu hala depan jenazah. terlebih lagi, Idara pula sejenis manusia yang mudah beremosi.

dengan jelingan tajam, Aireen kembali berpaling lalu, menyambung semula bacaan yang diganggu. sekali lagi, bacaannya tergsnggu saat kehadiran Encik Faizul. kain yang menutup wajah sang isteri diselak.

sekali lagi, segenap wajah itu dikucup. kali ini lebih lama. jika malam tadi dia mampu bertahan untuk tidak menumpahkan air mata dihadapan dua anaknya. tetapi pagi ini, air mata mengalir laju. terlebih lagi saat menyedari, kurang sejam dia akan menghantar isterinya pulang ke rumah baru.

rumah abadi, rumah yang akan memisahkan dunia mereka. "awak rehatlah. pergilah dengan tenang. Abang halalkan semua. Abang reda awak dunia akhirat. abang reda. awak tak ada salah apa dengan Abang." bisikan itu turut didengari oleh Idara dan Aireen membuat dua gadis itu kembali mengalirkan air mata.

"nak cium Ibu, cium dulu. nanti orang masjid dah nak sampai." pesan Encik Faizul sebaik dia mengangkat kepala. seincipun wajah dua anak gadisnya tidak dijeling. akur pada arahan, Aireen lantas merapatkan wajahnya diikuti Idara.

tepat jam lapan pagi, orang masjid tiba. sedikit tahlil ringkas dibuat sebelum solat jenazah dimulakan. saat melihat kumpulan masjid itu tiba, sepertinya ada satu rasa memberat dalam hati. dan perasaan itu semakin kuat apabila mereka selesai solat jenazah.

bertemankan air mata, Mereka dua beradik memerhati sekumpulan lelaki mengangkat dan mengiringi Jenazah Ibunya menuju ke van, seterusnya ke kubur.

atas permintaan Encik Faizul, tiada seorang wanitapun yang diizinkan untuk mengiringi jenazah Puan Kamariah. tak mahu lelaki dan perempuan bersesak di kubur.

sehingga van jenazah hilang dari pandangan, air mata sudah tiada. hanya perasaan pilu yang semakin menghimpit.

menjelang malam, hanya tinggal mereka tiga beranak dirumah. Idara sudah dibawa lena dek terlalu letih seharian tidak tidur ditambah lagi dengan letih bekerja semalam. Encik Faizul masih disurau. belum pulang sejak maghrib tadi.

hanya Aireen seorang diri terkebil-kebil diruang tamu sambil memerhati kesunyian rumah. kini, dia merasai kesunyian hakiki. kesunyian yang sering dimomokkan. jika ketiadaan ibu untuk beberapa hari kerana berulang alik ke hospital saja sudah terasa kosong. bagaimana dia mahu menempuh hari-hari mendatang tanpa kehadiran ibu lagi?

tadi, dia mampu meluah rasa sedih dengan air mata. kini, rasa rindu yang menyesakkan tak mampu dihambur lagi. terlalu sakit, sehingga tiada lagi air mata yang mahu dia alirkan.

bangun dari duduk, Aireen menapak menuju ke dapur. sekali lagi, rasa sepi itu menerpa. dihela nafas berat. satu persatu langkah kaki diatur. sejenak, langkahannya mati saat mata terlihat satu plastik kecil disudut dapur. dicapai plastik itu, serta merta degupan jantungnya bagai dipalu gendang.

tomyam campur!

segera mendapatkan Idara, lengan Idara ditepuk kuat.

"Dara, tomyam?" dalam mamai Idara mengangguk.

"ibu tak sempat makan pun, Dara balik-balik ibu dah terlantar." jelas Idara perlahan.

bahu Aireen jatuh. saat ini, tanpa perlu dia paksakan lagi... air matanya kembali merembes. terbit satu penyesalan yang tak mampu dia ulang semula.

sempena hari ini... saya tempek prolog. yang baca, terima kasih masih sudi mengulit karya saya. moga semua dimurahkan rezeki. selamat hari ibu buat para ibu... jadi ibu tiada hari cuti, semoga para ibu semakin kuat dihari2 mendatang... salam sayang: Aien jolpah.. *muah pat kali*

Share this novel

Murni Yanti
2025-05-15 22:32:43 

setelah sekian lama x buka tingkap oren ni, buka² terus terjah aien dulu sbb lama dah x terinspirasi dgn celoteh² aien .. terima kasih hadirkan baby baru .. Baru baca prolog je pon dah sedih .. harap² next² chapter, ada senyum sampai telinga lah .. Congrets Aien .. ?


NovelPlus Premium

The best ads free experience