Episod 12 - Alia Elvina

Drama Series 48661

RUMAH PAKLANG, 11 MALAM
- - - - - - - - - - - - - - - -

“Abang! Mengelamun apa tu? Fikir awek eh…”

“Ish… takde ah. Buat la homework tu…” suruh aku kepada Aqiem yang tak senang duduk buat kerja sekolahnya. Budak ni kalau dah duduk rumah sepupu dia, mesti terkinja-kinja nak main kat luar.

Best katanya… ada yang sebaya dengan dia. Boleh main Nintendo Switch sekali dekat ruang tamu tu. Tapi selagi dia tak siap homework, memang aku tak kasi keluar bilik. Lagipun dah malam, memang taklah aku bagi. Emak pun dah tidur kat sebelah aku…

*KNOCK! KNOCK!*

Aqiem terus mencapai tombol pintu lalu dibukanya sedikit untuk melihat siapa yang mengetuk. Sepupu aku, Faris mengajak Aqiem main henfon dekat luar.

“Ni kenapa tak tidur lagi ni Aris?” soal aku.

“Nak main dengan abang Aqiem…” Faris bermuka monyok. Dah agak dah…

“Kejap lagi boleh? Homework abang tak siap lagi…” kata Aqiem kepada Faris yang sedang bermuram.

“Alah, homework bukan penting pun.” kata Faris sambil tangannya menggodek-godek henfonnya.

Eh eh eh, sesedap mulut je budak Faris ni kata homework tak penting. Mentang-mentanglah baru umur enam tahun… boleh dia kata tak penting?

“Habis kerja… baru boleh keluar!” tegas aku.

“Tengok tu… abang kita dah marah. Nanti lah tau. Nanti kita datang.” kata Aqiem memujuk Faris.

Faris masih berdiri di depan pintu, lalu bermain dengan telefonnya. Ish, degil budak Faris ni.

Klik! Klik!

“Hehe…” Kedengaran Faris ketawa mengekek.

Mesti tengah ambik gambar aku yang hensem lah tu. Susah lah ramai peminat macam ni… aishh.

Aku memandang Aqiem yang sedang buat kerja sekolah. Kesian pulak aku tengok Aqiem menulis di atas lantai. Biasanya dia tulis atas meja. Terpaksa duduk rumah orang, macam ni lah gayanya.

Lantai pun bersimen. Bukan lantai jenis mozek tu. Paklang ni nampak je kaya. Tapi bilik tetamu macam bilik banduan. Kipas pun macam nak tercabut.

KREKKK! KREKKK!

Bunyi kipas siling tu macam nak jatuh ke bawah. Silap haribulan boleh jatuh hempap kitorang ni. Dekat penjuru dinding, boleh nampak sawang-sawang dan sarang labah-labah. Eee tolonglah sapu sikit bilik ni.

Aku rasa macam duduk dalam stor. Stor pun tak macam ni tau tak? Bau pun hapak, bau simen menusuk ke dalam hidung aku. Blerghhh!

Nasib baik takde bau hancing. Emak pula main kata okey jer dekat paklang tadi. Aku tengok ada lagi bilik lain yang kosong, dia bagi juga bilik ni untuk kami.

Aku pandang semula ke arah Faris.

Eh dah hilang? Mana dia? Hah, biarkan… nanti kalau ada dia, tak senang duduk si Aqiem tu nanti.

*KNOCK! KNOCK!*

Ish ada balik… aku mendongak ke arah Faris.

“Abang Aqiem dengan Abang Ariq nak gula-gula?”

“Nak nak!” Aqiem laju je kata nak. Lalu cuba mengambil gula-gula warna merah dari tangan Faris.

Namun Faris menarik semula gula-gula warna merah itu. “Ni tak boleh, ni untuk abang Ariq… abang Aqiem punya warna hijau.”

Aku menerima dari tangannya gula-gula warna merah. Gula-gula hijau ditelan oleh si Aqiem. Sedap juga, rasa macam asam jawa. Tapi macam pahit sikit.

Faris berlari keluar kembali. Eh dia ni, tak penat ke? Hyperactive lah pulak malam ni…

Tiba-tiba aku menguap besar. Dah kenapa mengantuk gila pulak ni? Haa sudah. Ni mesti banyak makan nasi tadi dekat rumah Hasya.

Selepas itu, dia datang lagi ke dalam bilik kami.

“Abang Ariq, tadi kakak panggil…” kata Faris tiba-tiba.

“Hah, kenapa dia panggil?”

“Tak tau… dia kata nak jumpa.”

Aku merengus, kenapa lah pulak minah ni panggil? Kacau daun betullah. Aku yang sedang baring berselimut itu, mula bangun dari atas tilam.

Henfon aku biarkan di atas bantal. Malas nak bawak. Aku keluar daripada bilik tersebut, meninggalkan Aqiem dan Faris. Lalu berjalan menuju tingkat atas. Yang lain aku tengok dah tidur, kenapa bilik Alia masih terang lampunya?

Sampai di depan pintu bilik Alia, aku rasa terpegun seketika. Kenapa aku rasa macam tak sedap hati?

“Itu perangkap. Jangan pergi.”

Kata-kata Pakcik Mail menerjah ke halwa telinga aku. Aku menggeleng membiarkan lamunan itu pergi.

Insya Allah nothing will happen…

Pintu tersebut aku ketuk dengan perlahan. Risau kalau orang di dalamnya dah tidur.

“Ariq ke tu…?”

“Iya, ni Ariq…”

“Masuklah…” katanya dengan lembut.

Masuklah?? Macam tu je?

Lalu aku pun membuka pintu. Mula-mula aku terpaut pada wajah Alia, kemudian aku perasan paklang juga ada di sebelahnya.

“Masuk Ariq…” jemput paklang.

“Kenapa nak jumpa Ariq?”

“Abah boleh duduk luar kejap?”

Eh… mana boleh! Getus hati aku.

“Okey,”

What?? Kenapa dengan paklang ni? Nak biar aku sorang dengan minah ni ke? Aku mula tak keruan.

“Abah biarkan pintu ni terbukak ya…”

Pintu terbukak pun… takkanlah nak tinggalkan aku sorang dengan perempuan ni? Mana boleh!

“Mana boleh dua orang perempuan dan lelaki duduk berduaan dalam tempat sunyi.”

Kata-kata Hasya pula terngiang dalam telinga aku.

“Ariq… mana Ariq?” Alia terkapai-kapai mencari aku di mana.

“Ariq dekat sini… dekat sebelah.”

Menyampah pulak aku tengok muka dia ni. Macam pura-pura buta je aku tengok. Meh sini aku korek mata engkau tu… nak check betul ke tidak.

Alia tersenyum, kemudian dia menundukkan wajahnya. Tiba-tiba sahaja riak mukanya berubah muram.

Ni apa pulak ni? Nak menangis?

“Kakak sebenarnya nak sembang dengan Ariq je… selama ni kita dah lama tak berbual kan? Dulu masa kecik, selalu je kita main sama. Tapi sekarang dah tak macam dulu.”

Memang lah tak macam dulu. Engkau dah macam burung Flamingo. Tergedik-gedik dengan apa yang engkau ada. Kalau bukan Flamingo, burung merak. Angkuh dan sombong! Ughhh geram aku tengok dia ni.

“Maybe sebelum ni kakak banyak abaikan Ariq dengan cousin lain… tapi sekarang kakak dah insaf.”

Dah terlambat. Kau dah banyak buat tak peduli dekat sepupu-sepupu kau. Diorang pun dah tak kisah pasal kau sekarang. Hahahah…

“Ariq ingat tak lagi, masa kita main atas bukit tu? Dengan sepupu yang lain jugak? Ramai-ramai lompat daripada bukit? Seronok kan masa tu?”

Aku hanya tersenyum. Tak tahu nak cakap apa, awkward betul dah ni. Sepanjang masa aku di bilik Alia, aku hanya mendengar apa yang dia cakap. Tak ada waktu yang dia berikan aku untuk bercakap.

Aku menggaru kepala, bila nak habis ni…

Kenapa si Alia masih boleh rasa segar di waktu ini? Dah nak dekat pukul satu pagi dah kut… bila lah dia nak lepaskan aku ni? Ya Allah tolonglah aku…

X X X

“Ariq… Ariq…?” Satu suara lembut memanggil aku.

“Hasya…?”

“Ariq, bangun…!”

Aku bangkit dari pembaringan aku. Lalu melihat keadaan sekeliling. Namun semuanya adalah kabus semata. Ya Allah, dekat mana aku sekarang ni?

Aku pandang ke sana dan ke mari. Tapi kelibat Hasya langsung aku tak nampak. Mana dia?

“Ariq, jangan tertipu Ariq! Bangun!”

“Hasya!!! You dekat mana?!”

Kemudian, suasana menjadi sunyi sekejap. Aku dapat dengar beberapa suara dari luar kabus sana. Tak jelas, tapi rasanya ada dua orang sedang bercakap-cakap sesama mereka. Satu suara yang lembut, dan satu lagi suara yang garau…

“BANGUN ARIQ!!!!”

Hasya menjerit lagi. Macam mana aku nak bangun? Aku dah memang sedia bangun kan ni? Kabus ni yang menghalang penglihatan aku…

“Kadang-kadang kita kena terus berjalan, Ariq. Walaupun kita tak tahu mana satu tempat kita akan tuju, sekurang-kurangnya kita berjalan. Tak duduk di tempat yang sama. Ingat pesan tok wan ya…”

Kata-kata tok wan terngiang di telinga aku. Lalu aku pun berjalan, berlari, dan memecut. Sampailah aku nampak cahaya di hujung sana.

Mungkin… mungkin itulah cahaya yang aku cari-cari selama ini. Aku merempuhnya dan bersatu dengan cahaya tersebut, lalu…

X X X

Aku terbangun dengan tercungap-cungap. Tubuh badan aku lencun dengan air peluh. Ya Allah, apa dah jadi ni? Macam mana aku boleh ada dekat sini?

Aku terbangun di bilik ‘stor’ di bawah. Aqiem pula berada di sebelah kanan aku. Emak ada di kiri aku.

Aku bangun dan keluar daripada bilik tersebut, lalu melihat ke tingkat atas. Bilik Alia sudah pun gelap gelita. Dah pukul berapa sekarang ni?

Aku lihat jam yang berdetik di ruang tamu sana.

Pukul… 12 malam? Hah, kenapa jadi macam ni?

Bukan ke tadi dah hampir dengan pukul satu pagi?

Aku ingat lagi, masa aku duduk sebelah Alia. Aku bercakap dengan dia… pastu aku macam terlelap dan terbangun semula dikelilingi dengan kabus.

Aku kembali ke tempat tidur aku di dalam bilik ‘stor’ tersebut. Aku lihat Aqiem sedang nyenyak tidur. Manakala aku masih lagi runsing dengan apa yang berlaku. Adakah semuanya mimpi belaka?

X X X

“Mana abah dapat drugs jenis tu?” soal Alia dengan berbisik kepada abahnya.

“Ada kawan abah introduce. Katanya drugs tu jenis yang kuat punya. Tengok la kesan dia tadi… kalau dia tak bangun tu, maybe lagi kuat kesan dia.” kata abahnya.

Mereka berdua sekarang berada di dalam bilik yang gelap. Lebih tepat lagi bilik Alia. Di situ mereka berbincang tentang apa yang mereka lakukan pada Ariq tadi.

Coklat berwarna merah diberikan kepada Ariq melalui Faris. Di dalam coklat itu, terkandung sejenis dadah yang membuatkan seseorang itu berhalusinasi.

“Yee, kakak nampak tadi dalam bilik dia… Ariq macam meracau. Mata terbukak luas. Tak tentu arah macam tu. Tapi tak bahaya ke?”

“Habis tu, kakak nak guna cara apa lagi? Kata nak bagi dia naik gila je? Lepas tu mesti opah takkan pilih dia jadi pewaris rumah tu, sebab dia dah GILA…” Abahnya sengaja menekankan perkataan ‘gila’ tersebut.

“Abah ni kan… tak sayang dekat anak buah abah sendiri ke?” soal Alia menjeling ke arah abahnya.

“Eleh… bukan anak buah betul pun…”

“Opah tetap akan pilih Ariq lah, abah…”

“Kenapa pulak?”

“Sebab Ariq tu SPECIAL bagi dia…”

“Walaupun dia jadi gila?”

“Yup. No matter how… he will choose HIM.”

“So apa plan kita sekarang ni?”

“Tukar plan. Jangan rampas rumah tu daripada Ariq. Rampas Ariq daripada opah.”

“Hah? Macam mana?”

“Kahwinkan kakak dengan dia…”

Alia tersenyum. Membuatkan abahnya terpana seketika. Tak tahu nak percaya atau tidak dengan kata-katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience