Kuala Lumpur...
SEPASANG latar dengan renungan dingin sedang memandu laju, menenangkan hati yang tengah marah.
marah. marah dan teramat marah. benci bila teringat kembali.
"kenapa kau ni bodoh sangat? kau kena ingat, kau tu orang bawahan aku. boleh ikut suka hati kau. kau kena dapat kebenaran daripada aku dulu. kau ingat kau popular, malulah besar kepala. jangan ingat kau tu bagus sangat! berlagak saja lebih."
kata-kata itu terngiang-ngiang dalam benaknya. kata-kata itu juga telah menghancurkan kerjayanya. Dak tidak tahan dengan makian yang bertubi-tubi, Nadzmir dalam mengayun penumbuknya. lebam muka bosnya.
semua bermula apabila Nadzmir telah mengganggu operasi polis mencari seorang kanak-kanak yang diculik. Nadzmir telah menemui tempat kanak-kanak itu disembunyikan dan menyelamatkannya tanpa pengetahuan pihak polis. Disebabkan itu, Nadzmir ditahan dan diberi amaran supaya jangan mencampuri urusan polis kaki.
6 bulan selepas itu...
HIDUP Nadzmir tidak tentu arah selepas dibuang kerja ingatkan malang di situ saja, tetapi tidak. Bosnya seorang pendendam. tak padan dengan lembut. Nama Nadzmir telah disenarai hitam. dia tidak dibenarkan bekerja di mana-mana stesen TV, syarikat penerbitan akhbar, majalah atau media sosial.
Nadzmir sedang tidur di ruang tamu yang berselerak setelah semalaman bermain PlayStation. rumahnya kotor kerana sudah agak lama tidak dibersihkan. busuk sungguh baunya.
"Ting tong!"bunyi lonceng pintu rumah.
"Ting tong!Ting tong!"berbunyi lagi dan lagi. semakin bingit.
"siapalah yang buat bising ni!" Nadzmir menjerit marah. lenanya terganggu.
"Arghhh!Malasnya bangun.kacau betullah."Nadzmir duduk berteleku dengan mata tertutup. rambutnya berserabai. muka comot dan terbau masam.
"Kejap!"Nadzmir menjerit.
pintu dibuka. kelopak matanya dikecilkan dek tidak tahan dengan Sinar cahaya.
"siapa kau? kenapa datang kacau aku pagi-pagi ni?"
"pagi! pagi kau kata? Dah jam 5.00 petang ni!"
tetamu yang datang menengking. tidak semena-mena dia masuk ke dalam rumah.Nadzmir ditolak ke tepi.
Nadzmir terkelu.
"kau wartawan, kan?"
si tetamu bertanya tanpa memandang wajah Nadzmir. dia melihat ruang tamu yang berselerak. katanya hendak melangkah, tapi terpaksa diselak sampah sarap yang berterabur atas lantai. tin pepsi di sepakannya perlahan.
"kau wartawan jenayah yang popular tu, kan?"si tetamu bertanya lagi. kali ini memandang tepat ke wajah Nadzmir.
Nadzmir terperanjat. orang ni kenal aku ke? Nadzmir berasa tidak sedap hati.
"Nama kau Nadzmir Muin. wartawan jenayah dari stesen TV nombor satu Malaysia. kau nak kerja dengan aku ?"
"Huhu?"Nadzmir kaget. macam mana dia tahu nama aku.
"berapa upah kau nak? bagitahu aje..."
"Huhu?"Nadzmir terkelu lagi. bersinar mata. jarang sekali mendengar tawaran begitu. bagai bulan jatuh ke riba.
"Errr...Errr."Nadzmir jadi gagap. tidak tahu hendak kata apa. perasaannya bercampur baur. hairan dan terkejut.
"Maafkan saya, maafkan saya."cepat-cepat Nadzmir membetulkan rambutnya yang berserabai. membuang tahi mata kering yang melekat di celah mata.
"Kau ni siapa?"
"Aku nak kau tolong aku. tolong aku cari seseorang."
"Huh?"Nadzmir terkejut.
"Siapa aku tidak penting. soalnya sekarang, kau mahu atau tidak kerja dengan aku?"
Membuntang mata Nadzmir. dia dapat rasakan lelaki itu tidak main-main. nada pertanyaannya sangat serius. raut wajahnya pun serius.
"Tapi,kerja apa?Cari siapa?"
"Aku nak kau menyiasat kes.Kes X-fail."
Membuntang lagi mata Nadzmir.
"Aku nak kau jadi penyiasat persendirian. aku tahu kau boleh. aku tahu pasal kau. hanya kau seorang boleh bantu aku."
"Errr..."Nadzmir tidak berani bagi jawapan.
"Bagi saya fikir dulu,"ujar Nadzmir.
"Baiklah, aku faham,"ujar lelaki itu dengan mengeluh.
"Kes apa yang kau mahu aku siasat.Kes pasal apa sebenarnya?"
Lelaki itu memandang tepat ke arah Nadzmir. merenung sejenak sebelum menjawab.
"Aku nak kau siasat kenapa anak aku disihir menjadi orang minyak. kes ni berlaku di Kelantan, enam bulan yang lepas."
Share this novel