Rate

Bab 3

Mystery & Detective Series 1491

KUALA LUMPUR...

SEBUAH kereta memasuki halaman depan rumah yang di pandu inspektor Hisham. serentak itu juga isterinya meluruh ke muka pintu yang terbuka luas. dia mahu berkata sesuatu kepada suaminya yang sudah pun mematikan enjin kereta.

"Bang..."si isteri bersuara perlahan. wajah teruja. macam orang gembira sangat-sangat.

"Bang, cepat lah."

"Apanya?"rungut inspektor Hisham dek rimas dengan sikap tidak senonoh si isteri yang tiba-tiba menggedik semacam.

"Cepat lah. ada orang datang rumah ni."

"Siapa?"inspektor Hisham bertanya sebaik keluar dari perut kereta.

Si isteri tidak menjawab.dia menghampiri inspektor Hisham dan berbisik.

"Huh!"inspektor Hisham terperanjat.

"Betul,bang.dia ada dalam rumah kita sekarang."

"Biar betul?"

"Betul,bang.kenapa pula saya nak tipu?saya kenal dia.saya ingat rupa dia,"rungut si isteri.

Inspektor Hisham cepat -cepat masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum..."laju dia memberi salam.

Serentak itu juga Nadzmir berpaling.salam dijawab dan dia bangkit daripada duduknya.

"Dah lama tunggu?"

"Tak lah,baru saja."

"Eh, duduklah, duduklah."inspektor Hisham cuba beramah mesra.menyembunyikan perasaan teruja bila berdepan seseorang yang dikagumi.

"Maaf lah, encik.sebab mengganggu datang malam malam macam ni."

"Tak lah,tak mengganggu pun.betul ke kamu datang nak jumpa aku?"

Bermacam-macam soalan bermain dalam fikiran inspektor Hisham.kenapa Nadzmir mahu menemuramah nya dengan tiba tiba?macam tak sangka.

"Ya,saya nak jumpa encik."

"Nak interviu aku? betul ke?"

"Ya, betul.saya nak bertanya beberapa soalan tentang kerjaya encik.boleh saya wawancara sekarang?"

"Eh, boleh boleh."makin teruja inspektor Hashim.

"Sebelum tu, Saya nak tanya, boleh?"

"Tanya apa?"Nadzmir tak sedap hati.

"Kau pengacara program realiti yang popular tu, kan? kat stesen TV nombor satu Malaysia. program bongkar kes jenayah dan isu semasa. kan?"

Nadzmir mengangguk perlahan. lega.

"Tapi, aku tak tahu apa-apa pun."

Sememangnya inspektor Hisham berasa hairan sejak tadi. bagaimana Nadzmir boleh datang ke rumahnya?

"Sebenarnya, saya ada hubungi encik. sehari suntuk saya call encik. tapi, panggilan tak terjawab. WhatsApp pun tak berbalas. sebab tulah saya datang ke rumah."jelas Nadzmir.

"Owh,ya ke? telefon bimbit aku tertinggal. aku tak bawa,"hujan inspektor Hisham.

"Petang tadi isteri encik yang jawab. isteri encik yang bagi tahu alamat rumah. terus saya datang. nasib baik senang jumpa. lagipun kerja ni saya kena siapkan segera. mesti dapatkan keterangan daripada encik hari ini juga."

"Baiklah, baiklah. interview pasal program popular tu,kan?"

"Ya, encik..."

"Tapi, program tu kan dah lama tak ada. sudah 6 bulan tak bersiaran."

"Interviu ni untuk musim baru. sebelum ni musim pertama. sudah berakhir enam bulan lalu. yang ni untuk musim kedua pula."

"Wah, makin berjaya program kau, ya. aku dan isteri selalu tengok rancangan kau ni. suka tengok cara kau selesaikan kes siasat yang tertunggak. panduan yang teraniaya kau bela. bagus apa yang kau buat. yang paling aku suka masa episod seorang anak kecil yang diculik. kau berjaya menjejak lokasi tempat penculikan tersembunyi. tanpa bantuan siapa-siapa. dari saat itu, aku kagum dengan kau. kau ada bakat yang sangat istimewa..."

Nadzmir tidak menduga apa yang didengarnya. ingatkan tiada berminat. rupanya ada.tapi, kenapa dia tidak dengki macam polis polis yang lain?

"Aku akan bantu kau. aku harap program kau akan lebih berjaya."

"Terima kasih, encik."Nadzmir berasa amat terharu.

"Boleh saya mulakan sekarang?"

"Boleh, boleh..."

Nadzmir pun menekan butang on pada perangkap video yang sudah lama terpacak di ruang tamu.

Inspektor Hisham memberitahu nama, umur dan pekerjaan. jawatan dan pangkat juga diberitahu. selepas itu Nadzmir pun bertanya...

"Betul tak encik pernah menyiasat kes orang minyak enam bulan lepas?"sungguh serius pertanyaan Nadzmir.

Inspektor Hisham terkejut. dari mana dan daripada siapa dia dengar pasal kes orang minyak? pelik, inikan kes X-fail.

"Errr..."inspektor Hisham tercakap sehingga tertelan liur. dia tidak tentu arah. tiba-tiba gelisah.

"Kalau pasal kes ni, aku tak boleh bantu kau. maafkan aku,"hujan inspektor Hisham berwajah panik.

"Huh?"Nadzmir terperanjat.

"Kenapa, encik?"

"Maaf, aku tak boleh bantu kau. baik kau keluar sekarang."

"Eh, kenapa ni encik? kita perlu mulakan apa-apa lagi. saya belum dapat apa-apa maklumat lagi."

Inspektor Hisham bingkas bangkit. wajahnya serius dengan tiba-tiba.

"Aku tak boleh cakap pasal kes orang minyak ni. ini rahasia. kalau aku cakap, aku akan dituduh pengkhianat. kau faham tak? ini rahsia!"jerat inspektor Hisham.

"Maksudnya, kes orang minyak ni wujud? begitu?"

Inspektor Hisham tergamam. terkunci terus mulutnya. dia telah termasuk ke dalam perangkap.

"Aku tak boleh jawab. baik kau keluar sekarang,"perintah inspektor Hisham.

"Baiklah, encik. saya minta maaf."Nadzmir pun mengemas dan memasukkan video beragam bersama tripod ke dalam beg galasnya.

"Tunggu!"inspektor Hisham mencari tiba-tiba.

"Kalau betul orang minyak wujud, apa kau nak buat?"

"Encik tahu cara saya. encik juga kenal siapa saya."Nadzmir puan keluar dari rumah itu.

tergamam inspektor Hisham. aku dan kumpulan penyiasat kes tidak dapat selesaikan kes orang minyak. bagaimana pula dia nak selesaikan kes ni? moga kau berjaya, Nadzmir. inspektor Hisham berkembang dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience