Rate

prolog

Mystery & Detective Series 1491

Kampung Kuala tiga, Kelantan...
USAI solat subuh, kedengaran suara tiga orang
perempuan sedang bercakap diselang-seli dengan gelak ketawa. Mereka berjalan ke kebun getah yang berada di belakang kampung.

Gelak ketawa telah melalaikan mereka. Tak sedar sepasang mata yang bengis sedang memerhati dari celah belukar tebal di sisi denai.
belum pun sempat hendak menyerang, kakinya terpijak ranting kayu dan patah.

"Pak!"

bunyi itu telah menarik perhatian mak cik berbadan gempal yang berada di bahu denai.

"bunyi apa tu?"laju dia bersuara dek terperanjat.

"aku nampak sesuatu lah."

makcik berbadan gempal menyuluh ke dalam belukar dengan lampu picit.

"kenapa senah?"makcik berbadan tinggi menyoal. dia pun menyalakan cahaya lampu picit ke dalam belukar juga.

"apa yang kau orang berdua cari ni?"mak cik yang berbadan pendek berasa resah. dia ikut sama memandang ke dalam belukar yang gelap.

"yalah, Senah. apa yang kau nampak? kau cari apa?"makcik yang tinggi berasa ingin tahu.

"aku macam nampak sesuatu."

wajah mak cik Senah kerut dek tidak senang hati dengan apa yang baru dilihatnya.

"nampak apanya, Senah?"makcik yang pendek menyoal lagi.

"tidak ada apa-apalah,"ujar mak cik Senah.

tidak mahu memanjangkan perkara yang tidak pasti. nanti ada pula gosip macam-macam yang akan dicanang, mak cik Senah kata dia berhalusinasi.

DI sebuah rumah yang tertutup pintu. penghuni rumah iaitu Pak da Wahad dan mak dah telah pergi ke kebun. mereka mempunyai seorang anak tunggal. Zila namanya yang sedang bercuti semester.

ketika jam menunjukkan pukul 10.00 pagi, Zila masih tidur. dia mahu tidur sepuas hati sepanjang cuti semester ini. bilangnya kepada ibu dan ayah, tidak mahu dikejut daripada lena.

ketika ini jugalah sepasang mata yang bengis masuk ke dalam bilik tidur Zila. bergerak perlahan seperti meniti di atas angin. matanya dipusatkan ke arah Zila sambil mendengus buah sebelum menerkam Zila. mulut sila ditutup dengan telapak tangan. ditekan sehingga terbalik biji matanya. hendak bernafas berasa sukar apatah lagi mahu menjerit meminta tolong.

Zila tewas sebelum sempat melawan. keasyikannya menikmati tidur yang telah menjerut nyawanya sendiri.

Tengah hari,pak Da Wahab dan Mak cik Da pulang ke rumah.Mak Da melangkah naik ke atas rumah dan terus ke bilik Zila. tidak lama kemudian dia menjerit.

Pak Da Wahab bergegas naik dan terkejut melihat mak Da yang kaku macam kena strok.

belum pun sempat melihat keadaan Mak Da yang sedang terbaring, mata Pak Da Wahab terbuntang menyebabkannya rebah terduduk sebaik ternampak keadaan Zila yang terkangkang kaku atas katil.

TRAGEDI yang menimpa Zila tidak berakhir di situ sahaja. keesokan harinya terjadi lagi kejadian yang sama. kali ini, anak dara Pok loh B pula yang kena.

laporan polis telah dibuat. rukun tetangga mula bertindak. pos pengawal dibina di setiap selekoh. kawasan gelap di pasang lampu. anak dara diminta tinggal di klinik desa pada waktu malam.

seminggu selepas itu, mangsa yang ketika telah diserang. berlaku pada anak pak mail rimau.

"aku keturunan tok janggut! aku kebal. keturunan aku dilindungi keris sakti. darah tok janggut mengalir dalam badan aku."

sungguh mendabik dada Pak mail rimau. keris sakti tidak lekang dari tangan nya. sentiasa bersiap sedia mahu menyerang.

pak mail rimau tidak membenarkan anak daranya yang paling di kasi tinggal di klinik desa walau dipujuk berulang kali. katanya"aku tak nak orang lain yang jaga anak aku. aku tak nak anak aku berpisah dengan aku. anak aku akan tidur depan aku. tak boleh jauh daripada pandangan mata aku."

bongkak sungguh Pak mail rimau dan akibatnya, anak gadisnya yang bongsu telah diserang di depan pam air limau yang tidur mati. tidak sedar anaknya diratah.

ketiga-tiga anak dara itu diperkosa dan di cekik sehingga mati. mereka bertiga adalah kawan baik. kematian mereka menjadi misteri. kenapa mereka bertiga yang kena? kenapa tidak anak dara lain? siapa yang menyerang mereka bertiga?

misteri kematian tiga anak dara yang bersahabat baik menimbulkan kegusaran penduduk kampung. mereka yang mempunyai anak dara berasa takut sehingga ada yang berpindah.

"MAK nak ke mana?"

suara serak basah menegur dari muka pintu sebaik sahaja subuh berlalu. seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun berdiri sambil menguap.

"MAK nak pergi menoreh ke?"tanyanya lagi apabila ternampak maknya mengenakan pakaian yang selalu dipakai untuk menoreh.

"Mak! bahaya, mak tak boleh pergi."

"kalau aku tak pergi menoreh, siapa nak bagi kau makan? mana nak dapat duit?"balas si Mak tanpa memandang wajah si anak. kasut getah DIY sarung kaki.

"Dah sebulan tak menoreh. kalau berterusan macam ni, boleh kebulur. kau nak mati sebab tak makan?"

Tapi,mak..."

"tak ada tapi-tapi lagi. Mak nak ke kebun. sarapan Mak dah sediakan. kejut adik kau. nanti lambat ke sekolah."

"baiklah..."

akibat terdesak, mak cik Senah hendak menoreh juga walaupun seorang diri. dua orang sahabatnya tidak mahu ikut serta kerana takut.

mak cik Senah berjalan dengan bertemankan cahaya lampu suluh di tangan. tidak lama kemudian dia menghampiri sebatang pokok durian tua yang besar yang terletak di bahu denai. jaraknya hanya dua langkah daripada makcik senah.

tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti dahan kayu dihentak benda berat dekat pokok durian tua itu. mak cik Senah berasa berdebar-debar. fikiran mengarahkannya supaya lari, tapi hatinya pula memujuk. pergilah tengok.

mak cik Senah memandang pokok durian tua itu sambil menelan liur. lampu suluh ditalakan ke kanan dan kiri. atas dan bawah. kemudian dia pegun di suatu tempat apabila ternampak tangan hitam yang melekit terjulur keluar. spontan mulutnya ternganga dan matanya terbeliak. tidak mahu lagi mendengar suara hati. mak cik Senah cabut lari.

"penghulu! penghulu!"kena terjerit kuat.

mujurlah dia terserempak dengan penghulu yang sedang membonceng motorsikal, baru pulang dari masjid.

penghulu menongkat kedua belah kakinya ke tanah, menahan motorsikal daripada bergerak.

"kau kenapa Senah? kenapa kau keluar menoreh seorang diri? kan aku dah cakap tak boleh keluar seorang-seorang!"membebel pula penghulu.

"orang... orang..."

"apa yang kau rumah makan ni senah? orang, orang. orang apa?"

"orang minyak! orang minyak!"

kita semua mati. tiada siapa dapat elak dari mati. nama aku Nadzmir bin Muin. aku telah mati. tapi aku hidup kembali. sejak itu aku didampingi. aku mendengar mereka. melihat mereka alam ghaib mendampingi aku. kerana itu aku menyiasat kes sihir orang minyak. kes perihal roh yang disihir dan dikurung di alam ghaib. tugas aku menyelamatkan roh itu dan menyelesaikan misteri sihir orang minyak. mencari pelakon yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu. aku menyiasat kes berkaitan alam gaib kerana ingin mengetahui kenapa aku mati tapi dihidupkan semula. kononnya, alam ghaib mahu aku hidup kerana ada sebabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience