Rate

Bab 2

Mystery & Detective Series 1491

Kuala Lumpur...

Tiga hari sudah berlalu sejak dia di datangi lelaki misteri yang tidak diketahui namanya. selama tiga hari itu juga, Nadzmir memikirkan sama ada mahu menerima atau tidak tawaran kerja sebagai penyiasat persendirian.

Pada masa yang sama, Nadzmir berasa hairan kenapa dia tidak tahu-menahu pasal kes orang minyak. kalau 6 bulan lepas, mestilah tahu. waktu itu dia masih lagi bergelar wartawan. kalau ada kes begini, mesti dilaporkan di akhbar dan stesen TV. tapi, kenapa tiada berita pasal orang minyak selama 6 bulan ni? tak dengar pun orang bercerita. pelik.

Nadzmir menghubungi beberapa orang kawan wartawan yang rapat dengannya. bertanyakan kes orang minyak di Kelantan. mereka semua memberi jawapan yang sama. tiada kes begitu dilaporkan. bertambah pelik.

Nadzmir membaca akhbar online 6 bulan yang lepas. sebelum ini dia membaca artikel daripada blogger yang menulis cerita mistik dan kes-kes jenayah. namun, tiada cerita pasal orang minyak. sudah tiga hari dia mencari. tiada satu berita pun pasal orang minyak di Kelantan.

Kes begini sukar hendak percaya. kalau ada pun, kes orang gila nak mencuri di malam hari.melumur minyak hitam di badan sebab tak nak bagi orang nampak dan susah hendak tangkap. sedang fikirkan nya berkecamuk, dia teringatkan sahabat lamanya. seorang pegawai polis.

NADZMIR sedang menanti Ezad dalam kereta Honda Civic warna merah kesayangannya. dia berada di seberang jalan menghadap balai polis, Kuala Lumpur. sudah lebih sejam dia menanti.

Tidak berapa lama kemudian,Ezad yang berpakaian sang Saka biru menghampiri dan terus ke tempat duduk di hadapan.

"Sorry,Naz. aku banyak kerja tadi. kena buat repot. semalam ada rush kat kelab judi haram."

"Tak apa."Nadzmir mengukir senyum. tidak kisah menunggu lama.

"sekali lagi aku minta maaf sebab tak boleh bagi kau masuk. kau fahamkan? pasal kes kau yang dulu. kalau ikutkan, aku dah tak boleh jumpa kau terus. kalau pihak atasan tahu, naya aku."

"Kau ni macam nak tak nak Aje jumpa aku."

"Mana ada!kau ni pun, janganlah marah." Ezad memujuk.

"Jom makan.kau belanja aku?lepas tu hantar aku balik rumah.okey?"ujarnya sambil tersenyum.

"Yalah..."Nadzmir buat muka orang merajuk.

"Lama kau menyepi. selama enam bulan ni kau buat apa? selalunya kalau kau nak jumpa aku, mesti ada sebab. kau siasat kes apa sekarang?"mulalah Ezad tanya bertanya.

"Kes apa kau siasat sekarang?"Ezad bertanya lagi.

Nadzmir tidak menjawab dek pemandu. dia buat-buat tidak dengar.

"Kau jangan siasat kes yang bukan-bukan nanti kena lagi."tidak henti - henti Ezad membebel.

"Taklah."pantas Nadzmir menjawab dek tidak mahu Ezad pertanian lagi.

"Aku bukannya nak sibuk pasal kerja kau. cuma nak ingatkan kau aje. kalau kau buat lagi macam dulu, nanti kena penjara. dulu kena warning je. nasib baik tak kena dakwa."Ezad masih berleter macam makcik bawang.

"Kau dengar tak apa aku cakap?"

"Yalah, yalah."

"Kau nak tanya aku pasal apa? tiba-tiba je muncul selepas menyepi lama."

"Kau ada dengar kes pelik-pelik tak?"

"Kes pelik? kes apa? tak ada pun."

"Enam bulan yang lepas, ada?"

"Enam bulan lepas? kes apa?"Ezad bertanya lagi.

"kau tak dengar apa-apa ke?"

"Cakaplah dulu kes apa. kau ni pun. buat aku lagi serabut."

"Orang minyak."

"Orang minyak?"Ezad terperanjat.

"Kau ni biar betul? orang minyak apa?"

"Kau tak dengar apa-apa ke pasal orang minyak? kalau macam tu, tak jadilah belanja kau makan."

"He, janganlah. aku lapar ni," rungut Ezad.

"kau dengar daripada siapa?"bersungguh Ezad bertanya, tapi Nadzmir tidak menjawab.

"kau kerja apa sekarang ni? sudah-sudahlah buat kerja pelik pelik macam ni. nanti lagi ramai orang marah kat kau."

"aku rasa ni kes X-fail. kau rasa?"Nadzmir masih mengharap dapat mengorek sedikit maklumat daripada Ezad.

"X-fail? entahlah. sebab aku tak dengar apa-apa pun pasal kes orang minyak. kes ni kan berlaku 6 bulan yang lepas. takkanlah masa tu kau tak dengar juga"

"Ha'ah, aku tak dengar juga. sebab itulah aku musykil kes orang minyak ni betul atau tak. kes ni berlaku di Kelantan,"ujar Nadzmir.

"Kelantan!"Ezad menjerit, seperti teringatkan sesuatu.

"Kenapa? kenapa?"Nadzmir Pulai yang terkejut.

"Aku baru teringat..."

"Ingat apa?"

"Ada pasukan rahsia dihantar ke Kelantan. pasukan siasatan jenayah X-fail.kesemuanya dianggotai inspektor senior dari Bukit Aman."

"Wah! pasukan rahsia? bunyi macam kes serius Aje."Nadzmir semakin teruja.

"Mereka pergi Kelantan buat apa?"

"Aku tak pasti sebab dia orang semua pergi sana.yang aku dengar, mereka masuk kampung."

"Kau rasa mereka pergi siasat kes orang minyak ke?"

"Mungkin...tapi, entah lah.susah nak cakap.sebab aku tak dengar apa-apa.kalau kes X-fail,susah nak korek maklumat.sangat susah.kalau aku korek kan,naya aku nanti tak berani aku."

"Ermm..."Nadzmir mengeluh.buat buat kecewa.

"Kalau kau tak tolong aku,siapa lagi yang boleh tolong aku?"

"kau ni suka sangat siasat kes yang bukan-bukan.tak serik ke?"bebel Ezad.

"Aku bukan siasat.aku cuma nak tahu Aje."

"Samalah tu..."

"Macam mana ni?takkan lah aku kena pergi ke Kelantan pula? tapi kat mana?"Nadzmir mengeluh.

"Kenapa kau Beria-ia sangat nak siasat pasal orang minyak ni?"Ezad pula yang mengeluh.

"Kau ni takkan serik,serik,kan? walaupun dah kena sekali."

"Kau boleh tolong aku dapatkan nama inspektor yang pergi ke Kelantan?"

"Kau nak buat apa?"

"Tapi,aku tak pasti lagi dia orang siasat pasal orang minyak ke tak.mungkin pasal kes lain."

"Sebab tulah aku nak minta nombor telefon mereka.aku nak tanya."

"Ermm..."Ezad mengeluh.

"Kau nak tolong ke tak?kalau tak nak tolong,aku turunkan kau kat sini.kensel belanja makan."

"Okeylah,nanti aku usahakan.dah dapat nanti aku WhatsApp kau."

"Macam tulah.aku belanja kau makan BBQ kat Ampang.beres?"

"Beressss...jom."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience