Chapter 3-SM

Short Story Series 1185

"Wey Ayra jom pergi kantin." Sarah bangun dari kerusi lalu mengemaskan bajunya yang sedikit ronyok.

"Tak apa lah , kau je lah pergi. Aku malas lah nak turun. Nanti aku pergi kat bangku kita selalu rehat tu ehh. Hihihihi." Ujar Ayra sambil tersenyum simpul ke arah kawan baiknya.

"Amboi-amboi , iyelah princess Ayra. Patik yang menurut perintah. Tapi kau tak takut ke nanti kau sorang-sorang dalam kelas ni?." Sarah mengajukan soalan.

"Tak. Kalau ada apa-apa aku lari lah. Easy."

"Hmm , kalau macam tu okaylah. Tapi kalau ada apa-apa jadi kau terus lari tau. Aku macam tak sedap hati lah. Dah lah tak ramai orang kat sini. Kau pulak duduk sorang-sorang." Kata Sarah menjelaskan resah di hatinya.

"Alalalala , aku okay lah. Pandai lah aku lari nanti kalau ada apa-apa. Kau tak payah risau lah. Thank you caring pasal aku." Ucap Ayra tersenyum manis sambil menepuk perlahan lengan sahabatnya.

"Okay cepat sikit eh pergi kat bangku tu. Aku tunggu kat sana." Sarah terus berlalu pergi. Kini hanya tinggal Ayra seorang sahaja di dalam kelas itu.

"Dah sepuluh minit dah aku duduk sini. Nak turun lah." gumam Ayra yang dah mulai bosan duduk keseorangan di dalam kelas.

Setelah Ayra sudah menutup suis kipas dan lampu di bahagian belakang kelas , tiba-tiba pintu bahagian depan ditutup dengan kuat. Dia terkejut dan merasa tidak sedap hati. Dia membuka langkah mahu melarikan diri melalui pintu belakang kelas di sebelah kanannya.

"Kau ingat kau boleh lari daripada aku hah!!". Herdik seorang perempuan yang mungkin merupakan ketua kumpulan yang memasuki kelas Ayra itu.

"Rara , Jaja kau pergi jaga pintu depan!. Alice dan Bibi kau pintu belakang ni , jangan bagi sesiapa masuk!" arah perempuan tadi.

"Eh korang ni siapa hah!! Apa salah aku?!" Ayra bertanya dalam suara terketar-ketar. Dia gelisah. Ini kali pertama nya di dalam suasana begini.

"Hahahaha. Kau tak perlu tahu aku siapa !!. Aku benci kau!! aku benci kau hidup bahagia!! kau tak boleh ambil Aish Mikael!!. Dia aku punya!!!" Jerit perempuan itu lagi sambil menolak tubuh Ayra di depannya.

Tubuh Ayra sudah hilang imbangan lalu terjatuh.

"Auch !! " Ayra memegang tangan kanannya yang terasa pedih.

"Ayraaa!" kelihatan Aish yang berjaya menolak pintu belakang dari tahanan rakan perempuan itu.

"Kau orang berambus sekarang!! " Tegas dan lantang suara Aish mengahalau sekumpulan perempuan itu. Mereka yang kecut perut terus berlari keluar tanpa berkata apa-apa.

"Ayra okay. Ada sakit kat mana-mana tak?" soal Aish cemas. Dia membantu Ayra duduk di kerusi.

"Ada luka sikit kan tapak tangan kanan ni , terkena simen yang berlubang tu." Kata Ayra memegang tapak tangan kanannya.

"Ya Allah Ayra kau kenapa ni? Kau okay tak? siapa yang buat?" soal Sarah bertubi-tubi yang muncul di pintu depan.

"Aku okay , cuma luka sikit je."

"Sarah , abang nak bawak Ayra pergi bilik guru ni. Sarah nak ikut sekali ke apa?." Tanya Aish.

"Ikut sekali lah." Lalu mereka bertiga pun berjalan menuju ke bilik guru.

[]

"Okay semua , boleh kemas beg. Terima kasih semua." Ucap guru yang mengajar subjek sains itu.

"Terima kasih cikgu." Balas murid-murid sambil mengemas bag , bersedia mahu pulang kerumah.

"Wey Ayra kau kenal ke siapa diorang tu?. Kenapa dia buat kau macam tu?. Tangan kau sakit lagi ke." Sarah menyakan soalan yang sama sambil mereka berjalan menuruni tangga.

" Tangan aku ni sakit sikit je , esok-esok baik la tu. Entah la , aku tak kenal diorang. Dia ada cakap yang dia cemburu tengok aku. Dia cakap aku tak boleh ambil abang Aish sebab tu dia punya. Lagisatu sorry sebab aku kau tak sempat rehat tadi." jelas Ayra.

"No problem la , balik rumah nanti pun aku boleh makan banyak mana aku nak hehehe. Eishh , sewel agaknya minah tu. Sedap hati dia je cakap Aish tu dia punya." Ujar Sarah membuat muka jelek.

"Hahahaha. Okay lah aku pergi dulu. Byee." Ayra melambai dan terus menuju ke pagar A , manakala Sarah pula menuju ke pagar B.

"Ayra , sorry abang lambat sikit." tegur Aish yang baru tiba disitu.

"Tak apa , Ayra pun baru je sampai".

"Abang macam mana abang boleh ada kat kelas Ayra , abang tak pergi rehat ke ?" soal Ayra pelik.

"Tak , abang tak rasa lapar pun time tu. Lagipun abang baru tolong cikgu hantar buku berdekatan situ , saja lah abang nak tengok kelas Ayra sekali . Lepastu abang dengar bunyi bising-bising , abang macam dengar suara Ayra , abang jenguklah kat tingkap , rupa-rupanya memang betul tu Ayra. Abang apa lagi tolak la pintu nak selamatkan Ayra kesayangan ni." Cerita Aish panjang lebar sampai ayat yang terakhir dia terus senyum simpul.

"Eee ada-ada je abang ni. By the way , thank you abang selamatkan Ayra . Kalau tak ada abang tak tahu la apa jadi kat Ayra time tu. Dah la berani buli orang kat dalam sekolah pulak tu , apa la masalah dia." Ucap Ayra membalas senyuman Aish.

"You're most welcome Ayra. Itu lah dia tu , haih. Abang rasa kalini mesti dia kena buang sekolah sebab dia tu dah banyak kali buat masalah." Aish berkata sambil mengeluarkan sepapan coklat berjenama Dairy Milk dari beg sekolahnya.

"Ouhh. Wah Ayra nak satu boleh?." Ayra menghulurkan tangan kirinya sambil membuat muka comel.

"Nah untuk Ayra semua pun abang boleh bagi." Aish menghulurkan coklat itu ke tangan Ayra .

"Eh kejap , sini abang suapkan Ayra. Tangan kanan Ayra kan sakit tak boleh gerak sangat takkan nak makan pakai tangan kiri pulak." Ayra mengangguk . Aish mengambil coklat itu semula lalu mula menyuapkan Ayra.

"Ayra nak tahu tak tadi kan abang makan gula-gula lepastu gula-gula tu rasa tawar." Adu Aish. Tangannya masih meneruskan suapan.

"Aikk , kenapa tawar pulak."

"Sebab manis dia ada dekat Ayra." bisik Aish memberikan pujian.

" Ish abang ni. Suka buat Ayra malu macam ni tau." Ayra tersenyum sambil menutup muka.

"Kalau macam ni malu tak ?." Aish merenung ke setiap inci wajah yang cantik didepannya.

"Eee abang ni. Apa pandang orang macam tu. Ayra cucuk mata tu nanti." Tangannya mengacah mahu mencucuk mata Aish. Di dalam hatinya, sekarang juga mahu dia lari ke dalam gua kerana terlampau malu.

"Kalau Ayra cucuk mata abang , nanti abang buta. Macam mana abang nak tengok wajah Ayra yang jelita ni ." usik Aish berterusan.

"Huh abang ni ye ye la tu. Abang van dah sampai , siapa yang sampai dulu kat van dia menang." Ayra pantas mengambil bagnya dan terus berlari ke arah van meninggal kan Aish yang terpinga-pinga di situ.

"Eish Ayra ni. Nasib sayang." gumam Aish.

Don't forget to komen and rate guys. Muahh muahh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience