Setia Menunggu

Kezo

Short Story Series 1190
5
(12 ratings)

Synopsis

(No update sampai bila , Mia tak tahu. Maaf ya) Hubungan akrab antara Ayra Qaleesya dan Aish Mikael sudah lama terjalin semenjak mereka masih kecil lagi dan kediaman mereka terletak sebelah-bersebelahan. Keakraban mereka kelihatan seperti adik dan abang , dek kerana masing-masing merupakan anak tunggal. Saat usia Ayra Qaleesya mula meningkat remaja , dia merasakan sesuatu perasaan yang 'lain' setiap kali bersama Aish Mikael. Dia merasakan dirinya dilindungi , disayangi dan sangat bahagia apabila berada di samping Aish Mikael. Ya , dia sudah mula menyukai lelaki itu. Akan tetapi , mungkin layanan itu hanya sekadar layanan seorang abang terhadap adik. Tidak lebih dari itu. Ternyata kenyataan Ayra silap , dalam diam lelaki itu juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya. " Ayra , sebenarnya abang dah lama sukakan Ayra , abang tak tahu sejak bila tapi abang dah lama pendamkan perkara ni. Ya , abang tahu abang lambat. Ayra tunggu abang tau , abang janji kita akan kawin lepas abang balik Malaysia nanti." - Aish Mikael Ayra berasa sungguh bahagia , tetapi dia juga berasa kecewa disebabkan Aish memberitahu tentang perasaannya sehari sebelum dia dan keluarganya pergi berhijrah ke London untuk beberapa tahun atas urusan kerja ayahnya. "Ayra tetap akan setia tunggu abang sampai beberapa tahun sekalipun. Sampai lah Ayra memang dah tak diperlukan dalam hidup abang barulah Ayra akan berhenti menunggu abang." - Ayra Qaleesya Dapatkah mereka menunaikan kata-kata yang telah dijanjikan? Mampukah mereka berdua terus setia sehingga ke jinjang pelamin atau sebaliknya ?


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Kezo

31 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience