Series
1185
Selepas berpuas hati menilik pakaian yang dipakainya Ayra terus keluar dari biliknya dan melangkah untuk ke dapur.
"Mama nanti Ayra nak keluar tau dengan abang Aish. Kitorang nak buat homework sama-sama kat taman." Ayra meminta izin dari ibunya.
"Okayy. Nak balik pukul berapa nanti?". Tanya Puan Arissa sambil tangannya sedang memotong sayur-sayur untuk dimasak sebagai lauk untuk malam itu.
"Balik pukul enam setengah kot."
"Haa baik-baik pergi tu. Kirim salam sekali kat Aish tu ye." Ibunya memberi pesanan.
"Assalamulaikum ."
Kedengaran suara Aish di luar , Ayra terus mengambil buku dan membuka pintu.
"Waalaikumsalam , kejap". Ujar Ayra sambil tangannya membuka pintu rumah.
"Haii Ayra dah lama tunggu? Meh sini abang bawakkan buku tu sementara Ayra nak kunci pintu." Pelawa Aish dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya.
"Hai abang , tak ada la lama sangat. Woah abang siap bawak beg eh , hahahaha mesti banyak jugak homework kan?". Soal Ayra sambil tangannya memberikan buku kepada Aish.
"Tak ada la banyak sangat. Abang saja je bawak beg ni bagi senang sikit nak bawak."
"Ouh , bijak abang ni. Dah jom." Ujar Ayra sambil tangannya mengambil semula bukunya dari Aish.
"Uwaaa. Penat lahh. Eish abang ni Ayra tengok tak penat-penat pun. Kita buat homework ni dah setengah jam dah , abang fokus je lagi. Ayra penat la." Rengek Ayra persis kanak-kanak kecil.
"Entah la Ayra. Mungkin abang dah selalu study lama-lama kot. Itu yang masih boleh fokus tu." Kata Aish sambil meletakkan pen dan memandang wajah Ayra di depannya.
"Ooo abang nak kata Ayra study sekejap la ni . Huhh." Ayra mencebik dan mengalihkan mukanya dari memandang Aish didepannya.
" Abang tak cakap pun Ayra study sekejap , tapi abang yang dah terbiasa nak buat macam mana. Haa buatlah mulut macam tu , abang tarik mulut tu nanti." Balas Aish sambil mengacah mahu menarik mulut Ayra. Dia memang sudah terbiasa dengan sikap manja Ayra yang kadang-kadang sudah seperti kanak-kanak. Tak padan dengan umur yang sudah menjangkau 16 tahun.
"Ishh abang ni suka la buat orang macam ni . " Ayra masih lagi mencebik kan mulutnya tangannya disilangkan.
"Okay-okay abang mintak maaf . Tadaa! Nah abang bawak coklat untuk Ayra. " Aish menghulurkan coklat berjenama Dairy Milk itu kepada Ayra.
"Wahhh ! Terima kasih abang !. Macam tahu-tahu je yang Ayra rasa nak makan coklat sekarang ni." Ujar Ayra dengan girang. Ah ! Pandai sungguh lelaki itu mencuit hatinya.
"Sama-sama Ayra. Semua pasal Ayra abang tahu tau. Untuk Ayra semua abang sanggup buat." Kata Aish sambil tersenyum manis.
"Hmm iyelah tu abang ni." Ayra hanya membuat muka tidak peduli sambil memakan coklatnya dengan sedikit gelojoh. Sedangkan di dalam hatinya kini sudah penuh dengan rama-rama yang berterbangan menggambarkan perasaan gembiranya ketika itu.
"Ya Allah Ayra!. Apa comot sangat makan tu. Dah macam budak-budak dah , budak pun tak macam Ayra ni tau. Meh sini abang tolong lap kan." bebel Aish sambil mengelap bahagian tepi bibir Ayra menggunakan tangannya.
Ayra tergamam dengan tindakan spontan Aish. Dia menyentuh bahagian tepi bibir yang dilap Aish tadi. Tiba-tiba idea nakalnya menjelma di fikiran. Ayra mengambil sedikit coklat itu menggunakan jari nya lantas dia mencalit di permukaan pipi Aish.
"Ayraaa!." Jerit Aish sambil mengejar Ayra yang sedang ketawa sambil berlari keliling taman. Geram bercampur seronok melihat telatah Ayra itu.
"Abang , dah cukup-cukup. Berhenti , Ayra penat ni. Sorry." Tercungap-cungap nafasnya. Penat berlari keliling taman. Ayra duduk semula ke tempat mereka tadi.
"Okay dengan satu syarat , Ayra kena pejam mata dulu baru abang maafkan."
"Yelah-yelah". Jawab Ayra pasrah sambil memejam mata. Sementara itu Aish sudah tersenyum meleret.
"Eeee abang ni !!!." Jerit Ayra sambil mengelap pipinya yang dicalit coklat oleh Aish.
"Hahahahaha , fair apa. Ayra buat abang , abang buat Ayra." kata Aish bersama sisa tawanya.
"Haih ye la. Eh abang dah pukul enam duapuluh lapan la . Jom la kita balik. Ayra dah penat sangat lah." Ajak Ayra sambil tangannya mengemas buku-bukunya di atas meja batu itu.
"Itu la , orang suruh rehat dia main kejar-kejar pulak. Ha jomlah kita balik."
Mereka pun berjalan seiringan menuju ke arah rumah masing-masing.
Thankk youu baca cerita Mia jangan lupa komen and rate yee ^_^.
Share this novel