Series
1185
"Assalamualaikum." Ayra memberi salam dan terus berlalu masuk ke rumah.
"Mama , papa." Ayra memanggil ibu bapanya. Namun tiada sahutan.
"Hmm mama papa keluar kot." Dia melangkah menuju ke biliknya di tingkat atas.
"Haih kalau Sarah cakap dia tak ada urusan yang perlu diselesaikan boleh aku duduk lama-lama sikit kat rumah dia . Balik rumah pun mama papa tak ada , apa aku nak buat ni . Bosannya." Dia merebahkan badannya ke atas katil yang empuk itu. Sedang dia mengelamun tiba-tiba dia mendapat satu idea yang bernas.
"Ha apa kata aku pergi kacau abang Aish , hihihihihi." Dia ketawa mengekek sendirian. Tanpa berlengah lagi dia terus mengatur langkah ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum bertemu dengan Aish.
"Aish semua dah settle kan , ingat tau plan kita tadi." Kata Puan Arissa sambil meletakkan belon di keliling tikar yang mereka akan duduki nanti.
"Ha plan apa eh , Aish lupa lah." Aish tersengih.
"Ala plan yang Aish kena marah Ayra tu , lepastu bawak dia datang sini ."
"Ouhh okay mama." Aish berkata sambil membuat jari 'okay'. Dia dan Ayra memang
"Mummy daddy , Aish pergi jumpa Ayra dulu tau." Beritahu Aish kepada ibu bapanya.
"Hati-hati ye." Pesan Puan Aisyah mummy kepada Aish.
"Nak pergi jumpa abang Aish ni mestilah kena cantik-cantik. Rasanya okay kot aku pakai baju ni." Ujar Ayra sendirian di hadapan cermin di dalam biliknya.
Ayra mengenakan sepasang t-shirt putih bersama cardigan bewarna merah jambu lembut dan dipadankan dengan palazzo berwarna hitam. Rambut pula dibiarkan lepas.
"Ayra , Ayra!." Terdengar suara Aish di luar rumah.
"Ehh aku baru nak pergi kat dia , dia dh datang sini. Ihikk." Ayra ketawa kecil sambil menutup mulut sambil berjalan menuruni tangga untuk membuka pintu.
"Ayra kau buka pintu ni cepat!." Laung Aish lagi.
Sementara Ayra sudah mula rasa tidak sedap hati. Tidak pernah Aish meninggi kan suara padanya dan bercakap menggunakan perkataan 'aku'.
"Abang kenapa ni?" Ayra bertanya sambil membuka pintu lalu dia keluar dan menguncinya kembali. Jantungnya berdetak hebat. Punah harapannya untuk bersama dengan Aish , bergembira seperti selalu.
"Ayra , kau buat apa ni hah! Kenapa kau curi benda tu!" pekik Aish.
"Ayra buat apa? Kenapa abang ni , datang-datang terus marah-marah? Ayra curi apa!" Jerit Ayra. Mimik mukanya dikawal , air mata yang mula bertakung di tubir mata ditahan agar tidak jatuh. Dia sungguh tidak faham apa yang sudah terjadi dengan Aish ketika itu.
"Huh sabar Aish , sabar. Ni lakonan je , kejap lagi kau pujuk la dia." Gumam Aish di dalam hatinya. Perasaan nya berbolak balik antara sedih dan harus menyempurnakan lakonan ini. Dia memang tidak boleh melihat wajah Ayra dalam kesedihan , sejak dari kecil mereka bersama ini adalah kali pertama Aish meninggikan suaranya terhadap Ayra walaupun ianya hanya sekadar lakonan.
"Arghh! sini ikut aku!" Aish menolak perlahan bahu Ayra lalu berlalu menuju ke arah taman berdekatan rumah mereka.
Setibanya di taman , Ayra melihat meja yang selalu dia dan Aish duduki telah cantik dihias dengan belon-belon yang bertemakan warna putih dan pink lembut. Kedua-duanya merupakan warna kesukaannya.
"Surprise! Happy birthday Ayra!" sedang Ayra terpesona memandang dekorasi yang cantik itu , kini muncul satu lagi kejutan. Dia berpaling ke arah Aish meminta penjelasan.
"Benda yang Ayra curi itu ialah hati abang , happy birthday sayang." Bisik Aish perlahan dengan romantis di telinga Ayra. Dia tersenyum manis sambil memandang wajah Ayra. Bak kata orang memang berani mati!
Ayra berpaling semula ke arah ibu bapanya dan ibu bapa Aish. Dia menangis terharu. Sarah yang berada di samping Puan Arissa terus berjalan mendapatkan Ayra.
"Sorry Ayra , abang terpaksa berlakon marah Ayra tadi. Abang tak boleh lah tengok muka Ayra menangis macam tadi." Kata Aish sambil memandang muka Ayra dan membuat muka bersalah.
"Ouhh pandai abang eh. Hmm biar Ayra fikirkan dulu nak maafkan ke tak." Dia membuat gaya berfikir. Dalam hatinya , dis sudah bagaikan mahu pengsan. Sudahlah tadi Aish memanggilnya sayang kalini pula membuat muka comel sebegitu. Bagaikan mahu menjerit sahaja. Tapi mungkin juga dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Mungkin juga selama ini Aish hanya melayannya sebagai seorang adik tak lebih dari itu.
"Ala sorry la Ayra , kalau Ayra tak maafkan abang siapa nak bercakap dengan abang ? siapa nak bergurau dengan abang? siapa nak bermanja dengan abang ?." Aish masih lagi dalam posisi yang sama. Masih membuat muka sedih dan matanya yang redup masih setia merenung wajah Ayra. Mahu memujuk.
"Abang ni kan memang mulut manis kan? Agaknya mesti nanti kekasih abang hati dia berbunga-bunga je bila jumpa dengan abang kan?" Ayra mengusik. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa soalan Itu yang terpancul di benak fikirannya.
"Ouhh hati Ayra berbunga-bunga la sekarang kan?"
"Aik apa Ayra pulak?" Dia membuat muka pelik.
"Ye la , Ayra kan kekasih abang." Ujar Aish tersenyum riang sambil menunjukkan mini love.
"Haa abang Ayra nak pergi kat Sarah la pulak kesian dia sorang-sorang main telefone tu."Kata Ayra tergagap-gagap.
"Amboi tukar topik nampak. Ha Ayra malukan sebenarnya." seloroh Aish lagi mahu kenakan Ayra. Ni Aish la!
"Mana ada." Dia menggelengkan kepalanya. Menafikan kata-kata Aish. Memanglah dia malu sekarang ni tapi takkan nak mengaku pulak kan.
"Ya Ayra malu. Pipi merah-merah tu. Hey ni abang la Ayra."
"Wahai merpati dua sejoli. Sudah-sudah la tu bersweet muit kat sini.Hormat la yang single kat sini. Dah jom tolong kitorang bersihkan barang-barang semua ni. Hari dah nak gelap dah ni." Tegur Sarah yang tiba-tiba muncul itu.
"Hmm baru ingat nak duduk lama-lama lagi sebelah bidadari ni." Celah Aish.
"Banyak la abang punya duduk lama-lama. Nak duduk hantu eh , ha duduklah. Hahahaha." Ayra terus berlari mengikut Sarah meninggalkan Aish.
"Ayra! tunggu abang!"
Haii haii sorry semua, buat korang tertunggu-tunggu>.<. Hehehe tu pun kalau ada yg tunggu la ;). Mia macam tak ada mood menulis sikit kebelakangan ni >.< sorry! >3. Jangan lupa rate and komen tauu>.<.
Share this novel