Bab 2

Romance Series 1386

tentang awak. Awak pergi kelas pakai selipar, balik kelas lebih awal dari sepatutnya, awak kurung kucing dalam tong sampah, dan macam-macam lagi kerja mengarut awak. Tapi disebabkan awak baru tingkatan satu, awak takkan dikenakan tindakan disiplin. Pihak sekolah anggap awak masih baru dan tak tahu peraturan yang ada di sekolah berasrama ini," jelas Puan Rohanna sambil meneliti buku laporan di tangannya.
Sudah tentu dengan matanya memandang buku itu, Puan Rohanna takkan sedar Natasha sedang menjulingkan matanya. Dia juga tidak tahu bahawa Natasha lebih berminat untuk mengetahui berapa helai bulu pada tahi lalatnya berbanding apa yang cuba disampaikannya.
Puan Rohanna terus berceramah panjang. Dia menyentuh tentang isu disiplin, tentang hukuman yang menanti pelajar-pelajar yang ingkar dan keras kepala. Dia juga menyebut secara ringkas tentang peraturan-peraturan am di dalam buku peraturan sekolah. Seterusnya dia masuk sedikit ke dalam bab peradaban sebagai seorang remaja perempuan. Akhirnya dia tutup sesi kaunselingnya dengan kejayan-kejayaan pelajar sekolah itu yang kebanyakkan berdisiplin dan berwawasan tinggi. Sungguh besar harapan Puan Rohanna untuk mendengar Natasha berjanji akan berubah sikap. Namun sebaliknya...........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience