Natsha tidak tahu apa yang tak kena dengan dirinya.Dia rasa,dia seorang pelajar normal,sama normal dengan 800 pelajar lain di sekolahnya.Namun dalam 800 pelajar tersebut, kebarangkalian untuk masuk ke bilik kaunseling adalah satu nisbah sepuluh. Bermakna, pelajar yang dipanggil ke bilik kaunseling termasuk dalam kes terpencil atau lebih tepat, kurang normal. Masalahnya, Natasha bukan termasuk dalam golongan yang sepuluh itu. Dia tidak dikira normal apabila namanya naik di bilik kaunseling.
Apabila anda dipanggil ke bilik kaunseling, hanya ada beberapa kemungkinan. Pertama, anda ada masalah psikologi. Kedua, ada masalah disiplin. Ketiga, merupakan ahli Kelab Rakan Kaunseling. Keempat, anda kaum kerabat kepada guru kaunseling terbabit.
Natasha pasti kemungkinan ketiga dan keempat tidak mempunyai sebarang kaitan dengannya. Hanya ada kemungkinan yang logik dan salah satunya menjadi sebab sebenarnya dia dipanggil ke situ.
Dia tidak pasti jika perbuatannya menjerit perkataan 'serabutnya!' sebanyak lapan kali pagi semalam adalah satu simptom masalah psikologi. Dia juga tidak pasti sekiranya merungut sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh sejam termasuk dalam penyakit jiwa. Kalau benar, maknanya itulah sebab dia dipanggil ke sini. Dia mengaku ada melakukan dua perkara itu. Namun dia tidak tahu hal itu terlalu teruk sehingga dia perlu menerima sesi kaunseling.
Bilalah cikgu kaunseling nak sampai ni, Natasha merungut perlahan.
Dia menongkat dagu ke meja. Itu cuma posisi biasa bila dia kebosanan. Serentak dengan itu, dia akan mengetuk jari ke meja sambil matanya meliar memandang ke sana ke sini. Seketika kemudian, pandangannya terhenti pada carta organisasi Kelab Rakan Kaunseling di dinding.
Ceh, kucing aku punya carta keluarga lagi cantik! Kutuk Natasha dalam hati.
Pandangannya beralih ke luar tingkap. Kelibat orang yang lalu-lalang diperhatikan. Dia tidak faham mengapa dia di panggil ke bilik kaunseling pada waktu rehat. Dia juga tidak faham mengapa dia dibiarkan menunggu macam orang yang tiada selera makan padahal dia sepatutnya sedang menjamu selera dengan nasi goreng "extra" cili api atau sekurang-kurangnya karipap sardin bersama air kotak laici.
"Natasha........."
"Opocot, karipap sardin air laici!" Natasha melarah dalam satu nafas dan serentak berpusing ke belakang.
".....binti Abdullah." Puan Rohanna menghabiskan ayatnya sambil menjongketkan kening. Dia melihat Natasha atas bawah sebelum menghela nafas panjang.
"Duduk!" arah Puan Rohanna setelah dia sendiri melabuhkan punggungnya.
"Pembetulan, puan!"
Natasha mengangkat tangan gaya pelajar pintas yang ingin bertanya soalan.
"Pembetulan apa?" tanya Puan Rohanna sambil membetulkan bingkai cermin matanya.
"Nama saya Natasha Ikhwan Binti Abdullah, bukan Natasha binti Abd....."
"Baiklah, Natasha Ikhwan binti Abdullah. Sila duduk," potong Puan Rohanna sebelum Natasha menghabiskan ayatnya.
Natasha yang sedikit tersentak segera duduk. Ini merupakan kali pertama dia melihat guru kaunseling itu dalam jarak sedekat ini. Dia akui, kawah bulan pada pipi Cikgu Rohanna lebih dalam daripada apa yang selalu dilihatnya sewaktu di tapak perhimpunan.
"Awak tahu apa kesalahan awak hingga awak dirujuk ke unit ini?" tanya Puan Rohanna bagi memulakan perbicaraan.
Natasha menggeleng. Dia perasan satu perkara lagi. Tahi lalat besar di bawah bibir Puan Rohanna sebenarnya berbulu! Patutlah dia tidak sedar selama ini. Rupa-rupanya tahi lalat beebulu itu hanya boleh dilihat dalam jarak kurang dua meter.
"Unit disiplin terima banyak aduan tentang...................
Share this novel