"Empat!" jerit Natasha tiba-tiba.
"Empat?" ulang Puan Rohanna dengan riai tertanya-tanya.
"Ada empat semuanya!" ujar Natasha sambil berpeluk tubuh dan mengangguk-angguk.
Dia yakin kiraanya tak salah. Sepanjang sesi ceramah Puan Rohanna , dia telah berulang kali mengira.
"Apa yang empatnya?" tanya Puan Rohanna dengan dahi berkerut-kerut.
" Bulu kat tahi lalat cikgu. Semuanya ada empat," jawab Natasha sambil mengeluarkan empt jarinya.
Natasha tersengih lebar. Namun sudah tentu dia tidak akan membongkarkan penemuan itu jika dia tahu akan didenda berdiri separuh sehingga waktu persekolahan tamat. Dia juga tidak akan kecoh memberitahu sekiranya dia tahu dia akan mendapat gelaran budak jahat pada usia baru mencecah 13 tahun. Namun malangnya, ketika Natasha menyesal dan berharap dia tidak memberitahu angka empat itu, dia sudah pun menjadi watak lagenda anak setan paling muda dalam sejarah sekolahnya.
Share this novel