Completed
11100
HARI pertama Alia sebagai penghuni sementara rumah Harit bermula seawal jam 7 pagi, dia sudah dipaksa bangun dan kini, dia sedang meranduk semak-semak di belakang hutan dengan memakai topi besar dan memegang bakul rotan.
“Jauh lagi ke?. Kaki saya dah kena gigit nyamuk ni. Nyamuk dekat sini tak sekolah ke?. Dia tak nampak ke saya pakai losyen mahal." Alia membebel tanpa henti, tangannya sibuk menepuk-nepuk pahanya.
Harit yang berjalan di depan sedikit pun tidak menoleh.
"Nyamuk tak kenal jenama, Alia. Lagi mahal bau awak, lagi berselera dia nak sarapan. Dah, jangan banyak bunyi. Fokus," balas Harit.
"Panaslah. Nanti kulit saya sunburn, siapa nak bertanggungjawab?. Awak nak ke kahwin dengan saya kalau saya jadi hitam?." Alia menyoal tanpa berfikir panjang, sambil tangannya gigih mengibas-ngibas muka yang sudah lencun dengan peluh.
Harit berhenti melangkah secara mengejut. Dia berpaling perlahan, memandang Alia dari atas ke bawah.
"Siapa cakap saya nak kahwin dengan awak?." Harit menapak selangkah mendekati Alia sehingga gadis itu terpaksa berundur ke batang pokok. "Tapi kalau awak nak sangat saya bertanggungjawab... saya boleh fikirkan cara lain untuk bayar ganti rugi kulit awak tu. Bukan dengan perkahwinan, tapi dengan... sentuhan."
Pipi Alia tiba-tiba terasa panas. Dia segera memalingkan wajah, pura-pura sibuk membelek daun kering.
"Perasan!. Cepatlah, herba mana yang nak kena kutip ni?."
Harit tergelak. Dia kemudian mencangkung di hadapan sekelompok tumbuhan berdaun lebar yang nampak biasa-biasa saja. Dia memetik sehelai, meramasnya sedikit sehingga keluar bau yang tajam, lalu menghulurkannya tepat ke hidung Alia.
"Nah, hidu bau ni. Ini herba paling penting yang kita kena cari hari ni.”
Alia menghidu dengan ragu-ragu. "Bau dia... kuat. Macam bau tanah pun ada, bau akar kayu pun ada. Ini untuk apa?. Hilangkan sumpahan saya ke?."
Harit bangkit berdiri, merapatkan tubuhnya sehingga dada bidangnya hampir menyentuh dahi Alia. Dia menunduk, berbisik tepat di telinga gadis itu.
"Ini bukan untuk awak, Alia. Ini untuk tenaga batin lelaki. Khusus untuk pelanggan saya yang nak bertahan lama malam nanti."
Mata Alia membulat.
"Hah?. Maksud awak... ubat kuat?."
"Ubat kuat yang sangat kuat," Harit menekankan perkataan itu sambil jarinya bermain-main dengan hujung rambut Alia yang terkeluar dari topi. "Fungsi dia, untuk memastikan aliran darah terkumpul di tempat yang sepatutnya. Supaya si suami tak cepat tumbang sebelum si isteri sempat rasa nikmat."
Alia terasa oksigen di sekelilingnya berkurangan. Wajahnya merah, bukan lagi kerana panas matahari, tapi kerana penjelasan Harit yang terlalu jujur.
"Awak memang jenis yang tak bertapis eh kalau bercakap?." Alia menolak dada Harit dengan bakul rotan, cuba mencipta jarak.
Harit menangkap bakul itu, malah menariknya sehingga Alia tertarik sekali ke arahnya.
"Kenapa nak tapis?. Itu fakta. Macam herba ni, dia kena direbus lama supaya pati dia keluar sepenuhnya. Sama macam perempuan... kena diusap lama-lama baru pati cintanya keluar."
Harit menjilat bibirnya, matanya jatuh pada bibir mungil Alia yang sedang ternganga sedikit.
"Awak rasa... awak jenis yang kena rebus lama ke, atau jenis yang cepat masak, Alia?."
“Gila. Dahlah. Jangan nak mengarut. Kalau takda apalagi. Saya nak balik.”
“Sabarlah. Ada satu lagi harta karun dekat sini.”
“Apalagi?. Awak nak tunjuk herba untuk 'tumbangkan' gajah pula ke?."
Harit tidak menjawab. Dia mencangkung di celah akar pokok besar, memetik sejenis tumbuhan berdaun halus yang berbau harum seperti melur hutan. Dia bangun dan melangkah mendekati Alia. Kali ini, dia tidak berhenti sehinggalah hujung kasutnya menyentuh hujung selipar jepun Alia.
"Hidu yang ni. Bau dia tenang, kan?." Harit melalukan daun itu di bawah hidung Alia.
Alia menghidunya.
"Hmm... wangi. Yang ni untuk apa?. Teh penenang ke?." Tanya Alia polos, matanya yang bulat memandang tepat ke dalam anak mata Harit.
Harit merendahkan tubuhnya, menyamai ketinggian Alia. Dia memusingkan daun itu di celah jarinya, sesekali hujung daun itu terkena bibir bawah Alia yang mungil.
"Ini namanya 'Ratu Malam'. Khusus untuk pengantin baru... terutamanya untuk malam pertama," bisik Harit.
"Malam pertama?. Kenapa?. Pengantin baru selalu stres ke?." Alia masih dalam mod 'blur', tidak sedar dia sedang masuk ke dalam perangkap usikan Harit.
"Bukan stres, Alia. Tapi... takut. Awak tahu tak, malam pertama untuk perempuan tu... sakit."
Mata Alia membulat besar. Jantungnya bagai mahu melompat keluar.
"Sakit?. Kenapa pulak nak sakit?. Bukan ke orang cakap malam pertama tu indah?."
Harit merapatkan wajahnya, hanya seinci daripada pipi Alia. Dia dapat menghidu deru nafas Alia yang mula kencang.
"Indah tu indah... tapi perkenalan pertama antara lelaki dan perempuan tu bukannya mudah. Ibarat kunci baru nak masuk ke lubang yang sempit. Mesti ada geseran, ada luka sikit... kadangkala sampai menangis."
Alia menelan liur yang terasa perit. Bayangan ngeri mula bermain di mindanya.
"Luka?. Menangis?!. Biar betul awak ni?. Awak jangan nak takut-takutkan saya."
Harit memegang bahu Alia, jarinya mengusap lembut kulit bahu gadis itu yang terdedah sedikit.
"Sebab itulah herba ni wujud. Fungsi 'Ratu Malam' ni untuk melembutkan jalan tu. Biar licin, biar kenyal. Jadi bila suami 'meneroka' malam nanti, isteri tak rasa perit. Dia cuma rasa... nikmat yang meluap-luap sampai tak boleh tidur."
Alia terasa lututnya lembik.
"Sa... sampai macam tu sekali?."
"Ya, Alia. Kalau tak pakai herba ni, silap-silap esok pagi awak tak boleh jalan tegak. Kena merangkak pergi dapur," usik Harit lagi, matanya mencerun nakal memandang ke arah pinggul Alia.
Alia terus menekup celah pehanya dengan bakul rotan, wajahnya sudah berubah pucat bercampur merah.
"Awak ni memang dukun paling tak senonoh saya pernah jumpa. Kenapa awak cerita semua ni dekat saya?."
"Sebab saya nak awak bersedia. Sumpahan awak tu bakal tamat tak lama lagi, dan bila sampai masanya awak kena menyerah pada jodoh awak... saya tak nak awak menangis sebab sakit."
Harit mendekatkan bibirnya ke telinga Alia, meniup lembut cuping telinga itu sebelum berbisik.
"Tapi kalau dengan saya... saya janji saya akan sapu herba ni banyak-banyak. Biar awak cuma rasa syurga, bukannya seksa.”
"Gila, ketepilah." Sedaya menolak Harit.
Namun Harit tidak berganjak. Malah, dia sengaja merendahkan tubuhnya lagi, memerangkap Alia di antara batang pokok besar. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Alia yang sedang berkaca-kaca antara geram dan malu.
"Buat apa nak malu?. Satu hari nanti, awak pasti akan melaluinya juga, Alia. Itu fitrah awak sebagai wanita.”
"Tapi... tapi tak payahlah cerita terperinci macam tu. Saya bukannya nak kahwin esok pun."
Harit tergelak.
"Masalahnya, Alia... awak ni kecil sangat.”
Harit memerhati tubuh Alia dari atas ke bawah dengan pandangan yang sangat 'lapar'.
"Saiz badan awak yang genit macam ni, kalau terus masuk tanpa persediaan... memang naya. Awak akan rasa macam badan awak kena belah dua. Sakit dia... sampai ke tulang belakang."
Alia menelan liur. Bayangan yang diberikan Harit terlalu ngeri tapi dalam masa yang sama, ada sesuatu yang bergelora di bawah perutnya.
"Awak... awak sengaja nak takutkan saya kan?."
"Apa yang saya cakap, semuanya fakta," Harit merapatkan lagi tubuhnya sehingga Alia dapat merasakan kehangatan yang memancar dari dada lelaki itu. "Lelaki kalau dah nampak mangsa depan mata, dia tak fikir pasal saiz lagi dah. Dia cuma tahu nak 'terkam' dan 'humban' semua tenaga dia dekat situ. Bayangkan... sesuatu yang besar dan keras mendesak masuk ke tempat yang sempit macam ni."
Harit menekan lembut jari jempolnya di atas pusat Alia, membuatkan kaki gadis itu terasa lembik serta-merta.
"Sebab tu 'Ratu Malam' ni penting. Dia akan buat 'pintu' awak tu jadi lembut macam sutera. Jadi bila suami awak... atau mungkin saya... mula meneroka masuk ke dalam, awak takkan rasa perit. Awak cuma akan rasa penuh... padat... dan panas yang sangat nikmat," bisik Harit lagi, kali ini bibirnya hampir menyentuh leher Alia yang sudah lencun dengan peluh dingin.
Nafas Alia mula menjadi pendek.
"Harit... berhenti..."
"Berhenti?" Harit menjungkit kening, matanya mencerun nakal. "Baru cerita sikit dah suruh berhenti?. Belum lagi saya tunjuk cara nak sapu herba ni.”
Alia terus memejamkan mata rapat-rapat. Dia terasa seperti sedang disihir oleh kata-kata Harit. Godaan lelaki ini jauh lebih berbahaya daripada mana-mana sumpahan yang dia hadapi.
"Awak memang dukun paling tak guna." Alia akhirnya berjaya mengumpul tenaga, dia menolak Harit sekuat hati dan berpusing untuk melarikan diri.
"Eh, Alia!. Bakul herba ni tertinggal." Laung Harit sambil menjulang bakul rotan yang ditinggalkan Alia.
Alia tidak menoleh. Dia berlari sekencang mungkin, meranduk semak tanpa peduli lagi pasal nyamuk atau calar di kaki. Yang dia tahu, dia perlu menjauhkan diri daripada Harit sebelum dia sendiri yang menyerah diri untuk "dirawat" oleh dukun muda itu.
Harit berdiri di situ, memandang langkah Alia yang lintang-pukang dengan senyuman puas yang melebar. Dia menghidu sisa bau strawberi dari udara yang ditinggalkan Alia.
"Kecil-kecil cili padi... tapi kalau dah kena 'penawar' aku, memang tak cukup sekali," gumam Harit sendirian sambil memetik lagi beberapa helai daun 'Ratu Malam' untuk persediaan.
Share this novel