PROLOG

Romance Completed 80564

Pernah tengok bodyguard perempuan? Nampak tegas, muka serius walaupun hakikatnya memang cantik. Body meletup, seksi macam model... Tapi, jadi bodyguard... Bukan bodyguard untuk wanita kelas atasan sahaja... Tetapi, turut menyandang sebagai bodyguard kepada anak Dato Datin, anak Tan Sri/Puan Sri, orang kenamaan, orang korporat malah dari kerabat diraja.

De-andra Deborah, gadis berusia 26 tahun yang berasal dari kota metropolitan Kuala Lumpur. Anak kacukan Melayu-Turki-Amerika ini jelas kelihatan seperti gadis-gadis lain di luar sana. Comel, cantik, ayu, berperwatakkan selamba dan sedikit garang ketika di luar, namun seorang yang cukup manja ketika bersama keluarga. Anak bongsu dari empat beradik ni gemar dengan aksi lasak dan sekaligus menarik minat De-an (sebutan Di-an) untuk mempelajari ilmu pertahanan diri. Bukan satu, tapi, De-an mempunyai tali pinggang di dalam seni mempertahankan diri seperti taekwando, karate dan muay thai...

Karakter De-an yang berbeza sering membuatkan mummy daddynya susah hati. De-an, anak bongsu Tan Sri Danial Daud dan Puan Sri Shania Stella, dari empat beradik. Merupakan satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga mereka. Berpendidikan tinggi sehingga mempunyai tiga gulung ijazah dan master dalam jurusan psikologi. Namun, lebih gemar menghabiskan masa dengan dunia lasak berbanding membantu menguruskan syarikat milik keluarga mereka.

Anak bongsu dan mempunyai tiga orang abang yang tidak kurang hebatnya dalam seni mempertahankan diri. Kehebatan mereka di gelanggang tak perlu disangkal lantaran sering menjuarai setiap pertandingan dan kejohanan di zaman belajar dulu. De-an dan abang-abangnya cukup beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai rupa paras yang cantik dan kacak.

Tan Sri Danial Daud, anak jati Kuala Lumpur bertemu dengan Puan Sri Shania Stella, anak kelahiran campuran Turki Amerika, ketika menyambung pelajaran di Amerika Syarikat 30 tahun yang lalu. Mereka berdua dikurniakan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.

Dayyan Darris, sikembar Dhani Darwish dan Danish Daylan dan De-andra Deborah, satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga. De-an berperwatakkan lasak dan kasar. Mungkin disebabkan De-an cukup disayangi abang-abangnya yang terlalu menjaga adik bongsu mereka ini. Over-protective, kata orang. Disebalik sikap kasar dan lasak seorang De-an, De-an manja orangnya. Lagi-lagi bila bersama dengan ahli keluarganya. Berbeza karakter yang kebiasaannya dilihat diluar.

Sesiapa sahaja yang melihat De-an pasti tertarik dengan gaya dan kecantikkan yang dimiliki. Tapi, De-an tidak semudah itu untuk didekati. Bak kata pepatah, jinak-jinak merpati. Bukan kerana abang-abangnya, tetapi kerana sikapnya yang tidak mudah melatah dan tidak mudah rapat dengan mana-mana manusia, terutama lelaki.

Assalammualaikum. Selamat bertemu lagi. Betapa gatalnya tangan sis ni, sibuk nak publish karya terbaru. Tak sabar sangat. Kita bagi prolog dulu. Novel ni menggunakan ncoins/unlock chapter. Untuk empat bab yang terawal, bacaan adalah percuma. Sis bagi prolog dulu. In shaa Allah, tak esok, lusa, ke... Sis update chapter baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience