BAB 1 - DBTAA - DE-ANDRA DEBORAH

Romance Completed 79503

"Baby... Wake-up! Wake-up, baby!" Punggung De-an ditampar perlahan.

"Emm..."

"Baby, wake-up!"

"Emm... Mummy. It's still early..."

"Early? Dah pukul sepuluh, sayang... Bangun!"

"Mummy... It's still earlylah. Baby mengantuklah, mummy."

"Baby... Bangun, mummy cakap. Awal apanya...? It's already 10 o'clock..."

"Ala... Mummy, please... Baby mengantuklah... Malam tadi, baby tidur lambat..." Jawab De-an dengan mata yang tertutup rapat.

"Baby buat apa tidur lambat?"

"Baby tengok k-pop... Malam tadi, final Street Man Fighter..." Balas De-an dengan matanya yang masih tertutup. Mummy menggeleng kepala.

"Tulah... Kalau Korea punya hal... Sanggup tidur lambat... Mummy tak kira, baik bangun..."

"Mummy, bagilah baby tidur dulu. Baby janji, nanti baby bagun. Please... Mummy, please... Bagi baby tidur, ya... Seke...jap je..." Pujuk De-an.

"No! Baby... You better wake-up now... Or, mummy will call Dayyan..." Serta-merta De-an bangun dari tidurnya. Dengan wajah yang mamai, De-an membuka matanya. Terpampang wajah mummy di hadapannya dengan senyuman yang meleret.

"Mummy... Janganlah kejam sangat..." Rengek De-an.

"Tau takut... Dah, bangun! Everybody are waiting for you, baby... Pergi mandi... You're smelly, baby..."

"Ish, mummy ni... Mana ada... Baby wangilah..." Ujar De-an seraya cuba menyedut bau dari bawah lengannya.

"Yelah tu... Air liur basi meleleh kat pipi tu, wangi apa... Dah! Cepat... Pergi mandi..."

"Eh! Ya ke, mummy? Ada eh...?" De-an mengesat kasar pipinya. Mummy menggeleng kepala melihat gelagat satu-satunya anak daranya.

"Ya... Baby bangun..." De-an menguap.

"Menguap tu, tutup mulut... Masuk lalat nanti..."

"Mummy..."

"Dah... Dah... Pergi mandi... Jangan sambung tidur..." Mummy mengingatkan De-an. Tahu benar, perangai De-an.

"Ya, mummy... Baby tahu... Baby nak mandilah ni..." Dengan langkah berat dan mamai, De-an menanggalkan semua pakaiannya sebelum dimasukkan ke dalam bakul. Kaki melangkah perlahan masuk ke dalam kamar mandi. Hampir setengah jam, De-an keluar dengan tubuh tinggi lampainya disarungkan bathrobe separas paha.

De-an berdiri dihadapan cermin besar yang berada di dalam kamarnya. Menjadi kebiasaan De-an, membelek-belek tubuh dan wajahnya usai membersihkan diri di kamar mandi.

"Hurm... Not bad... Cantik rupanya aku ni... Patutlah ramai orang berkenan... Opps... Hihihi... Perasanlah kau De-an..." Bebel Dean seorang diri.

Sementara itu...

"Mummy... Mana baby?"

"Mummy dah panggil tadi... Kejap lagi turunlah tu..."

"Mummy... Almost one hour... Takkan tak siap lagi..."

"Entah-entah, baby sambung tidur..." Satu suara menyampuk.

"Ish! Bertuah punya anak dara..."

"Takpe mummy... Biar Dayyan kejutkan baby..." Dayyan, abang sulung De-an, agak tegas orangnya berbanding Darwish dan Danish. Sungguhpun begitu, Dayyan cukup menyayangi adik-adiknya terutama De-an yang merupakan adik bongsu mereka dan satu-satunya bunga mekar antara mereka berempat.

"Habislah baby... Abang Dayyan dah naik..." Bisik Darwish yang memang gemar mengusik dan bergurau berbanding yang lain.

"Huish! Nanti Abang Dayyan dengarlah..."

Dayyan melangkah naik ke tingkat dua di mana terletaknya kamar De-an.

Tok! Tok! Tok!

Senyap, tiada jawapan. Dayyan memang akan pastikan dia mempunyai kunci pendua bilik mereka sekeluarga. Dengan selamba, kunci pendua digunakan untuk membuka pintu bilik adik kesayangannya.

"Ya Allah... Bertuah punya budak... Boleh dia sambung tidur... Apa nak jadilah budak sorang ni..." Dayyan menepuk dahinya melihat De-an tertangkup diatas tilam air dikamarnya.

"Baby... Bangun... Baby..." De-an tidak memberi respon biarpun pipinya ditepuk perlahan.

"You must be kidding me, baby..." Dayyan mengusap perlahan dahi adik kesayangannya. Tak dinafikan, De-an memang memiliki kecantikkan yang luar biasa. Masakan rakan-rakan Dayyan, Darwish dan Danish sering mengirim hadiah dan berkirim salam pada adik mereka.

"Love you, baby..." Bisik Dayyan di telinga adiknya.

"Bangun!!!" Jerit Dayyan di telinga De-an menyebabkan De-an kelam kabut bangkit dari tidurnya yang lena.

"Argh! Apa! Apa! Ya...!"

"Hahaha!" Terhenti langkah De-an bila terdengar suara gelakan Dayyan.

"Abang Dayyan! Ish! Suka buat baby macam tu, tau! Sakit telinga babylah!"

Pap! Lengan kekar Dayyan ditepuk manja...

"How dare, you!"

"Haha... Tulah... Liat sangat nak bangunkan... Padan muka..."

"Baby dah bangunlah... Tertidur balik je..."

"Tidur balik? Tahu tak semua orang tunggu baby kat bawah... Mummy dah bebel..."

"Ala... Baby letih sangat."

"Letih? What have you done, young lady? Bukan kerjapun..."

"Malam tadikan final Man Street Fighter... Team Just Jerk menang. Tu yang lambat tidur... Lagipun, baby dah bagitahu daddy kan... Baby masih bercuti buat sementara ni... Babykan baru balik dari London... Bagilah baby rehat..."

"Baby... Rehat apanya? Dah sebulan tau baby rehat kat rumah ni... Tak cukup lagi ke? Baby sepatutnya dah tolong mummy daddy kat pejabat tu... Atau, baby jaga butik dan spa mummy. Berfaedah jugak... Gaji pun dapat..."

"Baby tak minatlah semua tu..."

"Habis tu? Baby minat apa? Takkan nak duduk rumah 24 jam?"

"Takdelah macam tu... Tapi, baby belum jumpa lagi apa yang baby nak..."

"Baby, listen here..." De-an menatap wajah kacak si abang.

"Don't do that!" Ugut Dayyan.

"What?"

"Stop staring at me!"

"Hahaha... Malu ke? Abang Dayyan, blushing..."

"Baby, stop it!"

"Ala... Baru nak mengurat..."

"Jangan nak mengada, eh..."

"Abang Dayyan... Do you know something?" e-an sengaja memancing abang sulungnya.

"What?"

"Abang Dayyan ni memang hemsem tau. Cukup pakej. Bergaya, kaya, talented. Haish... Siapalah yang berjaya menambat hati abang baby ni..." Ujar De-an seraya mengusap wajah tampan si abang.

"De-andra Deborah... You will never get anything from me, ok? Tak payah nak bodek abang... Tak jalan, baby..."

"Ala... Janganlah kejam sangat..."

"What do you want?"

"Baby nak minta tolong je... Please... You love me, right?" Soal De-an seraya mengerdip-ngerdipkan kelopak matanya beberapa kali.

"Minta tolong apa? Baby jangan nak macam-macam eh?"

"Ala... Minta tolong sikit je..."

"What is it?"

"Emm... Baby nak ride motor BMW Abang Dayyan, boleh tak?" Dayyan mempunyai sebuah motorsikal berjenama BMW K1600 GT berwarna hitam yang berharga RM166, 500.00. Kenderaan kedua yang dibeli dengan hasil titik peluhnya sendiri selepas kehilangan isteri tercinta setahun yang lalu.

"Nak pergi mana?"

"Saja, pusing-pusing. Boringlah..."

"Boring? Habis tu, nak hilangkan boring, tunggang motor abang?"

"Yap! Please... Motor baby, daddy dah lock lepas accident hari tu..."

"Padan muka!"

"Ala... Tak baik cakap macam tu... Bukan salah babykan? Mamat sepet tu yang tak pandai bawak kereta. Dia yang sondol belakang motor baby..."

"Dah... Orang lain pulak dia salahkan..."

"Betul apa?"

"Kat mana motor Aprillia baby?" De-an pula memiliki sebuah motorsikal Aprillia RSV4 1100 yang berharga RM169,900.00 hadiah dari daddy ketika menyambut hari lahirnya yang ke 24 tahun. Tetapi, selepas kejadian De-an mengalami kemalanan ringan baru-baru ini, daddy tidak membenarkan De-an membonceng motorsikal berkuasa tingginya lagi.

"Kat bengkel. Tapi, daddy dah warning Uncle Rajesh jangan bagi motor tu kat baby kalau dah siap."

"Kenapa?"

"Daddy tak nak baby accident lagi..."

"Kesian adik abang ni..."

"Boleh eh? Baby dah rindu nak ride motor."

"Tell me dear... If anything happen to my expensive motorcycle, macamana?"

"Ala... Janganlah kedekut sangat. Abang Dayyan... Abang tahukan baby bukan jenis yang kasar... Takkanlah baby nak rosakkan motor abang?"

"Apa kata baby bawak je kereta baby tu..."

"Ala... Pandu kereta, tak best! Tak adventure!" Dayyan melepaskan keluhan. Tahu sangat perangai adik bongsu dia yang seorang ni. Kalau De-an dah sebut A, bermaksud A jawapannya. Ikut sangat perangai tegas daddy mereka.

"Baby nak pergi mana?"

"Tak kisahlah mana-mana, as long baby dapat ride motor."

"Daddy izinkan ke?"

"Ala... Janganlah cakap dengan daddy. Daddy marah lagi pasal accident two weeks ago."

"Kalau Abang Yan sendiri pun, abang buat benda yang sama. You almost killed, baby!"

"Baby tak sengajalah, bang. Break motor tak makan..."

"Ya, abang tahu. Tapi, satu benda yang baby tak tahu."

"Apa dia? Pasal apa?"

"Motor tu."

"Kenapa dengan motor baby?"

"You know what, ada orang sengaja rosakkan break motor baby."

"What? Abang Yan, betul ke? Tapi, kenapa daddy tak cakap apa-apa pun?"

"Daddy tak nak baby risau. Tu sebab daddy tak izinkan baby ride motor lagi."

"The problem is, kenapa dorang buat macam tu dan apa motif dorang? Abang Yan pun tahukan, baby bukan jenis yang ambil port kisah orang lain. Baby lebih suka layan diri baby sendiri je..."

"Baby sure, takde musuh?"

"Ya Allah... Abang Yan... Baby baru sebulan balik Malaysia dan selama sebulan ni, baru dua kali je baby keluar rumah. Macamana baby nak ada musuh?"

"Betul jugak, kan?"

"Wait, wait. Macamana daddy tahu yang break motor baby kena sabotaj?"

"Ada orang suruhan daddy yang inform. Dorang dah double check, memang break motor baby kena sabotaj. So, daddy ambil keputusan untuk simpan motor baby tu kat gudang."

"Ala... Boring ah, macam ni... Habis tu, kalau nak ke sana sini, baby nak naik apa? Baby bukannya minat sangat pun dengan kereta... Abang Yan tahukan, baby dah lama tak memandu kereta. Lagi-lagi kat Malaysia ni..."

"Tapi, sekarang ni, kita kat Malaysia, baby. Apapun, baby kena biasakan diri memandu. Takkan nak suruh daddy sediakan driver untuk baby?"

"Ish! Takdelah macam tu... Tapi, Abang Yan ada, kan?Abang Darwish, Abang Danish ada. Bolehlah jadi driver baby."

"Baby, abang-abang baby semua, bekerjakan? Nak kena marah dengan daddy ke?"

"Yelah... Kalau Abang Yan dah cakap macam tu, nak tak nak baby kena biasakan jugak... Tapi, kereta siapa baby nak drive? Kereta baby tu masih ok lagi ke?"

"Kereta baby kat garaj. Ok je... Takpun baby pilih je yang mana satu pilihan hati baby."

"Betul ni? Tak kisah kereta manapun?"

"Ya... As long, baby tahu macamana nak jaga kereta tu. Jangan lasak sangat. Baby tu anak dara tau. Tak boleh lasak-lasak. Dah cantik-cantik macam ni, vogue, gorgeous, tapi perangai macam jantan, kasar... Takde orang nak nanti..."

"Wow! Betul ke Abang Yan, baby vogue, gorgeous?"

"Of course you are..."

"Hahaha... Kelakarlah Abang Yan ni... Baby ni macam perempuan biasa kat luar tu juga. Takde vogue gorgeousnya... Babykan kasar."

"Yang itu kena ubah sikit. Nanti takde orang berkenan nak dijadikan isteri."

"Ish, apa pulak cerita pasal benda tu. Baby tak sukalah!"

"My lovely sister... How old are you right now, baby?"

"I'm 26. I'm still young."

"Sayang... 26 in Malay, they called, anak dara tua..."

"Excuse me! Not anymore ok. This is 2022 Abang Yan... Everybody are looking for their own life. Pelajaran, karier kehidupan. Itu yang lebih penting berbanding dengan mencari pasangan hidup. Now, everything needs money. Age is only a numberlah, bang."

"Betul. Tapi, sampai bila baby nak sendirian macam ni?"

"What about you?"

"I'm married before, right?"

"Abang Yan... Abang Yan kena cari pengganti arwah Kak Maria. Abang Yan masih muda."

"Tak semudah itu, baby. Abang belum mampu nak buang kenangan dengan Kak Maria."

"Sampai bila, Abang Yan? Sampai bila nak simpan kenangan tu? Maisara perlukan kasih sayang seorang ibu. Abang Yan, tak kasihankan Maisara ke?" Dayyan termanggu.

"She deserve to be happy, Abang Yan. Sampai bila nak harapkan kasih sayang Mak Hanim, Mak Intan dengan mummy. Baby tak kata baby tak sayangkan Sara... Sara dah macam anak baby sendiri... Tapi, Sara perlukan kasih sayang seorang mama, Abang Yan."

"Abang Yan belum fikirkan semua tu, baby... Abang Yan tak mampu nak lupakan arwah Kak Maria..."

"Baby tak suruh lupakan Kak Maria... Baby minta Abang Yan cari pengganti Kak Maria. Sara perlukan kasih sayang seorang wanita yang layak bergelar ibu, mama, mummy, umi. Sara masih kecil lagi... Dia tak tahu apa-apapun. Macamana kalau suatu hari nanti dia bertanya... Abang Yang nak cakap apa?"

"I tell her the truth that her mother is dead."

"Abang Yan tengokkan cerita Hindustan, Kuch Kuch Hota Hai...?"

"Apa kena-mengena pulak cerita Hindustan dengan perkara yang sedang kita bincangkan sekarang ni?"

"Ish, diamlah! Cerita tu pasal Anjali yang kematian ibu. Dia ada papa dan nenek dia je... Dalam pertandingan bercerita, Anjali kena berbicara pasal ibu... Tapi, Anjalikan dah takde ibu.Kat situ je dah buat air mata menitis tau... Abang Yan lupa ke?"

"Ya Allah, baby ni... Sampai macam tu sekali baby nak sampaikan isi cerita tu?"

"Yelah...Baby bagi contoh je..."

"Tak payahlah mengarut, baby."

"Apa pulak mengarutnya... Baby cakap benda yang betul..."

"Ya... Abang Yan tahu. Nantilah Abang Yan fikirkan semua tu. Abang Yan belum mampu dan belum terfikir benda tu semua. Lagipun, arwah Kak Maria belum sampai setahun meninggal dunia... Biarlah dulu. Apa yang Abang Yan mahukan sekarang ni, Sara tak rasa kekurangan kasih sayang dari Abang Yan..."

"Tak Abang Yan. Sara takkan kekurangan kasih sayang walau sebesar zarahpun. Itu janji baby. Sara, kebahagiaan kita sekeluargakan? Baby janji, baby akan jaga Sara macam anak baby sendiri..."

"Darwish pun..."

"Danish pun macam tu juga..." Tiba-tiba sikembar Darwisha dan Danish muncul dimuka pintu.

"Eh, Sara!" De-an menerpa ke arah Danish yang sedang mendukung Sara. Tergapai-gapai tangan kecil Sara minta De-an mendukungnya. Itulah Sara. Anak kecil yang cukup mudah dijaga dan telatahnya cukup menghiburkan. Sara yang baru berusia 10 bulan menjadi kesayangan semua orang di dalam rumah agam ini termasuklah pembantu rumah mereka, Mak Intan dan Mak Hanim juga tukang kebun dan pemandu peribadi mereka Pak Amin dan Pak Leman.

Sara cukup disayangi lantaran hanya mereka yang Sara ada. Arwah Maria, anak yatim piatu. Jadi, Sara menjadi keutamaan Dayyan dan keluarga mereka. Sara ditatang bagai mnyak yang penuh. Namun, Dayyan tetap mengingatkan ahli keluarganya agar tidak terlalu memanjakan Sara. Bimbang anak sekecil ini sudah terlalu biasa kehendaknya dituruti dan bakal membawa masalah kelaks

Assalammualaikum... Alhamdulillah, dapat update bab pertama untuk BDTAA. Untuk bab 1, 2, dan 3, sis takkan buat chapter yang panjang-panjang... Masuk bab 4, baru sis panjangkan kisah DBTAA sebab unlock chapter. So... In shaa Allah... More than 3000 words. Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience