BAB 2 - DBTAA - SEBULAN

Romance Completed 79507

"Sara sayang... Meh kat mummy... Emm... Sayangnya dia..." De-an melekatkan pipinya ke pipi comel Sarah. Dengan mata bundar yang cukup mencairkan sesiapa sahaja yang memandangnya, Sara kelihatan sangat comel. Dengan De-an, mummy dan dua pembantu rumah merekalah tempat Sara menumpang kasih sayang. Apalah yang anak sekecil ini tahu. Dalam umur menjangkau 10 bulan, anak kecil ini hanya tahu ketawa dan menangis.

Sejak kepulangan De-an ke tanahair sebulan yang lalu, De-anlah tempat bermanja Sara. De-an rajin meluangkan masa bersama Sara. Dari tidur, tukar lampin, makan, minum, semuanya De-an yang ambil alih. Seolah-olah, De-an mummy kandung Sara. Nasib baik Sara jenis yang memang cepat mesra orangnya.

"Amboi, Sara ni... Dah ada mummy De-an, dengan daddy, dah tak nak ya..." Pipi gebu Sarah, dicium berkali-kali.

"Nikan kesayangan mummy De-an ni... Jom, mummy nak turun... Sara ikut mummy ya?"

"Jangan berani nak bawak Sara naik motor, ya baby?"

"Ish, abang ni... Takdelah. Ingat baby ni bodoh sangat ke? I love Sara so much. Baby takkan ambil risiko bodoh tu ya? Come Sara... Let's go..."

"Baby nak bawak Sara pergi mana?" Soal Darwish. Penat-penat Darwish dan Danish bawak naik, alih-alih, De-an nak bawak Sara pergi macam tu je... Ada ke patut?

"Nak turun! Baby lapar..."

"Oh, lapar... Ingatkan dah kenyang membuta..."

"Do I care? Malas nak layan Abang Darwish. Jom Sara. Mummy nak makan dulu... Pedulikan jantan gersang tu..."

"Hoi! Suka hati je cakap orang jantan gersang..."

"Hihihi..." De-an melepaskan ketawanya sambil mendukung Sara masuk ke dalam lif menuju ke tingkat bawah.

"Finally... Anak dara daddy dah turun."

"Hah, retipun turun. Mummy ingat nak kenyang tidur kat atas tu..."

"Ish, mummy daddy ni. Baby mengantuk je... Sara duduk kat sini ya..." Sara diletakkan di kerusi bayi bersebelahan De-an.

"Amboi... Sara kalau dengan mummy De-an, langsung tak heran dekat tok mi ngan tok di ya..."

"Mestilah... Kan Sara?" Pipi gembol Sara, dielus.

"Baby, dah sebulan berehat kat rumah. Rasanya dah boleh kot kerja dengan daddy. Tak pun, tolong mummy jaga butik ngan spa."

"Daddy nak jawapan jujur baby ke?"

"See... I told you already. She will refuse."

"Apa yang refusenya mummy? Baby tak cakap apapun lagi. Baby cuma tanya, mummy daddy nak jawapan jujur baby ke? Itu je..."

"Baby, nak air apa? Mak Intan tuangkan."

"Takpe mak... Nanti Baby ambil sendiri ya... Mak Intan ngan Mak Hanim, dah minum?"

"Takpe. Bbay minum dulu. Nanti mak minum kat dapur."

"A'ah ah... Tiada penolakan... Mak Intan, Mak Hanim. Meh teman baby minum dulu. Nanti mak nak buat kerja, perlukan tenaga. Sinilah, temankan baby..." Begitulah De-an. Walaupun anak manja, anak orang berada, dengan pembantu rumah, De-an tetap hormat. Itu yang dididik oleh mummy daddynya sejak kecil. Menghormati orang lain, terutama yang lebih tua, tak kira siapapun mereka. Miskin atau kaya.

"Yelah, Intan, Hanim. Duduklah minum sekali dengan baby. Jangan malu. Kitakan dah macam keluarga." Ujar mummy.

"Duduk Mak Intan, Mak Hanim. Tuangkan air..." Ajak daddy pula.

"Terima kasih, Tan Sri, Puan Sri, Baby..." Mereka bertiga menganggukkan kepala. Sudah hampir sepuluh tahun, Mak Intan dan Mak Hanim bekerja di villa mewah De-an. Manakala, Pak Leman dan Pak Amin sudah hampir 12 tahun bekerja di villa umpama istana itu. Kedua-duanya, tiada keluarga. Jadi Tan Sri Danial telah mengupah orang untuk membina sebuah rumah di tanah belakang villa bagi memudahkan Pak Leman dan Pak Amin berehat dan berteduh. Kebaikan Tan Sri Danial dan Puan Sri Shania, tak mampu dibalas dan sebab itu juga Pak Leman dan Pak Amin selesa bekerja di situ. Mereka beruntung mempunyai majikan yang cukup prihatin dan menjaga mereka tak ubah seperti keluarga sendiri.

"Mak Intan, Mak Hanim, makan ya. Baby nak tengok mak berdua makan sama-sama dengan baby. Baby dah lama tak makan sama-sama dengan mak berduakan?"

"Yelah... Mak makan ni." Tan Sri Danial dan Puan Sri Shania, tersenyum melihat keakraban mereka. Walau sekaya manapun, jangan sesekali pandnag rendah pada orang lain, lagi-lagi orang bawahan.

"Baby, baby belum jawab lagi soalan mummy daddy."

"Oh... Tapi, daddy mummy belum bagi jawapan pada soalan baby?"

"Soalan apa?"

"Mummy daddy nak jawapan jujur ke jawapan tipu-tipu?"

"Bertuah punya anak. Balik-balik itu yang ditanya."

"Mummy , please..."

"Yelah... Jawapan jujur. Mummy nak jawapan jujur baby."

"Sebenarnya..."

"Baby tak minat mummy. Baby kata tak adventure. Baby belum bertemu dengan apa yang dia cari."

"Apa Abang Yan ni? Potong je..."

"Betul apa? Abang Yan tolong jawapkan."

"Baby, baby dah rehat sebulan dah. Berapa lama lagi baby nak rehat?"

"Mummy... Baby faham maksud mummy tu. Tapi, seriously, baby tak minat nak masuk office atau jaga butik. Lagipun, baby belajar tentang psikologi. Apa kena-mengena masuk office atau jaga butik?"

"Jadi?"

"Baby nak cari kerja yang mencabar. Baby bebas nak tentukan pakaian baby. Baby tak naklah pakai baju kasual ke pejabat. Macam... Ish... Baby tak minatlah. Lagi-lagi duduk kat butik mummy tu... Boring..."

"Bertuah punya budak. Boleh pulak dia cakap boring..."

"Mummy, please... Daddy...?"

"Daddy jangan bagi muka sangat kat baby ni..."

"Busuk hati!" Darwish tergelak besar. Darwish memang suka mengusik adiknya.

"Cuba baby beritahu daddy, apa yang baby cari sebenarnya dalam hidup baby?"

"You really want to know?"

"Yap! Tell me..."

"Hah! Bagi muka kat anak dara awak sorang ni... Manjakan dia..."

"Mummy jealous..."

"Shut up!"

"Baby..."

"Daddy, sebenarnya, baby memang tak minat duduk kat offfice, pandang computer lama-lama. Duduk kat butik, sekadar memerhatikan kerja orang lain. Serious. Baby memang tak minat. Baby nak kerja yang adventure. Mencabar. Babykan jenis yang lasak."

"Hubby, jangan nak ikutkan sangat kemahuan anak dara awak tu ya. Dia sorang sahaja anak perempuan yang kita ada. Jangan izinkan baby kerja yang kasar, yang bukan bidang baby. Please hubby?"

"Mummy... Relax ok. Baby tak kata baby nak kerja yang orang lelaki buat. Tapi... Daddy, please... Bagi baby buat pilihan sendiri. Please..." De-an merayu.

"Fine!" Akhirnya daddy bersuara.

"Look here, young girl. Daddy bagi masa sebulan untuk baby cari kerja yang baby mahukan."

"Sebulan? Kalau baby tak berjaya?"

"You will work for daddy or mummy. Fullstop!"

"Daddy!"

"No objection!"

"Daddy...?"

"Baby... Padan muka..." Ejek Danish.

"Daddy... Mummy please..."

"No! Mummy takkan tolong lagi. Sebulan baby... Cari kerja yang elok-elok. Kalau tak, kerja ke dengan daddy atau mummy. Daddy dah bagi kata putuskan?" De-an melepaskan keluhan. Dayyan menghampiri adik kesayangannya. Jelas tergambar wajah sayu dan sugul De-an ketika ini.

"Baby..."

"It's ok, Abang Yan. Baby ok. Don't worry."

"Are you sure, you ok?"

"Absolutely. Ini babylah. Come Sara. Kita lepak kat gazebo, jom." Dayyan tahu, De-an sedih. Kata-kata daddy, tiada siapa yang mampu menidakkannya. Ketegasan daddy tak boleh dibuat main. Daddy memang ceria orangnya, macam De-an. Tapi, bila kata putus sudah diberi, itu bermakna, tiada siapa yang boleh membantah.

Dayyan dan sikembar Darwish dan Danish, mengekori De-an yang sedang asyik mendukung Sara ke gazebo. Sara diletakkan di playmate yang sudah tersedia dengan barang mainannya di gazebo.

"Baby..." De-an menoleh.

"Abang Yan, baby ok. Don't worry."

"Mulut cakap lain, wajah lain, hati lagilah lain." Perli Danish.

"Serious... Baby ok. Baby faham. Daddy buat semua ni untuk kebaikkan baby jugak. Tapi, baby memang tak minat nak pakai pakaian kasual, duduk office, pandang komputer. Urgh! Boring giler!"

"Baby... Baby nak Abang Darwish tolong carikan kerja untuk baby?"

"Kerja apa?"

"You should tell me... Baby nak kerja yang macamana? Baby jadi jurulatih seni mempertahankan diri, nak?"

"Nak ajar budak-budak? A big no!"

"Apa salahnya? Baby ada tali pinggang karate, taekwando, muay thai. Atleast, ada juga benda yang berfaedah yang baby buat. Dalam masa yang sama, baby boleh ajar anak-anak kecil menjaga diri mereka sendiri." Tambah Danish.

"Abang Danish, Abang Darwish... Baby akui, baby memang sukakan kanak-kanak. Tapi, itu bukan apa yang baby nak. Kalau nak ajar, baby nak ajar yang dewasa."

"Dah tu, nak macamana pulak?"

"Jadi bodyguard jelah, baby. Habis cerita..."

"Bodyguard?"

"Jangan nak mengada. Awak tu perempuan."

"Apa salahnya? Babykan handal bertarung."

"Tapi, itu bukan kerja orang perempuan. Abang Yan tak nak tengok adik abang yang cantik, vogue, yang gorgeous ni cedera."

"Sayang juga Abang Yan kat baby eh?"

"Adikkan, darah daging Abang Yan, jugak. Mestilah Abang Yan risau..."

"Habis tu, confirm ke baby nak jadi bodyguard?"

"Ish, tak naklah. Nantilah. Baby fikirkan dulu. Lagipun, daddy dah bagi masa sebulan untuk baby cari kerja sendiri."

"Baby kena ingat. Apapun yang baby nak buat, fikirkan daddy, mummy... Jangan ikut kepala sendiri. Baby masih dibawah tanggungjawab mummy daddy."

"Ya. Baby tahu. Thanks for reminding me."

"Yelah. Abang Yan nak masuk office. Ada meeting dengan supplier. Darwish, Danish... Let's go." Darwish dan Danish menganggukkan kepala sebelum mendekati De-an dan Sara.

"Daddy follow ke?"

"Daddy ada perjumpaan dengan Datuk MK. Daddy tak masuk office."

"Bye Sara. Jangan nakal-nakal duduk dengan mummy De-an ya." Ubun-ubun anak kecil itu, dikucup. Tersenyum lebar anak kecil bermata galak yang tidak pernah lekang dengan senyuman comelnya. De-an tersenyum lebar.

"Baby, jaga Sara elok-elok. Jangan keluar tak tentu arah. Nak pergi mana-mana, pastikan inform abang dulu."

"Ya, baby tahu."

"Bye Sara..." Tangan kecil itu melambai-lambai ke arah tiga jejaka idaman malaya.

Sementara itu, De-an asyik memikirkan apa yang patut dia lakukan. Mencari kerja yang bersesuaian dengan bidang dan kelulusan yang dimiliki tentu tidak mendatangkan sebarang masalah. Tetapi mencari kerja yang bersesuaian dengan minat, tak semudah yang disangka. De-an mengeluh.

"Tak baik mengeluh, baby."

"Eh, mummy. Bukan mummy kena masuk butik ke?"

"Ya. Tapi, mummy minta tolong Aunty Sally tengokkan butik. Mummy nak teman anak bongsu mummy." Ujar mummy seraya merenung seraut wajah cantik di hadapannya.

"Mummy ni... Touching ah..."

"Baby ok?"

"What do you mean? Of course baby ok."

"Baby tak pandai berbohong." De-an meraup wajahnya. Matanya dialihkan ke arah Sara yang asyik bermain dengan permainan di hadapannya di playmate.

"Baby?"

"Mummy... Baby ok. Don't worry."

"Baby kecewa dengan keputusan daddy?"

"Tak. Baby tahu. Apa yang daddy buat tu untuk kebaikkan baby jugak. Cuma, baby hanya mahukan sedikit masa untuk baby cari apa yang baby minat. Itu je."

"Daddy dah bagi baby masa sebulan. So, gunakan sebaik mungkin." De-an simpan senyum. De-an tahu, mummy daddynya cukup memahami minat anak-anak. Cuma, De-an tidak minat untuk bekerja di pejabat.

"Baby minta maaf, mummy. Bukan baby tak na tolong mummy daddy. Tapi, baby memang tak minat nak duduk kat pejabat. Lagipun, jiwa baby bukan ke arah business. I'm sorry, mummy."

"Baby, listen here. Mummy daddy tak kisah apa juga pilihan baby. But, you have to know one thing... Think about us before you make any decision. Apa yang baby pilih, akan menjadi penentu masa depan baby sendiri. Mummy daddy takkan paksa anak-anak untuk mengikut apa yang kami mahukan. Kalian yang akan pilih dan mencorak masa depan kalian sendiri. Kami sebagai ibu bapa, akan mendoakan yang terbaik buat anak-anak kami."

"Mummy ni... Janganlah buat baby sedih..."

"Haha... Sejak bila pulak anak dara mummy ni, pandai sedih-sedih ni? Eh, mummy lupa nak bagitahu sesuatu."

"Apa dia? Mummy nak belanja baby ke?"

"Ish, budak ni! Mummy nak ajak baby keluar temankan mummy malam minggu ni."

"Pergi mana? Kita bawa Sara ke?"

"Of course not! Mummy nak ajak baby temankan mummy ke majlis perkahwinan anak Datin Sarimah dengan Dato' Muaz."

"Majlis perkahwinan?"

"Yap! Jangan nak bagi alasan. Daddy tak dapat follow. Daddy ada dinner dengan share holders kat Hotel Imperial. Dayyan, Darwish dan Danish akan ikut sekali. So, tinggal baby je."

"Ala, mummy. Mummy tahukan baby tak sukalah nak ke majlis-majlis formal ni. Rimas..."

"Baby... Inilah masanya, untuk baby keluar, lihat dunia luar. Campur dengan orang ramai."

"Tapi, mummy..."

"De-andra Deborah... Listen here. Mummy tahu anak mummy macamana. Mummy tahu baby tak minat belajar selok-belok dunia perniagaan. Tapi, ini semua untuk kebaikkan baby sendiri. Mummy daddy hanya ada baby, Dayyan, Darwish dan Danish untuk menyambung delegasi keluarga."

"Mummy, janganlah cakap macam tu..." De-an mendakap erat tubuh mummynya.

"Mummy nak bawak baby keluar jumpa kawan-kawan baru. Baby kena keluar dari kepompong. Hirup udara baru. Cari hidup baru. Mana tahu, ada rezeki baby nanti, dapat kerja yang baby minat? Who knows?" Tiba-tiba De-an rasa teruja.

"Hurm... Betul jugak apa yang mummy cakap. Kalau macam tu, baby setuju ikut mummy. Tapi, boleh tak jangan lama-lama sangat. Takut, baby boring nanti."

"Itu, mummy tak janji."

"Ala..."

"Dahlah! Mummy nak ke butik. Nanti, Puan Sri Dahlia nak buat facial."

"Mummy... Baby mana ada baju nak ke majlis tu nanti..."

"Don't worry. Semuanya mummy akan sediakan. You just get ready, ok?"

"All right. Thanks, mummy."

"Your welcome. Jaga Sara. Jangan keluar merayau. Nak pergi mana-mana, please, inform."

"Ok, mummy. Baby tahu."

"Jangan nak tunggang motor. Baby ingatkan, daddy dah warning."

"Ya, mummy. Baby ingat."

'Baru nak tunggang motor Abang Dayyan.'

Assalammualaikum. Alhamdulillah... Chapter baru dah update. Jemput jenguk. Masih percuma. Bab 4 dan seterusnya akan dilock. Enjoy reading. Hi silent and unsilent readers.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience