"Puan Sri Shania... Jemput masuk, Puan Sri. Ingatkan tak datang tadi."
"Ish, mana boleh tak datang. Saya dah janjikan."
"Puan Sri, siapa si cantik jelita ni? Tak pernah tengok pun?"
"Ini anak bongsu saya. De-an... Baby, salam..."
"Aunty, uncle..." De-an menyalami dan mengucup kedua tangan sahabat mummy.
"Ya Allah, subhanallah. Cantiknya... Kenapa tak pernah kenalkan dengan kami, Puan Sri. Cantik ni, macam model... Kan bang?" Datin Sarimah mengalihkan pandangannya pada Datuk Muaz.
"De-an baru habis belajar. Baru balik Malaysia."
"Oh... Ya Allah. Cantik sangat ni. Nasib baik aunty takde anak lelaki." De-an kulum senyum.
"Jangan dipuji sangat anak dara saya ni, Datin. Kembang dia."
"Ish, mummy ni..."
"Takpe Puan Sri. Mari Puan Sri, De-an. Kita masuk."
"Ya, Datin."
"Terima kasih aunty, uncle." De-an menundukkan kepalanya tanda hormat sebelum membontoti mummy.
'Uncle dia panggil aku? Macam ni punya segak, uncle? Haish, bergetar rusuk kiri aku. Kenapalah kau cantik sangat, De-an. Aku dapat kau, siaplah... Tak keluar bilik nanti...'
De-an sedar dan De-an dapat rasa, ada mata yang memandang ke arahnya.
'Tak padan dengan tua, ada hati nak pandang orang. Macam nak telan orang je... Pervert!'
"Silakan Puan Sri, De-an. Jemput makan. Pengantin dah bersanding tadi. Kalau nak ambil gambar, silakan."
"Yelah, Datin. Takpe. Kami duduk dulu di sini, ya."
"De-an, jangan malu-malu, ya."
"Baik, aunty."
"Mummy, Datuk Muaz tu kenapa? Tak pernah tengok perempuan ke?"
"Uish! Apa baby ni?"
"Mummy tengoklah Datuk Muaz tu... Eee... Scary je... Macam tak betul je, tersengeh-sengeh, pervert..."
"Biarkan je. Jangan dilayan. Datuk Muaz tu memang gatal. Bini dah tiga pun."
"Hah, tiga?"
"Shu... Suara tu..."
"Sorry, mummy..."
"Kita makan dulu. Nanti boleh cepat balik."
"Ok, mummy."
"Mummy nak pergi mana?" Soal De-an selepas beberapa minit mereka menjamu selera.
"Jumpa kawan mummy, sekejap..."
"Ala, mummy. Janganlah tinggalkan baby sendirian kat sini..."
"Baby..."
"Mummy, please... Biarlah mak-mak datin tu datang sini. Tak payahlah pergi sana."
"Baby, dorang panggil mummy tu... Sekejap je..."
"Dorang panggil, dorang kena datang sini, bukannya mummy pergi sana. Mummy, Puan Sri. Dorang Datin je, paling kurang pun Datin Sri..."
"Baby, kenapa cakap macam tu...? Takde beza pun pangkat tu..."
"Tapi, mummy... Mummy dah janji takkan tinggalkan baby, kan?"
"Baby, mummy bukan pergi manapun. Mummy kat meja tu, je." Ujar mummy seraya menghalakan muncung merahnya ke arah rakan-rakan orang kayangan. Sebenarnya, De-an kurang berkenan menghadirkan diri ke majlis-majlis keramaian begini. Bukan apa. De-an kurang gemar melihat wanita-wanita yang sudah berusia lebih kurang umur mummynya berlebih-lebih dalam bergaya. Mengalahkan orang muda. Ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit sebulan semata-mata nak cantik, walaupun hakikat sebenarnya, tak cantik manapun. Tapi, memandangkan mereka ni dari kalangan VIP, kecantikkan perlu dititikberatkan walaupun... Errgghh...
"Baby, mummy pergi sekejap je. Boleh ya?" De-an melepaskan keluhan.
"Fine... Janji sekejap ja. Kalau tidak baby balik sendiri."
"Amboi, dah pandai ugut mummy..."
"Cepat, mummy. Your time starts now..."
"Bertuah punya anak." De-an melepaskan tawa sambil menutup mulutnya. Tetap kelihatan sopan.
"Hai... Seorang je..." De-an menjongketkan keningnya. De-an menoleh.
'Hurm... Not bad... Handsome...'
"You ada nampak sesiapa kat sini, ke?" Jejaka tadi menggeleng.
"So, that's mean, I seorang."
"Sorry, my bad... By the way... I, Aryan..." Tegur jejaka tadi sambil menghulurkan tangannya.
"Maaf... I tak kenal you... Dan I tak..."
"I faham." Jejaka bernama Aryan menarik semula huluran tangannya.
"Sorry... I..." De-an rasa bersalah. Tapi, memang sudah menjadi kebiasaan De-an bila dia bertemu dengan orang baru, De-an susah nak menyambut huluran tangan mereka. Lagi-lagi, kalau lelaki.
"No. It's ok. You dah makan?"
"Alhamdulillah. Thank you. You?" Aryan mengangguk perlahan sambil tersenyum lebar sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kanan kirinya.
'Ya Allah... Lesung pipit... Oh... I'm flattered...'
"Desert?"
"Ada ke? I tak perasan pun."
"Ada. One moment. I ambilkan untuk you. You nak apa?"
"Anything. Thanks again."
"My pleasure. You tunggu sekejap ya..." De-an menganggukkan kepala.
'Sweetnya pulak dia ni... Nak ngorat akulah tu...'
"Hi gorgeous!" Suara kasar seorang lelaki menyapa telinganya. De-an terdongak, bila didapati terdapat sepasang kaki panjang yang berdiri di hadapannya.
"Oh mak kau!" De-an terkejut melihat seorang lelaki yang agak besar tubuhnya, berdiri bertentangan menghadap dirinya. Cepat-cepat De-an menekup mulutnya.
"Sorry... Sa...saya tak sengaja..."
"It's ok. You seorang ke?"
"She's with me..."
"Aryan Ardani... You ni, memang suka potong jalan orangkan?"
"Potong jalan apa, Megat Zafrul Zulkarnain?" De-an tergamam melihat perlakuan dua lelaki di hadapannya. Megat Zafrul menjongketkan sedikit di hujung bibir.
"I ada dengan si cantik ni tadi. You yang datang tak bagi salam."
"Is it true, gorgeous?" De-an menelan air liur sebelum mengangguk perlahan.
"See... I told you... She's with me..."
"Whatever... By the way, gorgeous... You look stunning dear. You're so beautiful... See you later, ok... I adore you..." De-an simpul senyum lalu menganggukkan kepalanya.
"Sorry..."
"No, it's ok. Siapa tadi tu...?"
"That idiot?"
"Hihihi..."
"He is Megat Zafrul Zulkarnain."
"Kawan you ke?"
"Who? That failure?" De-an mengangguk.
"No way! That jerk nak jadi kawan I? Sorry..."
"Why?"
"Dia pesaing I..."
"Pesaing?"
"Just forget about him. Silakan. Untuk you..." Aryan meletakkan piring kecil yang berisi puding coklat dan beberapa ketul cupcake yang dihias cantik khas untuk De-an.
"Wah... Comelnya... Thanks Aryan..."
"My pleasure dear..." Aryan simpul senyum.
'Dia panggil aku, dear... Oh... I'm flattered again and again... Wake-up De-an... Jangan nak berangan...'
"De-an..."
"Mummy..."
"Aunty..." Aryan menyalami dan mengucup kekura tangan Puan Sri Shania Stella.
'Wah... Baiknya dia... Sesuai dibuat menantu ni...'
"Eh... Aryan..."
"How are you, aunty?"
"Alhamdulillah... Macam nilah, Aryan... Sihat orang tua."
"Ish... Aunty mana ada tua... You look gorgeous as usual..."
'Ele... Nak bodeklah tu...'
"Hahaha... Pandaikan, nak bodek aunty... Aryan macamana? Bila balik sini?" Aryan simpan senyum.
"Aryan sihat, aunty. Alhamdulillah... Baru seminggu balik sini, aunty..."
"Mummy?"
"Oh, Aryan... Ini..."
"De-an... De-andra Deborah... Anak bongsu, auntykan? Berumur 26 tahun. Baru sahaja menamatkan Phd dan baru sebulan pulang dari luar negara. Am I right, aunty?" De-an sedikit tersentak bila ada orang yang tidak dia kenali, tahu mengenai dirinya.
"Wah... How do you know young man?"
"She looks like you... Gorgeous, beautiful..." Aryan cuba mengubah topik. Dari mana Aryan tahu, biarlah rahsia.
"Stop it, Aryan... Kembang De-an nanti..."
'Ele... Saja je nak tackle aku... Macamlah aku tak kenal perangai jantan macam kau ni...'
"De-an... Kenalkan... Ini Aryan Adani, anak aunty Ashikin dan Uncle Amri, kawan mummy daddy..." De-an mengangguk sambil senyum ke arah Aryan.
"Kenapa you tak senyum dari tadi?"
"What do you mean?"
"Mahal eh, senyuman you..." De-an bingung.
"You memang cantik. Tapi, bila you senyum, lagi cantik..." Berbahang wajah De-an dipuji.
"Emm... Mummy dah ke?" De-an cuba mengubah suasana canggung.
"Why?"
"Jom kita balik?"
"Awal lagikan?" Celah Aryan.
"Sebenarnya, I tak gemar sangat nak join event macam ni..."
"Kenapa?"
"Entahlah..."
"De-an memang dari kecil tak suka ramai-ramai. Rimas katanya. Pernah dulu, De-an menangis sebab ramai sangat yang kerumun dia..." Ujar mummy, imbas kenangan De-an semsa kecil.
"Mummy... Apa ni? Malulah baby..."
"Baby?"
"Itu nama timangan De-an masa dia kecil. Maklumlah... Anak-anak aunty semuanya lelaki. Bila De-an lahir, abang-abang De-an yang bagi nama tu. Sebab dia satu-satunya, bunga mawar dikalangan anak aunty..." Membulat mulut Aryan mendengar penjelasan mummy De-an. Sementara De-an, hanya mampu menyorokkan wajahnya dibelakang mummy... Malu bertandang bila Aryan memandangnya dengan senyuman yang bisa mencairkan hati ramai wanita, termasuk De-an sendiri.
"I like it..." Sempat De-an menjeling ke arah Aryan.
"Aryan, tak sibuk nanti, jemputlah datang rumah. Ajak papa mama sekali. Kita boleh borak-borak panjang."
"In shaa Allah, aunty. Thanks for inviting us..."
"No sweat, young man. Lagipun, aunty dah lama tak berborak dengan mama Aryan. Masing-masing busy sangat dengan kerja."
"Emm... Kalau macam tu, apa kata kita bercuti ramai-ramai..."
"Bercuti?"
"Yap... Papa ada resort kat Melaka. Jadi, why not kita spend time together, berehat sambil ber'me time'. Takdelah gangguan nanti..."
"Sound interesting... Tapi, Aryan kan bekerja?"
"Belum lagi aunty. Aryan baru seminggu balik. Jadi, Aryan dah inform papa nak rehat dulu seminggu dua sebelum ambil alih tugas papa."
"Dengar tak baby. Aryan pun baru balik. Baby dah sebulan berehat. Masih tak nak tolong mummy daddy kat pejabat..."
"Ish, mummy ni... Apa pulak samakan baby dengan Aryan?" Aryan simpan senyum.
'She's so cute...'
"Taklah. Tapi, Aryan nak ambil masa berehat seminggu dua je sebelum nak tolong mama papa dia. Baby... Dah sebulan... Tapi, tetap tak nak tolong mummy daddy..."
"Mummy...?"
"Taklah aunty. Aryan ingat nak rehat sekejap. Lagipun, penat tak hilang lagi. Bukan mudah nak ambil alih tugas kat pejabat tu. Kalau nak diikutkan, Aryan tak minat tugas-tugas kat pejabat ni. Membosankan."
"Hah, see... Aryan pun cakap macam tu..." Celah De-an.
"Tapi, Aryan kesiankan papa dan mama. Lagipun, Aryan tak ramai adik-beradik. Berdua je dengan kakak Aryan, Kak Amani... Kak Amani dah ambil alih kerja mama. Jadi, hanya tinggal Aryan je. Tak sampai hati pulak nak biarkan papa buat kerja tu sorang-sorang dalam keadaan papa kurang sihat sekarang ni..."
"Auw... Mama papa Aryan bertuah dapat anak yang baik dan bertimbang rasa macam Aryan..."
"Aunty... Jangan puji Aryan macam tu. Aryan macam orang lain juga. Ada minat sendiri. Tapi, papa dan mama keutamaan Aryan."
"Aryan memang anak yang baik."
"Taklah aunty. Aryan tak baiklah. Kekadang, nakal jugak." Seloroh Aryan dengan gelak kecilnya sehingga menampakkan lesung pipit.
'Ya Allah... Comelnya...'
" Aryan cakap, papa kurang sihat?"
"Ya, aunty."
"Papa Aryan sakit apa?"
"Papa baru-baru ni disahkan mengalami masalah kesihatan yang serius. Dan, bakal menjalani pembedahan."
"Pembedahan? Papa Aryan sakit apa? Kenapa aunty tak tahu? Mama Aryan pun tak cakap apa-apa..."
"Mama memang macam tu. Tak suka canangkan hal family pada orang luar. Bagi mama, selagi mama boleh handle, mama akan handle sendiri. Mama tak suka susahkan orang lain. Kekadang, Aryan dan Kak Amani berkecil hati bila mama sembunyikan hal ni dari kami."
"Papa you sakit apa?"
"Masalah buah pinggang. Salah satu buah pinggang papa dah tak berfungsi..."
"Allahuakhbar..." Tergamam Puan Sri Shania, lantas menekup mulutnya dengan tapak tangan. Begitu juga De-an yang sedikit terkedu.
"Apa solusinya? Maksud I... Apa cara untuk... Emm... Kalau sebelah buah pinggang dah tak berfungsi..."
"I faham apa yang you cuba maksudkan. Doktor cakap memang dah takde harapan melainkan buang buah pinggang tu dan digantikan dengan buah pinggang baru."
"Tapi, macamana? Maksud I, dah dapat buah pinggang yang bersesuaian ke?"
"Alhamdulillah... Dah ada... Cuma, tunggu hujung bulan ni untuk dijalankan pembedahan."
"Hujung bulan ni?"
"Yap!"
"Siapalah yang baik hati tu?" Aryan simpan senyum.
"Ahamdulillah... Allah permudahkan urusan papa dan kami sekeluarga."
"Aunty doakan semua urusan Aryan, papa dan keluarga Aryan dipermudahkan Allah swt. Aryan kena kuat. Sekarang ni, Aryan bakal memegang tanggungjawab besar dalam keluarga. Apatah lagi selepas ni, Aryan yang akan mengambil alih tugas papa. Jadi, Aryan banyak kena belajar. Yang penting, belajar menjadi matang."
"Aamiin... Thanks aunty. Aryan tahu, aunty. Dan sebab itu, habis je belajar, Aryan terus balik sini. Aryan tak nak kusutkan keadaan lagi. Mama papa tu, nampak je macam dorang kuat semangat. Hakikat sebenar tak..."
"I'm really proud of you..."
"Thanks aunty."
"Jadi, macamana dengan rancangan Aryan? Jadi ke?"
"Maksud Aryan, bercuti?"
"Hurm..."
"In shaa Allah. Nanti aunty confirmkan dengan Aryan. Lagipun, aunty kena tengok schedule uncle dulu. Tu belum lagi tiga bujang kat rumah tu... Yang ni, takyahlah tanya... Dia memang fre memanjang..."
"Mummy..."
"Haha... Takpe aunty. Kalau semua busy, kita tunda je ke tarikh lain. Aryan tak nak ganggu kerja orang. Lagipun, hujung bulan ni, papa ada pembedahan buah pinggang."
"Aunty faham. In shaa Allah, Aryan. Ada rezeki nanti, kita doa yang baik-baik."
"In shaa Allah, aunty."
"Emm... Aryan... Kami balik dulu ya... In shaa Allah, ada rezeki, kita jumpa lagi."
"In shaa Allah... Err... De-an..."
"Yes...?"
"Can I..."
"Aryan... Ni... Nombor De-an..." Malu Aryan.
"You tak kisah ke I ambil nombor phone you?"
"No... It's ok. Mummy dah bagikan?"
"Thanks De-an... Nanti I call you..."
"Ok... Mummy, jom..."
"Yelah... Aryan, jemput datang rumah. Ajak mama dan papa. Sekali dengan Amani, ya?"
"In shaa Allah, aunty."
"Kami balik dulu, ya?" Aryan mengangguk sambil tersenyum sebelum menyalami dan mengucup kekura tangan Puan Sri Shania.
"See you again, De-an."
"You too... Nice to meet you, Aryan..."
"Nice to meet ou too, De-andra Deborah..." Ujar Aryan dengan senyuman yang paling kacak.
'Ya Allah... Cair aku macam ni... Tak boleh ni...'
"Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam..."
"Sial! Korang dah kenal rupanya. Kau ni, Aryan... Mana aku ada, kau ada. Memang suka menyemakkan pandangan aku je... Hish!"
Alhamdulillah... Akhirnya, dapat jugak update chapter baru untuk DBTAA ni. Maaf sesangat. Sis busy dengan tugas hakiki, dengan KBD... Dengan world cup lagi... Hihihi... Baru berkesempatan nak update. Sorry guys... Bab ni, tak banyak... Hanya 2000k... Untuk bab 4 dan seterusnya, 3000k tak lari sebab unlock chapter... Apa yang akan terjadi seterusnya... Nantikan chapter baru. Enjoy reading... Maaf ya, kalau ambil masa sikit nak update chapter baru...
Share this novel
Satu lagi,how to lock chapter?sorrylah banyak tanya
Thanks
sis kena ke bahagian support di page depan every novel... just click kat bahagian support, then kelua banyak kotak... tapi, sis tekan bahagian bawah sekali tertera 'top-up'. lepas tu boleh tekan kotak mana yg sis nak, meaning, sis boleh pilih how many, how much ncoins yg sis nak beli. lastly tekan kat tmpt yg berkenaan then blh buat bayaran... but, first at all, baca term and conditions sebelum but bayaran ya... good luck