Assalamualaikum Kira...Design untuk baju dah siap. Nak
tengok? – Kak Wahidah
Aku yang sedang bosan menonton televisyen sambil baring,
terus duduk mendadak. Terus senyuman terukir di bibirku.
- Waalaikumussalam. Nak! Boleh datang sekarang ke?
Boleh. Tapi Firaz takde sekarang. Takpe ke? J
Aku menekup muka menggunakan bantal. Ohh...malu gila! Nasib
baiklah Kak Wahidah takde depan aku sekarang ni. Kalau tak, aku tak tahu
nak lari pergi mana dah.
- Kira datang sekarang.
Terus aku bergegas naik ke bilik. Selepas selesai bersiap,
aku terus mengetuk pintu bilik Azlin . “Aku nak keluar. Ada apa-apa yang
nak aku beli?”
Azlin hanya menggeleng sambil menggaru kepalanya. Aku nak je
gelak bila tengok muka dia baru bangun tidur. “Apa ni anak dara bangun
lambat...”
“Eleh, kau baru hari ni bangun awal. Oh lupa! Belikan aku
shampoo rambut.”
“Okey.” Aku membetulkan sedikit tudung bawalku sebelum turun
ke tingkat bawah. “Jangan lupa kunci pintu!” Sempat lagi aku menjerit
sebelum menutup pintu rumah.
Share this novel