Masa aku sampai dekat pejabat, Encik Nazil dah setia
menunggu dekat meja aku. Demi melihat aku yang dah sampai, terus dia
tersengih lebar. Aku hanya menusingkan mata ke siling.
“Sorry lambat. Saya solat dekat masjid tadi. So, mananya
adik Encik Azrin?”
“He’s on his way.”
Beg tanganku diletakkan di atas meja. “Saya nak pergi
ladies kejap.”
Encik Nazil mengangguk. “Okey. Tapi jangan lama sangat.”
Ucap Encik Nazil sambil tersengih. Aku terus mencebik. “Saya tahulah...”
Aku terus melangkah ke bilik air. Mencuci tangan sebelum
membasuh muka yang terasa sembap. Aku memang kurang suka pakai mekap,
jadi sebab tu aku tak kisah pun nak bubuh bedak dekat muka lepas dah
basuh muka. Cuma lip balm yang sentiasa aku letakkan di dalam poket baju
kurung ni je yang aku pakai. Aku memang selalu pakai baju kurung kalau
kat office ataupun nak pergi berjalan sebenarnya. Cuma baju tu bukan
aku yang pilih tapi mak aku yang pilih. Sebab tulah aku menghadapi
masalah besar kalau nak aku disuruh membeli baju kurung.
Selepas selesai menyapu lip balm ke bibir, aku terus
melangkah keluar. Langkah diatur menuju ke bilik Encik Nazil yang
pintunya terkatup rapat. Aku dapat mendengar bunyi orang sedang
berbual-bual. Sebelum aku mengetuk pintu, sempat aku mengintai mengikut
cermin kaca lutsinar untuk melihat muka adik Encik Azrin.
“Dia!” Mulut aku terus terlopong. Aku terus membuka pintu
bilik Encik Nazil tanpa mengetuk terlebih dahulu. Dada aku berombak
kencang sekarang ni. Kalau dia nilah adik Encik Nazil yang Encik Azrin
sibuk nak suruh aku jumpa, tak payahlah! Tak jumpa pun takpe! Tak kisah
dan tak peduli!
“Kira...” Lelaki itu turut terkejut melihat aku yang sudah
merah muka.
“Encik Azrin...” Aku memandang Encik Nazil yang terkedu
melihat aku marah. “Dia adik Encik Nazil ke?”
“Erk... Kira, awak dah salah faham ni.”
“Saya sebenarnya adik Encik Azrin.” Ucap seseorang yang
berada di belakang aku. Spontan aku terus berpaling ke arahnya sebelum
aku terkejut untuk kesekian kalinya.
“Encik Firaz ...” Aku menyebut namanya perlahan. Saiful yang
berdiri di hadapan meja Encik Nazil mula menghampiriku apabila melihat
aku yang terkedu.
“Maaf saudara. Dia bakal tunang saya...” Firaz tiba-tiba
sudah berdiri di hadapanku, menghalang Saiful dari menghampiriku. Sekali
lagi aku terkejut. Tunang dia? Aku tunang dia?
“Awak nak bertunang?” Saiful bertanya kepadaku yang berdiri
di belakang Firaz . Aku hanya mengangguk kecil. Konon nak bertunang tapi
calon pun takde! Tapi alang-alang Firaz nak menyamar jadi bakal tunang
aku, apa salahnya kan?
“Kan awak tak nak bertunang dengan saya.” Balasku tenang.
“Tapi awak tahu kan kenapa saya tak boleh nak bertunang
dengan awak?”
Aku menggeleng walaupun aku tahu apa alasan dia. Alasan dia
bagi aku sangatlah klise. Dia nak sambung belajar dekat luar negara dan
tak sanggup biarkan aku sendirian menunggu dia sampai habis belajar.
Ohh... please! Apa kau ingat aku tak boleh berdikari ke?
“Kira...” Dia cuba menghampiri aku lagi tetapi kali ni Firaz
menahan dengan memegang bahu Saiful. “Dia dah nak bertunang. Stop doing
this...” Katanya dengan nada tegas. Aku hanya membiarkan tindakan Firaz
sebab aku memang tak suka pun Saiful dekat-dekat dengan aku. Jarak aku
dengan Firaz sekarang ni pun jauh sebenarnya. Aku mengerling ke arah
Encik Nazil yang sejak dari tadi mendiamkan diri. Mungkin pelik dengan
perangai adik dia yang membela aku kot.
“Abang, dia ni siapa?” Tanya Firaz pada Encik Azrin. Aku
turut memandang Encik Azrin.
“Client abang. Dia nak buat baju korporat untuk company
dia.” Jawab Encik Nazil agak kelam-kabut sambil menggaru kepalanya.
“So I guess, urusan awak hanya melibatkan abang saya
bukan?” Ujar Firaz sambil memeluk tubuh. “Abang, can I take Kira out
for awhile? Ada benda nak discuss.”
“Ohh... okay. Take care.”
Firaz segera melangkah keluar dari bilik Encik Azrin. Aku
pulak cepat-cepat mengikut dia dari belakang. Masa kami duduk dalam lif
pun, dia langsung tak cakap apa-apa sampaikan aku dah mula rasa cuak.
“Baju awak dah siap.”
Aku berpaling ke arahnya. “Dah siap? Cepatnya...”
“Boleh kita pergi tengok baju tu sekarang?” Tanyanya sambil
memandang ke arah aku. “Boleh kot.” Jawabku ringkas.
“Baguslah kalau macam tu. Awak pergi dulu kedai. Nanti saya
datang.” Dia terus masuk ke dalam perut keretanya meninggalkan aku
tercengang seorang diri dekat sini. Akhirnya aku hanya mampu menarik
nafas panjang sebelum mengeluarkan kunci kereta aku dari dalam beg
tangan. Sesekali aku menggeleng apabila teringat kembali kelakuan pelik
Firaz .
Share this novel