“Cantiknya!”
Kak Wahidah tersenyum apabila melihat muka aku yang tengah
kagum melihat hasil rekaan Firaz . Ni baru atas kertas, buatnya bila dah
siap nanti. Mahu terlopong terus mulut aku ni haa...
“Special untuk Kira.” Ucap Kak Wahidah dalam senyumannya.
Aku hanya tersenyum sumbing. Takkanlah special untuk aku kan? Siapalah
aku untuk dianggap istimewa oleh Firaz ?
“Semalam Firaz tidur lewat semata-mata nak siapkan design ni.”
Aku mengangkat muka memandang Kak Wahidah. “Kesiannya dia,
kak. Mesti saya dah menyusahkan dia.”
Cepat-cepat Kak Wahidah menggeleng. “Dia suka lukis design
ni untuk Kira. Bila dia tidur, dia senyum je sebab dah siapkan design ni
untuk Kira.”
Entah kenapa aku tiba-tiba rasa sebak. Mana ada orang buat
aku macam ni tau kecuali mungkin Azlin seorang je. “Cakap terima kasih
banyak-banyak dekat Firaz ye, kak. Cakap kat dia maaf sebab buat dia
tidur lewat semata-mata nak siapkan design ni.”
“Ala, dia tak kisah pun.” Kak Wahidah senyum.
“Dia pergi mana, kak?”
“Dia pergi cari benda sikit. Tadi dia call, dia suruh Kira
tunggu kejap.”
“Tunggu? Nak buat apa?”
Kak Wahidah mengangkat bahu. “Tak tahulah pulak akak.
Mungkin dia nak tanya pasal design ni kot.”
Aku hanya mengangguk sebelum berpaling ke arah pintu kedai
yang terbuka. Firaz sedang melangkah masuk sambil membawa sebuah kotak
yang agak besar. Dia mengukir senyuman untuk aku sebelum berlalu ke
bilik belakang untuk menghantar kotak tadi.
“Dah lama sampai?” Tanya Firaz selepas dia kembali dari
bilik belakang. Aku hanya menggeleng kecil. “Baru je lagi.”
“Tapi sempatlah habis secawan teh ni.” Sambung Kak Wahidah
kemudiannya. “Kenapa lambat?”
“Jalan jammed.” Jawab Firaz sambil menggaru kepalanya. “So,
macam mana dengan design tu? Cik Kira suka tak?”
Aku pantas mengangguk. “Suka sangat. Sorry sebab awak
terpaksa tidur lewat sebab nak siapkan design ni.”
“Jangan mintak maaf. Itu memang kerja saya.” Dia tersenyum.
“Apa-apapun, thanks.”
“My pleasure...”
Share this novel