Aku terlopong sebaik saja melangkah masuk ke dalam butik
milik Firaz ni. Besar memang besar tapi aku paling suka dengan hiasan
dalamannya. Di setiap dinding butiknya dipenuhi dengan ayat-ayat
Al-Quran. Timbul rasa kagum di hati aku ini terhadap lelaki bernama
Firaz ni.
“Assalamualaikum...” Seorang wanita datang menghampiriku
yang sedang sibuk memerhati keadaan di sekeliling butik itu.
“Waalaikumussalam...” Sebuah senyuman aku hadiahkan untuk
gadis comel di hadapanku sekarang.
“Saya Saiedatul yang telefon Cik Kira tadi.” Ucap gadis itu
sambil membalas senyumanku. Dia menghulurkan tangannya kepadaku dan kami
berjabat tangan untuk seketika.
“Jangan panggil cik. Panggil je Kira.” Kataku sambil
tersengih. Tak selesalah pulak bila orang panggil aku Cik Kira .
Lisa ketawa kecil sambil menutup mulutnya. “Mari ikut saya
ke bilik belakang. Saya nak ambik ukuran badan awak.”
Pada mulanya aku memang agak pelik sebabLisa je yang aku
nampak dalam butik ni tapi lama-lama aku biarkan je walaupun teringin
jugak nak tengok lelaki yang bernama Firaz tu.
“Kawan awak nama Azlin tu kan?”
“Yup. Saya tak pandai sangat nak pilih baju kurung ni. Nak
beli yang dah siap, takde pulak yang berkenan dengan hati. Selalunya mak
saya yang pilih tapi kali ni, mak suruh saya pulak yang pilih. Tu yang
mintak tolong Azlin ..” Jawab aku panjang lebar walaupunLisa tak tanya.
Lisa hanya tersenyum sebelum membawa aku ke sebuah bilik
lagi. “Kat dalam ada abang saya dengan kakak saya. Diorang akan tolong
awak...”Lisa membuka pintu sebelum menyuruh aku masuk ke dalam bilik tu.
“Waahhhh!” Mulut aku memang terlopong luas. Memang rasa
macam nak pengsan bila tengok kain-kain yang banyak sangat dekat dalam
bilik ni. Aku bergerak menghampiri rak yang dipenuhi kain berwarna krim
yang sangat cantik.
“Berkenan dengan warna tu ke?”
Aku berpaling ke belakang. Seorang lelaki sedang berdiri
situ sambil tersenyum. Kemudian dia mengambil kain yang baru aku sentuh
tadi lalu dibawa keluar. “Cantik kain ni...”
“A’ah. Memang cantik.” Jawabku perlahan. Siapa lelaki ni?
“Saya Firaz .” Balas lelaki itu seolah-olah tahu apa yang
tengah aku fikir sekarang ni.
“Ohh... takpe ke saya tempah baju dengan awak ni? Last
minute dah ni...”
Firaz hanya tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya. “Tak
menyusahkan pun.” Dia mengalihkan pandangan ke arah kain yang berada di
tangannya. “Nak kain ni ke?”
Aku mengangguk. “Pasal design, terpulang pada awak. Saya
tak kisah.” Aku senyum.
Dahi Firaz berkerut. “Serius?” Soalnya kurang percaya. Aku
mengangguk dengan muka serius. Harap-harap takdelah dia paksa aku suruh
bagitahu design apa yang aku nak sebab aku memang takde idea langsung.
Ya... ya! Aku tahu aku perempuan yang pelik, mungkin...
“Saya takut awak tak suka je dengan design saya buat nanti.”
Aku cepat-cepat menggeleng. “Daripada saya yang pilih design
tu, baik awak yang pilih. Saya memang lemah sikit bab-bab macam ni. Awak
lebih pandai dalam hal ni, so saya percayakan awak.” Kataku sambil
tersengih. Telefon bimbitku yang berbunyi nyaring membuatkan mulut Firaz
yang terbuka untuk membalas kata-kataku kembali terkatup rapat.
“Assalamualaikum Encik Azrin. Ada apa call saya ni?”
“Waalaikumussalam... Awak kat mana? Nanti ada adik saya nak
datang office ni.” Kata Encik Nazil sambil ketawa. Dia tahu sangat
yang aku bengang kalau dia asyik sebut pasal adik dia je. Rasa macam
bernanah telinga ni haa..
“Encik Azrinnn...” Aku menyebut namanya panjang. Firaz yang
berdiri di hadapanku sekarang sudah bergerak ke arah lain. Mungkin tidak
mahu menganggu aku yang sedang bercakap di telefon ni.
“Pleasee... datang jelah tengok dia.”
“Encik Azrin, tak naklah... Entah-entah adik Encik Nazil tu
dah berpunya. Tak pasal-pasal je nanti.”
“Dia belum berpunyalah. Kalau dia ada minat siapa-siapa, dia
terus bawak jumpa mak saya tau.” Encik Nazil masih tak puas nak memujuk
aku. Aku mula menghela nafas. Kalau tak ikut, makinlah Encik Nazil ni
memujuk. “Fine. Dalam pukul 3 saya balik.”
“Terima kasih, Kira! Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...”
Aku menarik nafas panjang sebelum meletakkan kembali telefon
bimbit ke dalam beg tangan. “Cik Kira ....”
“Oh, sorry sangat-sangat Encik Firaz . Bos saya telefon.”
Firaz tersenyum. “Takpe. So, kain ni?”
Aku mengangguk. “Yang ni.”
“Bila nak?”
“Hmm... bila-bila pun boleh. Asalkan sebelum raya.” Jawabku
tersenyum. Firaz mengangguk sebelum mencatit sesuatu di dalam bukunya.
“Kak Wahidah...” Dia memanggil seorang wanita yang sedang sibuk menyusun
kain di rak bahagian belakang.
“Nanti akak tolong Cik Kira pilih tudung yang dia suka ye.”
Ucap Firaz .
“Tudung?” Tanya aku pelik.
“Kami bagi tudung percuma pada setiap pelanggan kami.”
“Ohh...” Aku mengangguk faham. Kak Wahidah yang berdiri di
hadapanku sekarang ni tersenyum sebelum menyuruh aku supaya mengikutnya.
Sempat belakang aku mengerling ke arah Firaz yang masih lagi mencatit
sesuatu di atas bukunya. Aku sebenarnya suka tengok muka dia yang tenang
tu. Kalau Azlin dengar aku cakap macam ni, mesti dia gelak sebab aku
jarang puji orang lelaki kecuali ayah dengan Abang Reza.
“Tu adik akak. Single lagi.”
Aku tersentak. Arghhh! Malunya... Aku tunduk ke bawah. Tak
sanggup nak pandang muka Kak Wahidah yang tersenyum.
Dahiku ditepuk. Tulah kau, Kira! Tengok lagi adik orang
siapa suruh? Ohh... malunya!
Share this novel