"TUNGGU tuan hamba semua!" Sempat lagi salah-seorang daripada lanun-lanun itu memekik. Ketua mereka Landak masih lagi menghantar renungan tajamnya pada Sukma Cempaka. 'Tuan hamba tunggu! Tak ada siapa yang boleh kalahkan hamba!' Landak memasang api dendam sebelum dia berlari dalam kesakitan masuk semula ke dalam hutan sebelum mereka kembali ke persisiran pantai sempadan barat. Syahadan itu, Sukma Cempaka memusingkan tubuhnya menghadap pemuda siluman buaya putih itu sebelum bergerak mendekati mereka. Sampai sahaja di perdu pokok di mana wanita berpakaian kerabat di raja itu tersandar keletihan, Sukma Cempaka melabuh silanya. "Siapakah gerangan tuan hamba?" Wanita jelita itu menyoal dalam masa ...