GHB 5

Drama Series 1948

AIMI POV

Aku memandang Aina pelik , mesti dia sedih lagi . Aina akan nyanyi lagu sedih kalau dia tengah sedih . Aku melihat Amran disebelah dia , Amran berkerut dahi . Mungkin dia jugak pelik dengan Aina jugak .

Kemudian , aku mengikut langkah Aizira , Zarina dengan Zariya yang melangkah ke tempat Wanie dengan Aisy .

" Wey Aisy , Aina tu pahal ? " soal Aizira .

Aisy memandang Amran dan Aina . Lalu dia memandang kitorang semula . Aku mengangkat kening . Aizira berkerut dahi . Zarina dengan Zariya menanti bicara Aisy .

" Korang semua fahamkan bahasa cina ? " soal Aisy .

Kitorang semua mengangguk . Wanie jugak mengagguk .

" Eh awak faham ke bahasa cina Wanie ? " soal Aisy .

" Fahamlah , saya ada masuk kelas belajar bahasa cina . " jawab Wanie .

Aisy mengangguk lalu dia mula bercerita dari apa yang berlaku semalam disekolah hingga ke pagi tadi tempat parking motor . Kitorang mengangguk faham .

" Amran shì Aina zuì ài de xi?o hu?bàn,Amran x?hu?n Aina? ( Amran tu kawan kecik yang Aina suka dan Amran pun suka Aina ? ) "

" Shì , t?men y?j?ng kàn dào t?men de qián b? suì bìngqi? y?nwèi ? m? lán de ji?rén bùdé bù b?n dào m?láix?yà ér bèi f?nk?i. Shì shíhòu hé n?inai, s?nzi hénán péngy?u zuò zài y?q?le zài zh?ngguó . ( ya , diorang pernah jumpa masa 8 tahun dulu dan terpisah sebab keluarga Amran kena pindah Malaysia . Masa tu kitorang kena duduk dengan grandma , atuk dengan tokma di China . ) " terang Aisy panjang lebar .

" Barulah saya faham . Oh ye , kenapa eh Aina tu dia marah sangat dengan saya sedangkan saya tak buat salah apa-apa pun dekat di . " ujar Wanie sayu .

Aku menepuk lembut bahu Wanie , " Q?ng nàix?n d?ngdài, ài nà, y?nwèi t? shì y?gè h?o péngy?u, t? xíguànle su?y?u de j?xù, t? h?n nán zài ji?shòu y?gè x?n péngy?u, y?nwèi t? b?n dàole zhèl? . ( sabarlah , Aina dia sejak kawan baik dia dulu guna semua duit simpanan dia , dia susah nak terima kawan baru lagi dan disebabkan tu lah dia pindah sini . ) " ujar aku lembut .

Kesian pulak aku tengok Wanie ni , nak berkawan dengan Aina bukan main susah . Aina tu pun satu , haih pening kepala . Bukan reti dengar cakap si Aina tu .

END AIMI POV

AMRAN POV

Aku perasan yang diorang semua cakap bahasa cina . Ingat aku tak faham ? Aku malas nak menunjuk tapi aku tak berapa dengar apa tang diorang cakapkan . Aku rasa cakap pasal Aina ni .

Tiba-tiba pen aku jatuh , aku mengerakkan kerusi aku sedikit dan mengambilnya . Lalu aku kembali ke posisi tadi , baru aku mahu menulis sesuatu di kertas , telinga aku terdengar suara orang bernyanyi .

"
Tiada yang mampu memisahkan
Kita berdua
Tiada yang mampu
Malenyapkan perasaan ini
Biar diuji takkan
Ku berhenti
Akan ku pertahankan
Hingga nafas yang terakhir
Kamu telah membuatku tersenyum
Dan memandang mu
Kau hadir menemani
Disampingku "

Aku terkedu dia nyanyi lagu tu . Suara dia memang merdu tapi dia macam menghayati je lirik lagu tu . Aku merenung dia , dia sudah mengangkat kepalanya .

Aku memandang tepat pada muka dia yang berubah merah serta-merta . Air mata mengalir , dia menangis ke ? Jadi betulllah dia menghayati lagu tu .

END AMRAN POV

AINA POV

Aku rasa macam ada orang tenung aku macam nak makan je aku . Aku pandang sebelah kanan aku . Oh damn it !

Qhairi tengah tenung aku . Aku rindu dia tenung aku macam ni tapi tak boleh , disebabkan dia dan perempuan gedik tu lah aku badmood .

Aku baru perasan yang ternyanyi tadi , aku ingatkan dia dah blaa tapi wujud lagi dia dekat sini . Aku memejam mata aku , marahkan diri sendiri dan wait ! My eyes , omg ! Aku menangis .

Cepat-cepat aku bangun dari duduk dan buat tak tahu je . Aku mengesat perlahan air mata yang mengalir .

" Aina , kau siapa ? " soal Qhairi tiba-tiba .

Ah sudah ! Kenapa tanya waktu ramai orang dekat sini ? Takpe , aku bagi klu je lah .

Aku berpaling pada dia lalu aku menghembus nafas perlahan , " cuba ingat aku Qhairi . " ujar aku lalu pergi ke tempat Aisy dan sepupu-sepupunya yang lain tengah syok sembang .

Argh ! Aku malu ! Dah lama aku tengok muka dia !

END AINA POV

AISY POV

Aku memandang Aina yang datang ke tempat aku . Muka dia merah lain macam , entah apa yang jadi dekat dia pun aku tak tahulah .

" Aisy , boleh teman aku pergi cafe tak ? Aku hauslah . " ajak Aina , suara dia macam dengar tak dengar je . Mata dia kejap-kejap pandang belakang , aku faham . Dia nak lari dari Qhairi dia tu .

" Nak lari ke ? " soal aku , saja nak sakat dia .

" Alah kalau tak nak teman takpe , aku boleh pergi sendiri . " ujar dia , bary usik sikit dia dah marah . Sensitif betul .

Aku memegang tangan dia apabila dia nak melangkah pergi , " aku teman kau . Kesian princess aku ni , nanti TH kacau kau ke atau perempuan gedik tu kacau kau ke ha tak tenang hidup aku . " ujar aku . Aku memang sentiasa risaukan adik kembar aku ni , sorang je perempuan . Mestilah aku nak jaga dia betul-betul .

" ha cepatlah . " ujar Aina lalu aku bangun dari duduk aku .

Dia bukan bawak aku pergi cafe tapi bawak aku pergi gazebo . Port kegemaran dia , dia suka tempar ni . Katanya tenang dan aman .

Aku duduk disebelah dia yang sydah duduk di atas bangku batu itu .

" Kau asal ? Muka merah-merah . "

" Qhairilah , aku ingatkan dia dah berambus . Aku pun nyanyilah lagu terasa ada lepastu muka aku jadi merah dan air mata keluar . Aku tak perasan pastu dia tegur . Lagi merahlah muka aku , aku cuma nak lari dari dia je . " terang Aina .

Aku rasa macam nak tergelak pun ada , Aina kalau bab Qhairi ni cepat je hati dengan muka tu , sensitif sangat tapi cantik tetap cantik dan comel tetap comel .

" Relaxlah tapikan sejak kau jumpa Qhairi kau tu , panas baran kau dah kuramg sikitlah cuma kerasa kepala , belagak dengan mukut lazer kau tetap ada . It's okay , you still my princess Aina Qhairina . "

" Kau ni sepatutnya dah ada awek tau , asallah kau ni single lagi . " Aina merungut .

Aku tergelak kecil , " kau ni , aku malas nak couple-couple ni . Lebih baik pilih orang yang betul dan kahwin je terus . " ujar aku .

" Wow ! Mesti siapa isteri kau tu , beruntung gila . Dapat suami yang sweet , baik , penyayang , prihatin , kaya dengan kasih sayang auchhh teringin sis nak ada suami macam tu . Kau ni kan Aisy , ada ciri-ciri suami metarial  . " ujar Aina .

Macam-macam budak ni . Aku sayang dia sangat-sangat . Aku tak nak dia sedih-sedih sebab aku terasa sedih dia . Iya , kitorang ni kembar seurat .

Kalau dia demam , aku pun ikut demam . Aku pun tak tahulah kalau dia mengandung nanti dan dia alahan , aku pun kena sekali ke ? Hahaha kalau aku belum kahwin time tu ha mesti orang ingat aku ni ada apa-apa .

" Jomlah pergi dewan , tadi Zarina ada cakap yang setiap pagi ada perhimpunan and then baru pj . " ujar aku , Aina hanya mengangguk dan kami melangkah ke dewan WPH ni .

END AISY POV

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience